Raja Farah Seronok Dapat ‘Baby Girl,’ Selamat Bersalin Anak Ke Tiga

Share

Pelakon dan selebriti, Raja Farah Raja Aziz, 35 selamat melahirkan anak ketiganya pada 17 Jun yang lalu.

Ini coretan Raja Farah di laman Instagramnya yang nyata begitu teruja berkongsi kegembiraaan menimang cahaya mata ke tiga nya itu.

Alhamdulillah…
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Syukur…keluarga kecil kami bertambah lagi dgn kehadiran puteri sulong kami..

Saya selamat melahir kan pada 17 June, 9:40 pagi, girl, 2.81kg, kelahiran secara normal..

Terima kasih semua yg mendoakan dari sblm saya pregnant utk dpt baby girl, smpi pregnant & smpi selamat saya melahir kan..really appreciate semua…

Thank you Dr Ainul, my gynae dari anak sulung, Imran dulu, smpi lah baby girl kami ni…ada aje drama nye dari 2nd baby, and this baby girl…

Alhamdulillah…

Terima kasih semua yg doakan utk saya & baby..

Syukur semua nya selamat, lancar & sehat…Alhamdulillah…

Untuk rekod, Raja Farah mula di kenali menerusi iklan TV sejak umur 13 tahun lagi. Komersial TV pertamanya Beras Floral. Wajah eksotik miliknya itu menjadi pilihan syarikat pengiklanan apabila berpeluang menjayakan puluhan iklan komersial TV, antaranya ialah Vanilla Coke, Eveready, Johnson & Johnson, Celcom dan F&N Orange.

Mula menceburi lakonan pada 2003 menerusi sitkom Ah-Ha bersama Harith Iskander dan Afdlin Shauki. Farah turut mencuba bakatnya sebagai pengacara TV dan berpeluang mengendalikan program MangoTV, Game Time, VoiceOut dan Suara Emas Bintang RTM 2007.

Pada tahun 2010 Raja Farah telah menerima nominasi untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menerusi lakonan mantapnya sebagai gadis sosialis dalam filem Haq di Festival Filem Malaysia ke-23.

Sumber kredit: Instagram Raja Farah Aziz dan wikipedia.org

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza