Isi Kandungan
ToggleTinjauan semalam mendapati rata-rata pengguna Facebook mengadu masih ramai yang tidak mematuhi kawalan tersebut malah masih sempat minum-minum kopi di warung dan tidak menghiraukan arahan yang dikeluarkan.
Berikutan arahan Pedana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pengerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara. Seorang pengguna facebook yang juga juru foto sempat mengambil gambar di beberapa tempat sekitar bandar Ampang. Suasana lenggang menunjukan warga Ampang mematuhi perintah kawalan tersebut.
Rakyat Malaysia Patut Contohi Warga Ampang
Melalui entri pemilik Facebook Nazri Hashim
Beliau merakamkan keadaan sekitar Ampang, Di bawah ini suasana sekitar Ampang.
Sekitar LRT Ampang
Kedua belah bahu jalan Ampang Point
Parking di hadapan De Palma kebiasaannya penuh dengan kereta
Bagusnya restoran ini tidak menyusun kerusi meja kerana makanan hanya di benarkan bungkus dan bawa balik.
Sekolah Kebangsaan Ampang
Setelah kerajaan mengeluarkan arahan, ternnyata warga Ampang mendengar kata dan patuh arahan. Jom rakyat Malaysia contohi warga Ampang, hanya kita mampu mengawal kerajaan menangani gejala ini. Jadilah warga Malaysia yang prihatin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belanjawan 2024: Diskaun Sehingga 15 Peratus Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak 10 hingga 15 peratus bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.
Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif diskaun yang dibahagikan kepada tiga kadar berbeza itu bertujuan bagi membina sikap bertanggungjawab di kalangan peminjam.
“Pertama, diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman. Kedua, diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
“Ketiga, diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya.
Ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri turut berikrar untuk memastikan mahasiswa khususnya daripada keluarga susah yang mendapat tempat di Universiti, tidak dihalang atau dinafikan haknya daripada mendaftar, hanya kerana tidak mampu melunaskan yuran kemasukan pengajian ataupun mengambil peperiksaan.
“Bermula Januari 2024, yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500 ringgit. Ini supaya selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.
Tambah beliau, pada masa yang sama, pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat bagi mendaftar subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek.
Katanya, sebarang peraturan pembayaran oleh universiti hendaklah mengambil kira kebajikan pelajar.
Anwar juga mahu Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti bersama-sama PTPTN atau badan lain hendaklah berperanan memudah cara dan membantu mahasiswa dan bakal pelajar yang punyai masalah pembayaran yuran.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Muka Ada ‘Nur’ Sejak Berhijab & Menutup Aurat Sepenuhnya, Jelita Sungguh Fatin Afeefa Persis Gadis Remaja!
Isi Kandungan
TogglePelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah Shamsudin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fatin Afeefa kini sedang berusaha istiqamah bertudung dan menutup aurat sepenuhnya sejak kembali dari tanah suci mengerjakan umrah tempohari.
Lebih menarik lagi, apabila penampilan terbaharu ini membuatkan Fatin Afeefa kelihatan sungguh manis! Penampilan Fatin yang menutup aurat dan berhijab telah mengundang pujian ramai.
Fatin Afeefa Nampak Seperti ‘Remaja’ Belasan Tahun!
Mana tidaknya, automatik nampak isteri Aliff Awang ini kelihatan muda remaja! Langsung tidak nampak seperti ibu kepada dua cahaya mata.
Malah, keanggunanya cukup terserlah terutama ketika menyarung persalinan rona hitam dengan tudung polos warna senada, terserlah sisi penuh keayuan pelakon berusia 28 tahun itu.
Selain netizen, penampilan Fatin turut mendapat perhatian rakan-rakan artis yang memuji wajah cantik dan pesonanya yang begitu menawan.
Netizen Dan Rakan Artis ‘Approved’ Penampilan Baru Fatin Afeefa
Sebelum ini Fatin atau nama sebenarnya Nur Afifah Shamsudin menjadi bualan warga maya selepas momen dia sedang membeli tudung bertebaran di media sosial.
Ini selepas suaminya sanggup membelanjakan wang hampir RM5,000 untuk menghadiahkan Fatin 19 helai tudung berjenama mewah dalam usaha aktres ini untuk menutup aurat.
Artikel berkaitan: Mahu Isteri Tutup Aurat, Suami Fatin Afeefa ‘Belanja’ RM 5,000 hadiahkan 19 Helai Tudung!
Hujung Disember lalu, Fatin sah bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang atau mesra disapa Opai.
Pelakon filem Tentang Bulan tersebut sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia berusia tujuh tahun.
Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian hasil perkahwinan terdahulu.
Fatin pernah membintangi filem dan drama popular antaranya Maksimum, Kampung Drift, Red Velvet, Janji-Janji Annisa, Volkswagen Kuning dan Monalisa.
