Para peminat jenama terkemuka negara, hasil air tangan pereka duo Rizman Ruzaini pastinya tidak sabar dan teruja dengan pelancaran koleksi busana RR Raya 2023.

Menariknya pada tahun ini, sebanyak 100 koleksi busana akan diketengahkan khas buat peminat tegar jenama mereka dengan menawarkan harga yang mampu milik dari harga marhaen kepada harga kayangan!

Tema ‘Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’ Diangkat Sebagai Simbolik Pelancaran!

Hijabista difahamkan bahawa pelancaran ini adalah selari dengan tema yang dibawa jenama itu bagi tahun 2023 iaitu ‘Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’, sekaligus bertujuan memberi variasi dan kepelbagaian rekaan bagi meraikan setiap pemakainya pada Aidilfitri kelak.

Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini Tawar 100 Koleksi Busana Syawal Mampu Milik!

“Di Rizman Ruzaini kami mewujudkan dua ‘segmentation’ yang melibatkan jenama Rizman Ruzaini iaitu untuk golongan yang memilih harga yang lebih mewah, manakala RR pula untuk mereka yang mahu membeli jenama ini tanpa perlu memikirkan soal harga.

Ads

“Tetapi untuk tahun ini kempen kami tertumpu kepada semua golongan melalui satu slogan Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini. Dari serendah-rendah harga yang kami letakkan, saya yakin semua pelanggan di luar sana yang teringin menyarungkan rekaan eksklusif Rizman Ruzaini mampu untuk berbuat demikian untuk kali ini,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Koleksi ‘RR Bridal 2023’ Sentuhan ‘Junior Designer’ Rizman Ruzaini, Tawar Harga Mampu Milik Buat Bakal Pengantin!

Rizman dan Ruzaini memaklumkan demikian ketika ditemui Hijabista pada malam pelancaran ‘RR Fall Winter 2023 Collection & Raya Collection’ yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Tambah Rizman lagi, rangkaian harga bagi busana yang ditawarkan bermula serendah RM149 hingga mencecah ribuan ringgit.

Ads

Jelas Rizman, selepas hampir 20 tahun berada dalam bidang ini fokusnya kini hanya satu iaitu untuk memastikan setiap golongan di negara ini berpeluang untuk menggayakan jenama kebanggaanya ini.

Rizman turut mendedahkan bahawa untuk merealisasikan majlis pelancaran mega yang gilang gemilang ini, mereka telah membelanjakan sehingga RM1 juta hanya untuk melancarkan kempen koleksi RR Raya pada tahun ini.

“Memang benar untuk perlancaran kali ini juga peruntukkannya adalah RM1 juta. Ia bukan soal duit sebenarnya tetapi ia tentang bagaimana selepas hampir 20 tahun mencabar diri, apa yang ingin kami tonjolkan adalah kematangan jenama ini,” tambahnya.

Sementara itu, apa yang mencuri tumpuan pada majlis perlancaran ini juga adalah kehadiran puluhan selebriti yang turut meraikan koleksi terbaharu ini.

Ads

Tampil memukau dengan rekaan Rizman Ruzaini antaranya Marion Caunter, Kavita Sidhu, Daiyan Trisha dan ramai lagi yang bersetuju bahawa jenama Rizman Ruzaini bukan sahaja disayangi peminatnya tetapi merupakan sahabat karib kepada golongan artis-artis ternama di Malaysia.

Malah, istimewanya pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 & Raya 2023 kali ini turut mendapat sokongan rakan strategik Rizman Ruzaini daripada Usanita.

Artikel berkaitan: Persis ‘Wanita Arab’, Kejelitaan Izara Dalam Busana Patuh Syariah Rizman Ruzaini Mempersonakan!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI