Kecantikan

Raih Lebih 14K Retweet, Lelaki Ini Dedah Rahsia Miliki Kulit Sihat & ‘Glowing’ Setelah Cuba 50 Produk Farmasi

Share

Pada masa kini, bukan hanya wanita yang mengalami masalah kulit seperti ‘breakout’, tetapi lelaki juga tidak terkecuali. Seperti perkongsian lelaki ini di laman sosial twitter, @NaufalAntezem yang pernah mengalami masalah ini.

Dia juga kemudiannya berkongsi testimoni untuk mendapatkan kulit yang sihat dan juga rambut yang subur. Bukan hanya menggunakan satu produk tetapi lebih 50 produk pelbagai jenama kebanyakan dari farmasi telah dicuba bagi mendapatkan hasilnya.

Testimoni dibuat adalah berdasarkan pengalaman peribadinya. Dia sebelum ini memberitahu wajahnya agak sensitif terutama bila terkena habuk.

Hijabista ingin berkongsikan beberapa produk yang memang ‘ngam’ dengan wajahnya.

Perkongsian daripada lelaki ini telah meraih lebih 14K Retweet dan 17K butang Likes di Twitter.

Bagus untuk semua kulit, tetapi bukan untuk kulit berjerawat yang agresif.

Pernah trauma pakai produk yang tak ngan dengan kulitnya.

Suka sebab buih yang sangat banyak.

Muka jadi glowing dan lembap selepas 2 minggu.

Pembersih wajah yang menjadi hero buat lelaki yang simple.

Antara 50 produk dicuba, ini antara yang paling bagus kerana kulitnya jadi selicin manggis. Gitu !

Produk yang mampu mencegah jerawat dan menghalang blackhead daripada beranak pinak di muka.

Skrub muka itu perlu untuk kulit yang berseri. Tapi janganlah sental muka macam nak sental periuk pulak ye !

Toner yang dikatakan baik punya untuk menghilangkan jerawat.

Toner yang ini juga sangat berbaloi dengan harganya. Boleh juga disapu pada muka.

Jangan lupa lap muka dahulu dengan Micellar Water untuk pembersihan pori yang berganda.

Menurutnya, serum yang paling unggul ialah …

Oh ya, masker wajah jangan dilupakan tau!

Tepek di jerawat terus hilang!

Begitulah beberapa tip kulit sihat yang dikongsikan oleh lelaki ini. Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai semua produk yang telah dicubanya, bolehlah melayari akaun twitter @NaufalAntezem.

Artikel Berkaitan: 5 Produk Innisfree Wajib Cuba

Published by
Siti Zurina