Selain berbakat dalam seni lakonan, bakat nyanyian Afeefa juga mula disedari ramai selepas dia menyertai sebuah program nyanyian tahun lepas.
Sumber: Instagram Fatin Afeefa
Artikel berkaitan: Hadapi ‘Kemurungan’ Pulang Dari Umrah, Fatin Afeefa Akui Malu Berpakaian Seksi!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Idam Kaki Sekecil Tiang Lampu, Lakukan 6 Senaman Mudah Ini. Lemak Pun Terhapus!
Isi Kandungan
ToggleSenaman kaki yang paling berkesan untuk setiap peringkat dengan atau tanpa peralatan. Dan bahagian yang terbaik ialah anda bukan sahaja akan menyelaraskan bahagian dalam paha, tetapi juga punggung, perut dan lemak belakang anda.
Malah, anda boleh melakukan semua latihan kaki ini di keselesaan rumah sendiri menggunakan berat badan, tetapi jika anda ingin meningkatkannya, anda harus melakukannya dengan jalur rintangan jika boleh.
Jom lakukan senaman kaki dan punggung ini bagi mendapatkan bentuk kaki idaman anda, mudah sahaja dengan enam senaman yang boleh anda lakukan di mana-mana sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: Kecilkan Lengan Perut Dan Bentuk Punggung, 9 Latihan Tali Ajaib Untuk Pemula. Membantu Sangat!
1. Squats
Kaki diletakkan lebih lebar sedikit daripada lebar bahu, kaki tidak diangkat dari lantai, punggung lurus. Apabila mengangkat, berat badan harus dialihkan ke tumit. Semasa anda membengkokkan kaki, pelvis anda ditarik ke belakang dan bahagian atas badan condong sedikit ke hadapan. Lutut sedikit ke hadapan. Lakukan 20-25 squats.
2. Explosive Squats
Selepas memanaskan otot bahagian atas kaki, teruskan latihan yang lebih mencabar. Squats ini adalah kesinambungan bahagian pemanasan badan latihan kaki, bertujuan untuk mengekalkan nada otot betis. Kedudukan kaki dan badan adalah serupa dengan latihan sebelumnya. Tidak seperti squat biasa, di mana berat badan diangkat oleh tumit, squat ini meletakkan penekanan pada jari kaki.
Bahagian pertama latihan dilakukan menggunakan teknik squat biasa: membengkokkan kaki, tarik pelvis ke belakang dan menggerakkan bahagian atas badan ke hadapan. Pengangkatan dilakukan dengan hentakan tajam ke atas dengan menolak badan keluar menggunakan jari kaki. Lakukan tiga set 10 pusingan.
3. Sumo squat
Selepas memanaskan badan, teruskan ke bahagian utama latihan untuk kaki. Sumo squat, melibatkan hampir semua otot kaki. Lutut dan kaki direnggangkan sebanyak 45 darjah. Untuk melakukan senaman ini, anda perlu menegangkan perut, kerana ia akan membantu mengekalkan batang badan anda tegak. Memperbaiki kedudukan tulang belakang, mula bengkokkan lutut dan turun. Turun serendah mungkin. Latihan dilakukan dalam 4 set 10-12 kali.
Selepas dua atau tiga minggu latihan, latihan ini boleh dibuat lebih rumit dengan menambah lompatan juga. Ia tidak perlu melakukan pliés explosive semasa latihan pertama. Ia memerlukan penyediaan otot yang lebih besar dan penuh dengan kecederaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Senaman Mudah 3 Minit Sebelum Tidur Dan Selepas Bangun Tidur Untuk Melangsingkan Kaki
5. Wall-squat
Terdapat dua variasi latihan untuk menahan berat badan sendiri: di dinding dan bebas. Anda harus bermula dengan senaman pertama yang lebih mudah. Selepas beberapa sesi, anda boleh bergerak dari dinding. Bahagian belakang rata, dalam kedudukan tegak bersandar pada dinding. Kaki dibengkokkan supaya pinggul selari dengan lantai. Kaki tidak turun dari lantai. Variasi kedua latihan ini sedikit berbeza. Dalam pegangan bebas badan anda sendiri, badan anda mempunyai sedikit condong ke hadapan. Masa latihan adalah dari 1 hingga 2 minit.
6. Split
Latihan terakhir yang akan membantu anda membina kaki anda di rumah ialah split. Untuk melakukan latihan ini, anda memerlukan kerusi. Berdiri dengan membelakangi kerusi dan letakkan sebelah kaki di atasnya. Lakukan mencangkung pada kaki yang lain, yang kekal di atas lantai.
Jangan letakkan lutut kaki yang dimuatkan ke hadapan, gerakkan pusat graviti ke tumit. Lakukan 10-12 squats pada satu kaki, kemudian jumlah yang sama pada kaki kedua. Jeda antara pendekatan, tidak lebih daripada satu minit. Lakukan sebanyak tiga pendekatan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI