Baru-baru ini, telah tular mengenai isu adik Neelofa iaitu Ameera Khan merakam dan memuat naik sedutan filem House of Gucci di bahagian Instastory di laman Instagram miliknya.
Perkara ini telah menjadi hangat selepas netizen membicarakan mengenainya di laman twitter sekaligus mendapat perhatian daripada Golden Screen Cinemas (GSC).
Ujar GSC, mereka memandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan selanjutnya selepas ini.
Merakam kandungan filem adalah dilarang sama sekali. Kami memandang serius mengenai isu ini dan sudah melaporkannya kepada pemilik hak cipta untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih untuk makluman ini.
United International Pictures juga sudah maklum mengenai hal ini. Terima kasih!
sumber: twitter @Aysha Ridzuan