Hari Jumaat merupakan penghulu segala haridalam seminggu. Sebagai umat Islam, kita meyakini bahawa hari Jumaat memberikan kelebihan dan mengandungi keutamaan tertentu berbanding hari lain. Kebiasaannya umat Islam hanya terlintas bahawa kelebihan hari Jumaat hanyalah pada solat Jumaat. Benarkah sekadar itu sahaja? Hakikatnya terdapat pelbagai amalan lain yang dianjurkan kepada umat Islam untuk mengerjakannya.

Antaranya ialah;

1. Mandi sunat Jumaat

Pada hari Jumaat, kita disarankan untuk mandisunat pada hari Jumaat terutama bagi lelaki yang ingin menunaikan solat Jumaat. Daripada Ibnu Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kalian ingin mengerjakan solat Jummat, maka hendaklah dia mandi. (riwayat Al-Bukhari no. 877 dan Muslim no. 844)

Ads

2. Membersihkan gigi dan memakai wangian

Membersihkan gigi sama ada dengan kayu siwak ataupun berus gigi yang ada pada masa kini amat dituntut terutama sebelum mengerjakan solat. Begitu juga anjuran memakai wangian sebelum solat. Kedua-dua perkara ini antara sunnah yang semakin dilupakan serta kurang diamalkan. Abu Sa’id Al-Khudri berkata bahawa Rasulullah SAW menyarankan agar pada sahabat menggosok gigi dan memakai wangi-wangian pada hari Jumaat semampu yang boleh. Salah seorang perawi hadis iaitu seorang tabi’in bernama Bukair bin Abdullah Al-Asyajj berkata tentang anjuran memakai wangi-wangian pada hari Jumaat: Meskipun dengan wangi-wangian kaum wanita. (riwayat Muslim no. 846; Abu Daud no. 342)

Raikan Hari Jumaat Penghulu Segala Hari Dengan Amalan-Amalan Sunat Yang Disarankan Untuk Ganjaran Pahala.
Sumber gambar: Seekers Path

3. Memperbanyakkan doa

Ads

Salah satu doa yang diangkat dan dimakbulkan oleh Allah adalah ketika hari Jumaat. Pada hari Jumaat, terdapat suatu masa yang mana jika seseorang berdoa pada waktu itu, nescaya Allah akan menunaikan permintaannya. Ia merupakan suatu peluang yang telah diberikan kepada umat Islam namun tidak ramai yang mengetahuinya dan beramal dengannya. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Jumaat ada suatu waktu yang mana tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat lalu berdoa tepat pada waktu tersebut melainkan Allah akan mengkabulkan doanya tersebut. (riwayat al-Bukhari no. 935 dan Muslim no. 852). Para ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai bilakah waktu yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu. Ada yang berpendapat waktu mustajab itu adalah ketika di antara dua khutbah dalam solat Jumaat.

Sebahagiannya pula berpendapat pada waktu Asar. Pendapat yang kuat adalah pada waktu Asar selepas mengerjakan solat Asar sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya. (musnad Ahmad no. 7363).

Ads

4. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW

Selawat merupakan tanda kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW. Setiap daripada selawat yang dilafazkan akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Ia juga menjadi zikir yang perlu diamalkan setiap hari untuk melembutkan hati dan menyemai rasa cinta kepada Baginda SAW. Setiap Muslim disunatkan untuk memperbanyakkan selawat setiap hari terutamanya pada hari Jumaat. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari yang terbaik di antara hari-hari lain, maka perbanyakkanlah berselawat kepadaku pada hari itu (Jumaat) kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku.” (riwayat Abu Daud no. 1531dan An-Nasai no. 1374).

Semoga amalan-amalan ini dapat menjadikan kita hamba-Nya yang memperolehi ganjaran dan dirahmati oleh-Nya. InsyaAlllah. Selamat beramal! Salam Jumaat.

Raikan Hari Jumaat Penghulu Segala Hari Dengan Amalan-Amalan Sunat Yang Disarankan Untuk Ganjaran Pahala.
Sumber gambar: Egypt Independent
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI