Raja Muda Selangor Beli Sendiri Barang Di Pasaraya Untuk Diedarkan Buat Mangsa Banjir

Share

Simpati dengan nasib mangsa bencana banjir, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut turun padang dan berkenan melawat mangsa-mangsa banjir di sekitar Selangor dan menyerahkan bantuan kepada rakyat jelata yang terkesan selama tiga hari berturut-turut.

Baginda juga membeli sendiri barang-barang keperluan di Pasaraya Checkers, Seksyen 15, Shah Alam untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Baginda kemudian menghantar sumbangan keperluan asas dan makanan berkenaan di Seksyen 16, Shah Alam serta di Taman Meru Jaya, Klang.

Bukan itu sahaja, Baginda turut berkenan untuk terus menyertai misi menyelamat mangsa-mangsa banjir di sekitar negeri Selangor.

Baginda bersama pasukan 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia berada di kawasan Kampung Baru Hicom untuk membuat tinjauan dan menghulurkan bantuan.

Padang Jawa yang merupakan antara lokasi yang terjejas teruk turut mendapat perhatian Baginda. Misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di sekitar negeri Selangor oleh Baginda bersama pasukan 10 Briged Para disertai sukarelawan meneruskan operasinya semalam.

+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee.

Published by
Team Hijabista