Memandangkan setiap orang mempunyai jenis kulit dan masalah kulit yang berbeza, amat penting untuk pilih double cleanser yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk kulit kita.
Dengan kewujudan pelbagai produk di kedai personal care, memilih produk untuk double cleansing memang agak memeningkan terutama sekali kalau kita tak pasti bahan apa yang patut kita pilih untuk jenis kulit kita.
Double cleansing adalah teknik popular yang diamalkan oleh kebanyakan wanita Korea dan Jepun. Wajah dibersihkan dua kali. Pertama, dengan oil-based cleanser atau cleansing balm atau cleansing cloth, dan kedua dengan water-based cleanser.
Teknik ni dikatakan boleh membantu menghilangkan kotoran degil yang boleh menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat pada kulit anda sekiranya anda hanya mencuci muka anda sekali sahaja.
Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat, mungkin anda biasa mendengar kaedah perawatan double cleansing bukan? Salah satu sebab mengapa anda rajin mencuci muka tapi masih muncul jerawat baru adalah kerana tidak memaksimumkan saat membersihkan kulit wajah. Ia menyebabkan kotoran dan sisa mekap masih menempel dan tidak terhapus dengan sempurna.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DOUBLE CLEANSING?
Double cleansing adalah proses membersihkan wajah dengan dua tahap pembersihan agar kotoran, debu, minyak, dan sisa mekap tebal dapat benar-benar tertanggal. Ia sebagai salah satu persediaan sebelum penggunaan produk-produk perawatan yang lain.
Selain untuk mendapatkan kulit sihat dan lebih berseri, double cleansing juga dapat membantu produk perawatan kulit mudah diserap juga supaya produk perawatan kulit wajah yang akan kita gunakan selepas itu dapat diserap oleh kulit yang telah benar-benar bersih.
BILA MASA YANG SESUAI UNTUK MELAKUKAN DOUBLE CLEANSING
Lakukan double cleansing ini pada malam hari setelah selesai semua aktiviti sahaja. Kalau waktu pagi, sudah cukup membersihkan wajah sekali sahaja menggunakan pembersih wajah (facial wash) untuk menanggalkan minyak dan juga sisa produk perawatan wajah yang dipakai semalaman (night cream/serum).
Ini adalah langkah yang betul untuk melakukan double cleansing:
LANGKAH 1: GUNAKAN PEMBERSIH WAJAH ATAU MAKE UP REMOVER
Di pasaran terdapat pelbagai jenis make up remover – dari cleansing oil, cleansing milk, cleansing cream, cleansing toner, sehingga micellar water yang kini sedang popular dipasaran.
Untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak dan berjerawat, gunakan make up remover berbentuk air atau water based atau micellar water. Tapi bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif, boleh cuba cleansing milk.
Tidak disarankan penggunaan cleansing wipes bagi langkah ini kerana ia tidak akan menanggalkan kesan mekap secara sempurna. Kalau sudah menggunakan cleansing wipes pun, anda masih tetap perlu melakukan langkah pertama ini.
Aplikasikan pada seluruh wajah dan leher sambil melakukan urutan lembut dan ringkas dari bahagian dahu hingga ke bahagian dahi. Kemudian selepas selesai mengurut wajah selama beberapa minit, cuci muka dengan air.
LANGKAH 2: FACIAL WASH
Bersihkan kembali kulit wajah yang telah bebas mekap juga kotoran dengan pembersih wajah (facial wash). Langkah 2 ini dilakukan untuk memastikan agar kulit telah benar-benar bersih. Urutan wajah dari bahagian dahu hingga ke dahi juga sangat penting untuk melancarkan pengaliran darah di bahagian kulit wajah agar kulit wajah nampak lebih berseri.
9 Kesalahan yang sering dilakukan ketika double cleansing:
1. Tidak membasuh tangan sebelum menggunakan sebarang pencuci muka.
2. Menggunakan ‘raw’ oil cleanser seperti minyak kelapa dan sebagainya.
3. Menggunakan oil cleanser dalam keadaan tangan yang basah atau muka yang basah.
4. Menggunakan oil cleanser dalam kuantiti yang sangat sedikit.
5. Selepas oil cleanser dipam pada tangan terus sahaja ia digosokkan pada muka.
6. Mengambil masa yang sangat pendek ketika mencuci muka menggunakan oil cleanser dan tergesa-gesa membilas muka dengan air.
7.Tidak menambah air setelah menggosok muka dengan oil cleanser. Teknik ini dipanggil emulsi yang bertujuan untuk memecahkan molekul minyak.
8. Bilas dengan menggunakan air sejuk.
9. Tidak lap muka sebelum menyambung penggunaan water-based cleanser.
HIJABISTA: Solekan pada kulit wajah perlu dibersihkan dengan teliti agar kulit boleh bernafas dengan sempurna. Jika masih ada kesan solekan yang masih menempel pada kulit wajah tentunya akan menyebabkan liang-lianh pada kulit wajah tersebut maka terjadilah masalah jerawat.
Sumber kredit: Dr Nazelia Facebook Puan Mary Top image: Canva
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI