Ramai yang terkejut apabila mengetahui usia pelakon, Sheila Rusly telah mencecah 51 tahun. Dia yang menyambut ulang tahun kelahirannya itu juga mendapat sambutan ramai warganet apabila rupanya tidak sepadan dengan usia.
Sering memuat naik video memasak dan juga terkenal dengan rancangan masakan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, Sheila Rusly tetap ‘maintain’. Ramai yang ingin tahu rahsia awet muda pelakon itu.
Siapa sangka apabila Sheila Rusly memuat naik posting yang menunjukkan dia sudah mencecah umur 51 tahun. Pelakon wanita filem Diva Popular itu telah mengejutkan lagi orang ramai apabila dia kelihatan tetap cantik dan ‘maintain‘ pada usia itu.
Melalui posting di laman media sosial Instagram miliknya itu, Sheila mengucapkan rasa bersyukur kerana masih dapat menyambut ulang tahun yang ke-51. Ramai juga rakan artis yang mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buatnya.
Video yang di muat naik sangat comel dan juga lucu apabila dia kelihatan agak tidak berpuas hati dengan belon berbentuk nombor yang menunjukkan angka 50 di mana sepatutnya menjadi 51 merujuk kepada umurnya. Masih lagi menghiburkan hati ramai peminat, Sheila Rusly menyatakan kesyukuran dengan caption ringkas dan padat.
“Thank you ALLAH for another day #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” titipnya di posting itu.
Seperti yang ramai tahu juga, Sheila Rusly juga cukup terkenal dengan rancangan masakannya setiap kali tiba bulan Ramadhan. Ramai yang suka akan telatahnya bersama rakan artis ketika memasak yang membuatkan lagi dia di hurungi ramai peminat.
Tidak juga melepaskan kesempatan ini, ramai rakan media dan rakan artis yang turut mengucapkan selamat ulang tahun buatnya. Rata-rata warganet juga turut menyelit di ruang komen untuk memuji penampilannya yang tidak kelihatan di mamah usia itu.
“Happy birthday beb, semoga bertambah seri hidupmu dengan kehadiran Bunga dan Elysya, semoga sihat dan cantik macam anak dara,
“Happy Birthday Sis! Mentor fit body for 51. Ingat ke 41.” berikutan komen rakan-rakan artis.
Ramai yang memuji Sheila Rusly yang masih tampak seperti lingkungan 31 atau 40-an. Siapa sahaja yang tidak mahu untuk kekal awet muda meski pun telah genap 50-an. Ayuh kita lihat gaya hidup Sheila Rusly.
Jika anda lihat, Sheila Rusly sering memuat naik rutin senamannya di laman sosial medianya. Pada usia itu, pelakon dan pengacara itu tetap melakukan aktiviti kehidupan yang sihat dan tidak pernah melepaskan peluang untuk kekal aktif. Dia juga kelihatan giat untuk menyertai pelbagai aktiviti lasak seperti jogging, mempunyai rutin senaman sendiri dan juga dia juga turut berlatih bowling walaupun untuk persiapannya bagi drama di astro, Ratu Ten Pin.
Sheila Rusly juga gemar berkongsi resepi masakan di laman sosial medianya, ramai juga yang gemar mengikuti perkembangan itu. Resepi yang di kongsikan juga mempunyai diet yang seimbang yang sesuai dengan gaya hidup yang sihat.
Kebanyakan juadah dan resepi yang di kongsikan akan ada hidangan yang berasaskan sayur-sayuran. Oleh dengan demikian, kita dapat ketahui bahawa Sheila Rusly pasti akan mengutamakan sayur-sayuran dalam diet pemakanannya supaya lebih seimbang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.