Sekurang-kurangnya 78 nyawa telah terkorban dalam letupan di Beirut, Lubnan yang berlaku petang Selasa semalam, lapor Reuters.
Presiden Lubnan,Michel Aoun mengisytiharkan darurat di Beirut selama dua minggu. Jelasnya, seluruh negara juga diminta berkabung bagi mengenang mangsa dalam letupan tersebut.
Kejadian letupan yang dahsyat itu telah meruntun hati setiap manusia di seluruh dunia. Ramai yang berkongsikan video sewaktu kejadian tersebut berlaku di media sosial.
Tiada siapa yang dapat menjangkakannya kerana ia berlaku terlalu pantas.
Subhanallah, sungguh tidak terduga semua ini akan terjadi. Sedih melihat keadaan mereka yang kehilangan tempat berteduh dan insan tersayang. Marilah sama-sama kita mendoakan bagi kesejahteraan negara Lubnan ini. InsyaAllah. #PrayForLebanon