Sering mempamerkan gaya hidup ideal dan inspirasi buat wanita, Majalah Nona tampil memberikan nafas baru sebelum menjelang bulan suci bersama anjuran majlis ilmu yang penuh intipati kerohanian.
Majalah Nona meraikan Hari Wanita Sedunia 2023 dan bulan Ramadan Al-Mubarak dengan penganjuran majlis ilmu, VIP Xcess Ke Syurga yang bertempat di Dewan Megawati Kediaman Dato’ Menteri Besar Selangor, semalam.
Artikel berkaitan: “Seronok Tengok Ramai Yang Berhijrah…”- Peminat Teruja Tengok Artis Berkumpul Dalam Majlis Ilmu!
Majlis ini dianjurkan bersama rakan sinergi PEKAWANIS, My #InfaqIhsan, Warisan Ummah Ikhlas dan Angel Group Creative Financial Solution dalam memberikan dorongan motivasi dan persiapan rohani menjelang ketibaan bulan Ramadan.
Berkesempatan memberikan penganugerahan bagi enam pempengaruh bidang dakwah dan kebajikan, ikon Muslimah Nona di terima oleh Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Dr Robiah K Hamzah, Datuk Hajah Rozzana Rahmat, Dr Rukhaidah Abd Karim, dan Fatin Nabila Ahmad Zainuddin.
Majlis ilmu yang bertema rona putih dan merah jambu dengan sentuhan Timur Tengah dihadiri oleh Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad, Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak, dan lebih 300 tetamu jemputan.
Alunan bacaan dan makna Surah Al-Insan oleh Sheikh Abdullah Jahaf menjadi pembuka majlis ini. Pemilihan surah ini bersempena World #QuranHour tahun ini dengan membawa tema ‘Memanusiakan Manusia’ atau Humanising the Ummah.
Sesi ceramah bersama panel Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dan Dr Robiah Hamzah bersama Moderator Datuk Hajah Rozzana Rahmat menjadi acara kemuncak dalam perkongsian ilmu kerohanian buat para pengunjung.
Melengkapi majlis ini juga, sesi Qasidah dialunkan oleh Kumpulan Ar-Rayyan. Dendangan lagu-lagu dakwah juga menjadi penyeri majlis oleh selebriti Lah Ahmad.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.