Meskipun tampak lembut, namun tiada siapa yang dapat menduga kekuatan yang tersembunyi disebalik seseorang wanita itu. Dikenali di serata dunia, siapa yang tidak kenal bukan dengan Rihanna.
Sebelum dikenali sebagai ‘BadGalRiRi’, ikon muzik, fesyen dan kecantikan, Robyn Rihanna Fenty adalah seorang gadis kecil di Barbados yang teruja melihat gincu ibunya. Kali pertama dia menyolek dirinya sendiri, dia tahu inilah yang dimahukan dalam hidupnya.
Melihat kekurangan produk kosmetik untuk semua jenis tona kulit di pasaran kecantikan, Rihanna melihat ini suatu peluang untuknya mencipta sesuatu untuk kaum wanita lalu mengambil masa untuk bertahun-tahun untuk bereksperimen dengannya.
Dicipta khas untuk setiap tona kulit supaya tiada wanita yang merasa ketinggalan, produk Fenty Beauty juga direka agar si pemakainya merasakan tekstur yang ringan di kulit dan dapat mengaplikasikannya dengan mudah di samping mendapat coverage sepenuhnya di wajah.
Antara produk keluarannya yang mendapat perhatian ramai adalah Flypencil Longwear Pencil Eyeliner, Match Stix Matte Skinstick, Stunna Lip Paint Longwear Fluid Lip Color, Killawatt Freestyle Highlighter dan Sun Stalk’r Instant Warmth Bronzer.
Jelas Rihanna, mekap tidak seharusnya menjadi tekanan buat anda. Ia bukannya seperti uniform. Jangan takut untuk mengambil peluang dan risiko bagi melakukan sesuatu yang baru dan berbeza.
Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia ini, Rihanna mahu meraikan wanita-wanita yang hebat dengan menghadiahkan tiga set kosmetik Fenty Beauty buat mereka yang bertuah.
Caranya mudah sahaja, jawab tiga soalan mudah di bawah ini bagi memenangi koleksi hebat ini.
Best ke best sis? Hehe… moga ada rezeki anda untuk memenanginya. Semoga berjaya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belum Kahwin Tapi Macam Hamil 7 Bulan Sebab Bawa ‘Cyst’ Seberat 5 Kg, Gadis Ini Syukur Bukan Tanda Kanser
Isi Kandungan
ToggleUjian Allah itu datang tanpa kita ketahui. Kalau sebelum ini seseorang itu sentiasa sihat dan aktif, tetapi tiba-tiba jatuh sakit hingga tidak mampu berjalan. Seperti perkongsian gadis ini yang ada pengalaman menjalani pembedanan membuat cyst di ovary kanan pada tahun lalu. Cyst yang dibawa selama ini bukan kecil tetapi seberat 5 kg dengan sebesar 28 cm dan Amalina Hasin diibaratkan seperti wanita yang mengandung tujuh bulan.
Walaupun diduga sebegitu oleh Tuhan, tetapi gadis ini bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan Tuhan.
Ikuti pengalamannya yang tahu mengalami cyst ketika ia sudah membesar tetapi tiada sebarang komplikasi berlaku sepanjang pembedahan.
Dalam perkongsiannya Amalina menasihati jika ada tanda-tanda tidak normal berlaku pada seseorang, cepat-cepat mendapatkan rawatan doktor. Ini kerana cyst ini boleh datang tanpa kita sedari dan boleh muncul kembali walaupun telah membuangkanya.
Setiap wanita kena tahu cyst atau kanser. Dapat tahu derita cyst besarnya kira-kira 28cm dan seperti wanita mengandung
CYST ATAU KANSER ?
WANITA JANGAN AMBIL RINGAN.
PENYAKIT INI DATANG TANPA KITA SEDARI DAN BOLEH MUNCUL KEMBALI.
Alhamdulillah. Harini genap 7 hari lepas major operation untuk buang cyst di ovari kanan. Syukur Ya Allah, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Lepas pembedahan pun tak ada komplikasi lain, tak bleeding, tak perlu transfer darah. Alhamdulillah, Allah datangkan ujian tapi Dia permudahkan.
Gambar kat bawah ni lah saiz cyst yang dah dikeluarkan. Seberat 5kg, sebesar 28cm. MashaAllah, waktu pertama kali dapat berita, demam seminggu. Emosi sebenarnya okay je, tapi mungkin badan dah semakin lemah. Tak sangka selama ni bawak makhluk sebesar ni dalam perut
Doctor kata umpama orang mengandung 7 bulan. Syukur, walaupun lambat dapat tanda2 sakit, lambat bertindak pergi check up, walaupun terpaksa jugak operate, semuanya berjalan lancar. (saya jenis terlalu positif, dan takut doktor, dah banyak kali family ajak pergi klinik, tapi selalu berdegil, jadi lepasni kita kena letak sikit rasa negatif dalam diri terutama bab kesihatan, yang mana boleh elak kita elak awal awal) – JANGAN TAKUT DOKTOR
Rupanya sudah lama cyst ini ‘hidup’ lama dalam tubuh badan. Sekitar dua hingga tiga tahun di sebelah ovari kanan. Buang ovari berkenaan dan hanya tinggal ovari sebelah kiri sahaja. Masih dalam keadaan baik dan ada peluang untuk hamil.
Doktor kata, kemungkinan benda ni dah hidup around 2-3 tahun dah dalam badan. Duduknya di sebelah kanan ovari. Tube dan ovari kanan dah dibuang sepenuhnya. Syukur, masih ada rahim dan ovari kiri berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, masih ada cahaya dan berita baik untuk diri ni. Doktor jugak terpaksa buang appendik dan sedikit lapisan lemak sbb berisiko utk ada jangkitan pada ovari sebelah kiri pula. Syukur, saya masih sempat elak dari merebak ke kiri walaupun saiznya dah membesar.
Emak ada tanya punca, tapi doktor pun tajk dapat pastikan kerana masih dalam kajian. Kemungkinan ia bukan cyst biasa tapi kanser.
Umi tanya doktor pakar sendiri masa hari terakhir dekat wad ‘Doktor, apa punca cyst ni boleh datang’ Lepastu doktor kata ‘Kalau saya tahu saya dah share, tapi saya pun taktahu, sebab actually penyakit ni masih dalam kajian’. Oleh sebab tu, kita pun main google je lah. Sebab nak bagi peringatan jugak pada org sekeliling tentang bahayanya penyakit ni. Sebab ada possibility benda ni bukannya cyst biasa, tapi kanser.
Mulanya doktor kata 50-50 ke arah kanser. Tetap kekal positif sehinggalah akan dapat keputusan dari makmal nanti.
Macam kes saya ni, dah run blood test before operation. Doktor kata 50-50 ke arah kanser. Tapi selepas operation baru dapat tahu, sbb cyst ni akan hantar ke makmal untuk diorang pastikan memang kanser atau bukan. Hari terakhir jumpa doktor, doktor kata sekarang dia letak saya dalam 3 possibility :
- Normal cyst
- Ovarian kanser
- Borderline
Tapi ikut pemerhatian doktor, dia tengok cyst ni mcm bukan kanser. Syukur, saya positif je. Sebabnya tanda-tanda kanser pun kurang pada diri saya. Kita anggap dia takde je lah ya Positif positif dan positif. Keputusan keluar pada 23/4 ni atau 4/5 nanti. InshaAllah mudah mudahan result baik baik je.
*Kepada semua kawan2 yang terbaca yang ada mak, kakak, adik, saudara mara, kekasih, rajin rajin lah ajak mereka buat check up, kita bersedia sebelum dia semakin membesar jadi mcm kes saya. Buat ultrasound je dah dapat tahu dia ada ke tak kat situ.
Macam mana saya dapat tahu?
Saya memang bawa motor pergi kerja hari2, jalan pulak tgh buat construction, mmg lubang banyak, terhentak hentak atas motor, terus rasa ngilu, senak dan sakit di bahagian bawah perut kiri dan kanan. Selepas tu saya terus buat check up di klinik swasta. Dah dpt keputusan baru refer ke hospital sbb taknak tunggu lama kalau terus ke hospital, mmg akan ambil masa yg lama. Yg ni bersyukur tunggu 3 minggu je tunggu dari tarikh mula2 refer hospital, dah dpt tarikh operate, sebab cyst dah besar sgt dan boleh pecah.
Cara bagaimana nak kesan.
Update : Sebab ramai tanya apa tanda2 dan punca. Ini saya share berdasarkan pengalaman saya dan jugak apa yg doktor pakar cakap ya. Sbb cyst ni ada banyak jenis, yg aktif, yg tidak, yg biasa, yg kanser, yg satu ketul, yang lebih dari satu ketul, yg fibroid, yg ada semasa preggy. Jadi mungkin tanda2 dia berbeza pada semua org. Untuk saya tanda2 nya :
1. Senggugut yang teruk setiap kali dtg bulan
(Terpaksa mc, makan ubat, bertungku, tak makan sehari atau dua, muntah, demam)
2. Mudah kejang pada kaki
3. Mudah lesu dan letih walaupun tak buat kerja berat
4. Benjolan pada sekitar perut (mcm saya dah terlalu besar, dah penuh satu abdomen, benjolan dah dpt rasa sikit je dari bawah dada, dah ada benjolnya)
5. Sakit pada sekitar bahagian bawah perut, kiri atau kanan (saya sakit kedua dua belah sbb cyst terlalu besar walaupun kedudukannya di ovari kanan)
6. Benjolan pada payudara (saya tak ada, tapi doktor check jugak, sbb cyst boleh timbul jugak di payudara)
Ini pula adalah punca-puncanya. Salah satu ambil suplemen kurus dan putih sepanjang 2 tahun.
Punca2 : (doktor pakar pun kata masih dalam kajian, tapi menurut soalan2 yg di tanya pada saya, kemungkinan ini lah beberapa puncanya)
1. Supplement (saya ada ambil supplement kurus dan putih sepanjang 2 tahun masa study)
2. Pemakanan (ayam, cheese, soya, ikan keli, ikan haruan, daging) – sebenarnya makanan favourite saya rupanya.
3. Keturunan (jika kanser) – mcm saya arwah maklong ada kanser
4. Period yang tidak teratur atau sakit (saya hanya senggugut teruk, tapi period sgt teratur setiap bulan, lain org lain tandanya, jadi kena periksa kalau ada masalah period)
5. Ubat perancang kehamilan (saya tak ambil sebab belum kawin) -ni saya dengar doktor marah patient dekat wad saya duduk tu, dia ada cyst, dia ambil ubat perancang kehamilan, doktor mmg bising sangat2 – ubat utk elak mengandung atau nak mengandung, dua dua bahaya.
Gadis ini juga ingatkan kaum wanita untuk buat ujian ultrasound di mana-mana klinik berhampiran.
Punca dia mmg tak banyak. Sbb tu doktor pun kata masih dalam kajian. Jadi baik kita buat ujian ultrasound je dekat mana2 klinik atau hospital swasta. Saya buat di klinik panel office saya, Poliklinik Desilva, hanya RM50 sahaja kos. Kebetulan doktor yang merawat mmg doktor pakar sakit puan. Kos untuk klinik lain saya tak pasti. Saya belum berkahwin, jadi buat ultrasound je. Utk yg dah berkahwin selalu doktor suggest buat ujian pap smear lebih efektif. Tp ultrasound pun dah memadai utk peringkat awal check up.
Hanya buat di hospital kerajaan kerana kos lebih murah berbanding swasta. Doktornya juga baik-baik & layanan sangat memuaskan walau wad kelas ketiga.
Ada yang bertanya, berapa kos pembedahan saya. Alhamdulillah, saya hanya pergi hospital kerajaan Ampang. Sebab kes ni terlalu emergency, doktor takut cyst pecah, saya tunggu seminggu je untuk operate. Bil saya hanya RM60 sahaja termasuk operation, warded dan ubat2. Kos sebenar RM 1,660. Subsidi, sebab tu murah. Kalau swasta saya dengar pengalaman org lain dan melalui banyak pembacaan, kos anggaran bermula 5k-30k. Bergantung pada kes. Alhamdulillah syukur sekali lagi. Hospital Ampang adalah salah satu hospital terbaik untuk pakar bahagian sakit puan. Syukur hospital sebelah rumah saya je. Doktor yg rawat saya mmg ramai. Ternyata pakar disini memang ramai dan sangat2 baik. Thanks doktor dan nurse. Walaupun wad kelas ketiga, tapi layanan sangat sangat baik.
Tapi untuk permulaan saya nasihatkan jangan terus ke hospital kalau taknak tunggu lama. Buat dulu pemeriksaan di klinik swasta atau klinik pakar sakit puan. Dah dapat keputusan ultrasound, minta copy daripada doktor, doktor akan bagi. Bawak keputusan tu ke hospital berdekatan. InshaAllah, lebih cepat mereka akan refer kita ke bahagian pakar sakit puan.
Pesannya juga tolong sayangi diri dan jangan biar berlarutan. kita perempuan mudah terdedah bermacam jenis penyakit terutama kanser.
Terlalu ramai yg pm saya komen bagitahu saya dan kongsi punya pengalaman atau masalah yg sama. TOLONG, TOLONG, TOLONG sayang diri kita, kalau ada tanda2 kalau ada masalah perempuan, jangan biarkan berlarutan, cepat2 buat check up. Kita perempuan mudah terdedah dengan mcm mcm jenis penyakit terutama kanser. Allah, minta dijauhkan dari kita semua.
Semoga perkongsian saya dapat beri manfaat kepada ramai lagi org kat luar sana. Bagi yang alami masalah yg sama, ada juga yang lebih kritikal berbanding saya, saya doakan awak semua diberi kesihatan yang baik, cepat sembuh dari sakit yg ada. Mudah mudahan ? Terima kasih jugak pada yg mendoakan kesihatan saya. Maaf kalau terlepas pandang, tak balas. Semoga doa kalian mendapat balasan baik dariNya dan mengiringi diri saya. Thanks !
Hijabista sempat menghubungi Amalina untuk bertanyakan perkembangan terkini. Dia sekarang sedang berehat setelah menjalani pembedahan. Amalina juga berharap dengan perkongsian kisah ini akan memberi panduan dan manfaat kepada hijabi di luar sana.
“Alhamdulillah kak share lah. Moga moga perkongsian saya ni dapat beri panduan dan manfaat pada yang lain”.
Dalam perkembangan terbaru Amalina, dia telah muat turut posting terbaru memberitahu cyst yang dialami bukanlah kanser. Dia juga turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya selama ini.
Dia juga turut memberitahu, sejak dimuat turut pengalamannya itu di laman sosial facebook, Amalina berkata tidak putus menerima mesej bertanyakan lebih lanjut mengenai pengalamannya itu.
SUMBER: FACEBOOK AMALINA HASIN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr Fatin Liyana Pesan Gadis Yang Nak Kahwin Muda Kena Belajar Masak & Kemas Rumah Dari Emak. Hijabi Sila Hadam!
Isi Kandungan
ToggleDewasa ini ramai gadis/wanita yang seperti berbangga dapat berkahwin muda. Memanglah kalau dari Islam sangat bagus untuk mengelakkan maksiat daripada berlaku. Tetapi rata-rata yang berkahwini ini bukan sahaja bangga berkahwin muda, tetapi tidak malu mengakui mereka ini tidak pandai buat kerja rumah. Malah dikatakan sebagai proses urbanisasi bila seseorang tu tidak pandai memasak dan berkemas.
Perkara yang nampak remeh ini sebenarnya boleh menjadi satu tabiat yang melekat dan sukar untuk diubah dari sekarang.
Situasi ini juga turut menarik perhatian blogger popular yang juga seorang doktor, Dr Fatin Liyana yang membahasakan dirinya sebagai Ummi menyuarakan pandangan di insta story miliknya.
Ayat biasa yang kita dengar, nanti akan cari future husband yang pandai masak. nanti boleh belajar bersama-sama lepas kahwin.
Tapi ini adalah pengalaman sebenarnya yang sudah tiga tahun berkahwin. Menyangkal dakwaaan kebanyakan wanita muda hari ini.
Realitinya perempuan bila sudah kahwin memang gemar jika pasangannya dapat pujian atas apa yang dilakukannya.
Misalnya jika seseorang itu suka deco rumah, suami akan balik rasa happy kerana rumah bersih. Begitu juga yang suka masak, tak sabar tunggu suami balik untuk rasa masakannya.
Dan menurut Dr Fatin kepada semua Anita diingatkan untuk tahu skil basic hidup berumah tangga. Bukan untuk suami tetapi diri sendiri.
Ini adalah untuk memastikan diri tidak rasa stress, hilang keyakinan, dipinggirkan dan tidak menyesal kemudian hari.
Siap kasi contoh kes yang remeh tapi boleh menyebabkan moral down.
Katanya lagi tidak ada insan di dunia ini dilahirkan terus pandai serba serbi. Janji ada niat untuk improve diri sendiri demi kebaikan keluarga. Keywordnya adalah rajin.
ini sebabnya kenapa beliau berpesan kepada wanita yang berkahwin dalam usia muda.
Tunjukkan contoh yang baik sebelum latih suami dan anak-anak untuk tolong buat kerja rumah.
Dr Fatin siap suruh anak gadis yang masih single di luar sana supaya balik rumah emak untuk belajar masak dan kemas rumah. Ambil ilmu dari emak sementara masih ada.
Ini kerana insan bernama emak ini adalah madrasah pertama untuk seorang anak. Tak sama dengan pendidikan formal yang kita belajar dari rumah.
SUMBER: INSTAGRAM DR FATIN LIYANA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mas Kahwin RM 20,000 ‘Tanda Cinta’, Materai Ikatan Pernikahan Shila Ubai!
Isi Kandungan
ToggleHari ini termaterainya ikatan dua jiwa antara penyanyi, Shila Amzah atau nama penuhnya, Nurshahila binti Amir Hamzah beraama pilihan hatinya pempengaruh media sosial, Ubai Mz.
Hijabista difahamkan, majlis pernikahan pasangan merpati dua sejoli ini telah berlangsung pada jam 10.27 pagi tadi di Boathouse Ampang.
Lebih menarik lagi, pasangan ini diijabkabulkan dengan sekali lafaz sahaja. Malah, pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Hai Mohamad Khairi Hussein.
RM 20,000 Tanda Cinta Ubai Buat Shila Amzah
Sebagai tanda cinta kepada si isteri, Ubai telah membawa mas kahwin bernilai RM 20,000, bagaimanapun hantaran yang diterima oleh Shila telah dirahsiakan.
Mengulas berkenaan hari bahagianya buat kali kedua ini, Shila memanjatkan rasa syukur apabila akhirnya dia kini bergelar isteri kepada Ubai.
Artikel berkaitan: Buang Gula-Gula Sewaktu Menyanyi Atas Pentas, Shila Amzah Minta Maaf Baru Sahaja Sembuh
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi atas kelancaran majlis pernikahan, pagi ini. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati Allah.
“Saya lega kerana selepas melalui fasa pertunangan pada 27 Mei lalu, kami disatukan sebagai suami isteri di hadapan ahli keluarga terdekat dan sahabat yang disayangi.
“Harapan semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan ini sebaiknya dan saling menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus.
“Apa yang paling penting kami dapat menjaga anak, Seth Uwais dengan penuh kasih sayang,” katanya.
Bakal Luangkan Masa Dan Bulan Madu Dalam Negara Dahulu!
Ketika disoal berhubung lokasi berbulan madu, Ubai menjelaskan bahawa dia dan isteri belum mempunyai sebarang perancangan memandangkan masing-masing berdepan dengan kekangan kerja.
“Disebabkan kekangan masa, kerja dan menguruskan hal peribadi keluarga, kami belum memilih lokasi berbulan madu.
“Namun, mungkin akan ada percutian pendek dalam negara terlebih dahulu,” katanya.
Sekadar recap, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Artikel berkaitan: Pernah Dikecam Di Laman Sosial, Shila Amzah Tak Ambil Kisah & Kekal Positif!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI