Simpati dengan nasib mangsa bencana banjir, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut turun padang dan berkenan melawat mangsa-mangsa banjir di sekitar Selangor dan menyerahkan bantuan kepada rakyat jelata yang terkesan selama tiga hari berturut-turut.
Baginda juga membeli sendiri barang-barang keperluan di Pasaraya Checkers, Seksyen 15, Shah Alam untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir.
Baginda kemudian menghantar sumbangan keperluan asas dan makanan berkenaan di Seksyen 16, Shah Alam serta di Taman Meru Jaya, Klang.
Bukan itu sahaja, Baginda turut berkenan untuk terus menyertai misi menyelamat mangsa-mangsa banjir di sekitar negeri Selangor.
Baginda bersama pasukan 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia berada di kawasan Kampung Baru Hicom untuk membuat tinjauan dan menghulurkan bantuan.
Padang Jawa yang merupakan antara lokasi yang terjejas teruk turut mendapat perhatian Baginda. Misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di sekitar negeri Selangor oleh Baginda bersama pasukan 10 Briged Para disertai sukarelawan meneruskan operasinya semalam.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jual Beli ‘Live’ Cedok-cedok Di TikTok Hukumnya Haram, PU Amin Pun Beri Teguran
Trend jual beli ‘live’ cedok-cedok di TikTok semakin popular di kalangan penjual dan pembeli. Ramai yang mengikuti trend viral ini dengan menjual pelbagai jenis barangan seperti kosmetik, gula-gula dan kerongsang sehinggakan barang kemas menggunakan cara ‘cedok-cedok’.
Melalui kedah cedok-cedok ini, penjual akan mencedok barangan jualan mengikut jumlah yang dibayar pembeli secara rawak. Meskipun trend jual beli ini cukup popular di saat ini, namun timbul persoalan tentang hukum jual beli kaedah ini.
Adakah jual beli ini dibenarkan atau sah di sisi Islam ataupun tidak. Menerusi satu perkongsian di Facebook Muamalat.my, seorang individu mengajukan soalan tentang hukum jual beli ‘cedok-cedok’ yang menjadi trend pada masa kini.
CEDOK-CEDOK ADALAH GHARAR DIHARAMKAN
SOALAN:
Saya nak bertanya soalan berkenaan dengan jual beli masa kini. Saya ada tengok yang orang jual guna kaedah cedok cedok secara live dekat tiktok/ig story. Apakah hukumnya ya? Adakah sah jual beli tersebut?
Kiranya pembeli tak boleh pilih. Penjual akan jual contohnya 1 cedok barang makeup RM 80. Pembeli pun decide nak beli 1 cedok jadi penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. Barang yang akan pembeli dapat nanti random apa yang dicedokkan oleh penjual itu.
JAWAPAN:
Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas. Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim)
Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan.
Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah.
Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar.
Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.
Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak.
Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.
Cedoh-cedok adalah sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.
Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes mahupun sengaja nak buat konten.
Mungkin ada orang kata, ala, setakat jual 5 ringgit gula-gula je.. Oleh kerana by structure ia adalah gharar maka ia tetap haram. والله أعلم
PU Amin juga turut memberi teguran tentang urus niaga trend cedok-cedok ini.
@ustazamirulaminInshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.♬ Emotional Islamic Music – Arslan Chaudhry
Sumber kredit: muamalat.my TikTok Pu Amin
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sweet Tengok Video Isteri Alif Satar Lap Air Matanya Lepas Acara Triathlon Hingga Undang Sebak Netizen
Penyanyi serta pengacara popular, Alif Satar bukan sahaja dikenali sebagai seorang lelaki yang budiman, tetapi juga sebagai suami yang penyayang. Lihat sahaja setiap kali muat turun foto di media sosial. Menggambarkan betapa mesra dan rapat hubungan dengan isteri tersayang, Shadila Halid. Dan baru-baru ini ketika penyanyi ini menyertai acara Triathlon Ironman di Langkawi dia telah muat turun satu video di laman youtube yang netizen anggap sangat sweet dan memujinya sebagai pasangan yang sangat romantis.
Apa yang sweetnya, di penghujung video Alif itu merakamkan sebuah babak yang penuh emosi dan membuatkan sesiapa sahaja lihat akan terasa sebaknya.
Alif yang telah berjaya menghabiskan Acara Triathlon di Pulau Langkawi selepas merentasi rintangan yang perlu ditempuh penyanyi itu telah disambut oleh isteri dan keluarganya di garisan penamat.
Alif juga kelihatan cukup sebak dapat menghabiskan acara berkenaan hingga mengeluarkan air mata tanda kesyukuran sambil terus memeluk isteri tercinta.
Isteri tersayang pula kemudiannya bertindak mengelap air mata Alif dan perbuatan itu menambah lagi hiba di hati penonton video berkenaan.
Malah Shahida turut meluahkan isi hatinya dengan memberitahu bahawa kejayaan seorang lelaki itu pasti ada di belakangnya berdiri seorang wanita.
Sememangnya Alif dapat merasakan kehadiran isterinya itu telah menguatkan semangatnya untuk berdiri lebih kuat menempuh segala rintangan sebelum berjaya hingga ke akhir garisan penamat.
Malah Shahida juga turut memberitahu dialah wanita paling bertuah dalam dunia ini dan setiap kali itu jugalah doanya tidak pernah putus supaya suaminya itu dikurniakan syurga. Dan sebagai isteri dia tidak akan pernah berhenti berdoa sehingga hujung nafas terakhirnya.
Pasangan sudah hampir empat tahun mendirikan rumah tangga dan kini bahagia dikurniakan dengan dua orang puteri.
Perkongsian video ini mendapat respon cukup baik dari netizen. Rata-rata turut sebak melihat gelagat pasangan romantis ini, masing-masing mendoakan pasangan ini akan kekal hingga ke jannah.
Tengok pun sebak
Tangisan sangat bermakna
Semoga Allah merahmati hubungan & kekal till jannah
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SHADILA HALID
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sultanah Nur Zahirah Mencemar Duli Ke Malam Gala Precious Of Malaysia, Pemenang Bakal Dibawa Ke Paris!
Penganjur acara pertandingan fesyen Precious Of Malaysia – International Cultural Fashion Week (ICFW) yang berlangsung di Menara Affin @ Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, bakal membawa para pemenang ke Paris pada tahun depan untuk beraksi.
Menurut penganjurnya Jonathan dan Farel Mikhail dari FM Group, usaha ini adalah untuk terus memartabatkan budaya Malaysia ke luar negara sekaligus memberi peluang kepada pereka muda untuk terus berkarya menghasilkan yang terbaik.
Pemenang Fesyen Precious Of Malaysia Akan Dibawa Ke Paris
“Kami tidak mahu kemenangan mereka hanya berakhir dalam pertandingan ini, sebaliknya kami merancang membawa rekaan mereka ke Paris. Kalau ikut perancangan yang disusun dan telah mendapat persetujuan, mereka akan ke Paris pada Jun tahun depan. Dalam program itu, para pemenang ini akan bawa rekaan fesyen mereka yang bertemakan budaya Malaysia ini ke sana.
“Ini satu peluang keemasan buat mereka apabila bakal memperkenalkan budaya Malaysia ke Paris. Dalam masa yang sama, pereka fesyen muda dari Paris juga akan menyertai Precious Of Malaysia.”
Jonathan dan Farel Mikhail ditemui media di acara pertandingan fesyen Precious Of Malaysia – International Cultural Fashion Week (ICFW) di Menara Affin @ Tun Razak Exchange (TRX), pada 3 Ogos 2024.
Berentap Bersama Dengan Pereka Fesyen Antarabangsa
Dalam pertandingan ini, sebanyak 23 jenama berentap dan menampilkan keunikan masing-masing. Pereka muda Afiq Syazani merangkul juara sekaligus mengetepikan pesaing hebat lain iaitu naib juara Rashid Moshi, UiTM (tempat ketiga) dan Zuramir (tempat keempat). Selain jenama-jenama tempatan, wakil dari negara luar iaitu Indonesia dan Filipina turut memberikan saingan sengit
Apa yang lebih membanggakan apabila salah satu pemenang untuk pertandingan ini merupakan pelajar-pelajar pereka fesyen daripada UiTM. Rekaan daripada ketiga pereka fesyen yang mewakili UiTM membuatkan para penonton serta juri terpesona dan sekali gus, memenangi tempat kedua setanding dengan pereka fesyen yang sudah pun berada lama di dalam industri.
“Misalnya, kalau lihat rekaan daripada team UiTM sebenarnya mereka sudah boleh berdiri hebat sebaris pereka-pereka fesyen dalam pasaran,” ujar Farel Mikhail.
Sultanah Nur Zahirah Mencemar Duli Ke Malam Gala Precious Of Malaysia
Bukan itu sahaja, menurut Farel Mikhail, pemenang diberi keistimewaan untuk memperagakan rekaan mereka di hadapan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang mencemar duli hadir ke Malam Gala Precious Of Malaysia yang berlangsung pada 4 Ogos 2024 di Menara Affin @ TRX.
“Ini juga satu penghargaan buat para pemenang apabila dapat menampilkan hasil rekaan mereka di hadapan Sultanah Nur Zahirah nanti. Koeksi yang dibawa oleh peserta Precious Of Malaysia kali ini sangat mengagumkan. Sebenarnya agak terkejut juga dengan hasil rekaan mereka. Kami sangat bangga dengan pencapaian luar biasa mereka”.
Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga akan menganjurkan Hari Tanjak Malaysia bersempena bulan kemerdekaan Ogos ini dan Hari Malaysia pada 16 September 2024.
Artikel berkaitan: Pernah Buka HIJAB Gara-Gara Dapat Tawaran Tinggi, Anne Ngasri MENYESAL & Terus ISTIQOMAH Hingga Kini
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI