Siapa tidak kenal dengan penyanyi dangdut era 90-an, Iwan Shahman yang pernah popular dengan lagu “Yang Tersayang”, “Memori Daun Pisang” dan “Sepayung Berdua” gandingan serasi duet bersama ratu dangdut, Amelina suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun itu semua sekadar tinggal kenangan. Malah, sejak berhijrah ke arah yang lebih baik dan mendalami agama Islam, Iwan akui dirinya kini lebih tenang dan sentiasa berusaha untuk kekal istiqamah dengan mengabdikan diri di jalan Allah SWT.
Malah, dia bertekad tidak akan menyelusuri kembali zaman jahil berkenaan dan mahu terus mara kehadapan mencari keredhaan Allah SWT.
“Kehidupan kita ini bukan lagi macam dulu. Allah beri saya sekali sahaja peluang. Sekiranya saya ulang dan kembali seperti dulu, saya tidak tahu bagaimana keadaan saya.
“Jadi saya berusaha untuk istiqamah agar tidak lagi mengulangi apa yang pernah dilakukan pada masa lalu.Hidup saya sekarang untuk mencari reda Allah. Semua orang juga seperti itu. Antara mereka yakin atau tidak,” jelasnya.
Artikel berkaitan: Niat Sama-Sama Ingin Berhijrah Buatkan Oktovia Manrose Jatuh Hati Pada Suami
Menurut Iwan lagi sepanjang 12 tahun usia penghijrahan yang dilakukanya. Tidak sekalipun dia terlepas untuk memohon kepada Allah, berdoa agar Allah tidak membolak balikkan hatinya dan memperoleh istiqamah agar terus berbakti di jalan yang diredhai oleh Allah SWT.
“Sudah 12 tahun saya berhijrah dan saya sentiasa berdoa agar dapat kekal istiqamah dalam perjalanan ini, selain meneruskan kerja-kerja dakwah,” ujarnya lagi.
Sekadar info, terdahulu pemilik nama penuh Wan Syahman bin Wan Yunus atau lebih dikenali sebagai Iwan ketika zaman kemuncaknya bergelar Raja Dangdut Malaysia.
Beliau juga merupakan seorang penerbit, penulis lagu dan penyanyi yang bergiat aktif di dalam lapangan muzik Malaysia dan Indonesia.
Kini beliau masih bergiat aktif memperjuangkan muzik dangdut, tetapi dalam genre nasyid sejak tahun 2009 dengan nama komersil Iwan Syahman.
Sumber: Sinar Plus
Artikel berkaitan: Sering Tarbiah Anak, Iwan Syahman Bersyukur Aprena & Oktovia Manrose Kini Berhijab
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.