Pengacara terkenal, Jihan Muse telah menerima kejutan daripada peminatnya apabila diraikan dalam sebuah sambutan khas bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke 37 pada 29 Ogos yang lalu.
Menariknya, wajah polos Jihan pada hari itu telah menjadi tumpuan kerana dia tetap kelihatan jelita biarpun tanpa secalit solekan di wajah.
Da tuo-tuo kene seprais! Tu yg vogue sgt tu ootd. Tu bukan acik kau tau. Tu jihan muse. Namo pun tokojut. Alhamdulillah. Terima kasih @jihanizer ingat saya selalu support saya dan selalu rajin buat aktiviti wlwpun dlm kekangan masa dan lokasi. Semoga segala doa utk hari belated ni diangkat dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Amin.. Jazakallahu khayran kathira..
-jihan muse-
Bersama anak, Ungku Arsalan Haq dan suami tercinta, Ungku Hariz.
Manis je Jihan mengenakan tudung bawal!
Ramai peminatnya yang memuji kecantikan yang dimilikinya tanpa mekap yang tebal. Memang lawakan? Moga Jihan terus dilimpahkan rezeki yang mencurah-curah dari Tuhan dan sentiasa menghiburkan hati rakyat Malaysia. Amin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gara-Gara Pesakit Menipu, Doktor, Suami & Bayinya Disahkan Positif Covid-19
Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perutusan khas kali kedua yang merayu agar rakyat mematuhi perintah kawalan pergerakan iaitu duduk di rumah dan tidak keluar bagi memutuskan rantaian jangkitan virus tersebut.
Pada hari ini, 15 kes positif telahpun sembuh dan dibenarkan discaj. Dengan ini, jumlah yang telah sembuh dan discaj adalah sebanyak 75 kes.
Dalam perkembangan lain, 110 kes baru dilaporkan, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 900 kes.
Daripada 110 kes terbaru ini, 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
Selangor catat kes positif tertinggi sebanyak 223 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (123), Sabah (112) dan Johor (101).
Namun masih ada individu di negara ini yang enggan memberi kerjasama. Disebabkan individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak mendedahkan sejarah perjalanannya, menyebabkan orang lain dijangkiti virus tersebut.
Menurut Nurfaizal Fariz Sahdan, rakannya yang merupakan pegawai perubatan disahkan positif Covid-19 disebabkan ada pesakit yang menipu.
Berikut perkongsian Nurfaizal Fariz Sahdan
Hari ini sahabat kami seorang Doktor disahkan Positif Covid-19, bukan itu sahaja, suami dan anaknya yang masih bayi pun telah disahkan positif Covid-19. Gara-gara seorang pesakit yang menipu bila ditanya tentang sejarah perjalanan dan kontak Covid-19.
Tolonglah jujur agar Anggota Kesihatan dapat bersedia menerima kehadiran anda.
Menangani Covid-19 adalah tanggungjawab kita rakyat Malaysia- tulisnya di Facebook.
Hari ini sahabat kami seorang Doktor disahkan Positif Covid-19, bukan itu sahaja, suami dan anaknya yang masih bayi pun…
Posted by Nurfaizal Fariz Sahdan on Wednesday, 18 March 2020
Jadi tolonglah. Berikan kerjasama anda. Keluar untuk perkara yang penting sahaja. Jika tidak, lebih baik duduk di rumah sahaja.
Marilah kita sama-sama berdoa agar wabak Covid-19 ini segera berakhir. Aamiin.
Sumber kredit: Nurfaizal Fariz Sahdan dan Kementerian Kesihatan Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Pelbagai Cucur, Sedap Dan Mudah Tak Boleh Bawa Bincang
Himpunan resepi cucur yang paling mudah disediakan dan sering menjadi pilihan ramai terutama ketika minum petang dan sesuai untuk menarik perhatian anak-anak untuk makan semeja.
Cucur adalah sejenis hidangan yang diperbuat daripada tepung gandum dan air bersama beberapa bahan tambahan lain yang memberi rasa yang berbeza setiap satunya.
Menjadi pilihan ramai kerana bukan sahaja kerana ianya mudah dan cepat untuk disediakan malah juga mengenyangkan. Jom lihat idea resepi cucur yang telah HIJABISTA himpunkan untuk santapan petang. Paling mudah dan cepat dihidangkan!
ARTIKEL BERKAITAN: 20 Koleksi Resepi Telur Mudah Dan Sedap Digemari Ramai. Comfirm bertambah!
Cucur kentang
Bahan-bahan:
- 4 biji kentang
- Sosej Ayam (BELI DI SINI) (pilihan isi ayam, udang ketam)
- 1 batangg lobak merah
- 1 tangkai daun bawang
- 2 sudu tepung jagung ( BELI DI SINI)
- 2 sudu tepung gandum ( BELI DI SINI )
- Serbuk cili @ cili flakes (pilihan)
- Penambah rasa ( BELI DI SINI )
- Garam
Cara-cara:
- Lenyek kentang yang telah rebus.
- Masukkan sosej, lobak merah dan daun bawang.
- Masukkan garam, penambah rasa dan serbuk cili jika suka. Gaul sebati.
- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil gaul.
- Bentuk cucur bulat-bulat satu persatu.
- Sedia untuk digoreng. Goreng sehingga warna kekuningan.
KREDIT: LINDA SAFAR
Cucur Manis
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air mendidih
- 3 sudu besar gula
- Secubit garam
Cara-cara:
- Gaul tepung gandum bersama gula dan garam.
- Masukkan air panas dan gaul sebati.
- Sapukan minyak masak di tangan dan uli doh menjadi bentuk bulat.
- Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Balik-balikkan semasa menggoreng.
- Siap untuk dihidang!
Cucur ketam bercili
Bahan-bahan:
- 400gm tepung naik sendiri
- 150ml air
- 100gm filemen ketam @ crabstick |dihancurkan
- 3 tangkai kucai dipotong kecil
- 1 biji cili merah dicincang halus
- 1 biji bawang besar dimayang halus
- 1 biji telur
- 5gm soda bikarbonat
- Garam secukup rasa
Cara Memasak:
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
- Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
- Panaskan minyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
KREDIT: MAMIMIKAEL
ARTIKEL BERKAITAN: Resepi Tauhu Berlauk Sedap Cicah Sambal Kicap Padu. Boleh Di Bekukan!
Cucur telur sedap
Bahan-bahan:
- 200gm tepung gandum
- 25gm mntega
- 1biji telur
- Secubit garam
- ¼ cawan air
Gaul tepung, mentega, telur, garam sebati. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga tak melekat di tangan. Bahagikan doh kepada 8 biji dan bulat-bulatkan doh. Sapukan mntega dan rehatkan doh.
Inti:
- 2 biji telur
- 2 biji bawang besar dhiris*
- 2 biji cili merah dihiris*
- Secukup daun kucai/daun bwg.dpotong*
- Sedikit garam
Cara Memasak:
- Panaskan kuali goreng bahan-bahan bertanda* tanpa minyak hingga layu masukkan garam dan telur kacau hingga masak biar sejuk.
- Leperkn doh letak inti dan lipat sapu skali lagi mentega. Masa mengoreng tarik dan leperkan sedikit doh. Sedia di goreng.
Cucur megi
Bahan-bahan:
- 2 bungkus mee segera – masak macam biasa, bagi lembut dan toskan (tanpa perencah)
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- Bawang besar potong dadu
- Cili merah hiris nipis
- Secubit garam
- Daun sup + daun bawang (potong halus)
- Sedikit air
- Minyak untuk menggoreng
Gaulkan semua bahan sebati. Goreng hingga garing. Siap! Selamat mencuba!
Resepi cucur sayur
Resepi ni dapat dari nenek. Sangat MUDAH tapi SEDAP ! sesuai untuk buat sarapan atau minum petang. Makan panas-panas lagi sedap. RANGUP!
Bahan-bahan:
- Kubis
- Carrot
- Bawang putih
- Bawang merah
- Daun sup
- Daun bawang
Bahan-bahan lain:
- Air
- Garam
- Kunyit
- Tepung gandum
- Serbuk lada sulah/lada putih
- Serbuk Pasti Sedap Knorr (pilihan)
Cara Memasak:
- Potong bahan-bahan sayur dan udang.
- Masukkan tepung dan air. Tepung tak perlu banyak sangat. Asal bahan melekat dah okay.
- Letak kunyit sikit sebagai pewarna.
- Perasakan dengan garam, lada sulah dan serbuk Pasti Sedap Knorr ikut kesesuaian masing-masing.
Resepi Cucur Oat
Resepi ini merupakan salah satu resepi cucur yang jarang dibuat, ini kerana ia menggunakan oat sebagai bahan utamanya. Namun begitu tahukah anda oat yang dibuat cucur amat sedap dan rangup. Tambahan pula bila ditambah dengan beberapa bahan yang menaikkan selera.
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil soda bika
- ½ sudu teh garam
- ½ cawan rolled oat
- Daun bawang
- Cili api merah
- Air suam secukup
Cara Memasak:
- Campurkan semua bahan kering.
- Masukkan air suam dan kacau.
- Biarkan seketika agar oat lembut.
- Masukkan daun bawang dan cili api yang telah dihiris.
- Goreng dengan minyak yang banyak dan panas
- Ulang sehingga habis
- Siap!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tekanan Tinggi Penyebab Muncul Uban Di Usia Muda? Benarkah?
Dengan peningkatan usia, terdapat banyak perubahan pada kulit dan rambut. Ya, kulit yang asalnya tegang perlahan-lahan membentuk kedutan. Tetapi ia tidak berhenti di situ, selalunya uban juga muncul.
Rambut uban biasanya muncul apabila seseorang bermula antara umur 30 dan 40 tahun. Namun, berkemungkinan uban ini juga boleh muncul selepas umur 20 tahun.
Artikel Berkaitan : Daun Kari Bukan Hanya Guna Untuk Masak Kari Tapi Boleh Buat Tonik Rambut Cegah Uban
Tekanan tinggi
Tekanan disebabkan oleh beberapa faktor. Daripada tekanan terdapat perubahan yang memberi kesan yang ketara kepada kehidupan kepada bimbang tentang perkara yang berbeza.
Tekanan adalah masalah yang agak sukar untuk dielakkan. Namun, apabila seseorang itu berhadapan dengan perasaan tertekan, terdapat risiko kesihatannya akan terjejas.
Tekanan tinggi juga mencetuskan perubahan dalam penampilan, seperti penampilan uban. Ini berlaku apabila seseorang mengalami tekanan dan norepinephrine dilepaskan dalam folikel rambut.
Kekurangan nutrisi
Malnutrisi juga boleh menyebabkan uban lebih cepat. Sekiranya badan kekurangan bekalan zat besi, kuprum, vitamin B dan asid lemak omega-3, risiko rambut beruban pada usia muda meningkat.
Sebaliknya, makanan segera juga memainkan peranan dalam pertumbuhan uban. Jadi jika anda tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda, cuba perbaiki pemakanan anda.
Genetik
Menurut kajian, kemunculan uban pada usia muda boleh disebabkan oleh faktor genetik. Seperti yang diterbitkan oleh Medical News Today, kaum dan etnik juga memainkan peranan dalam rambut beruban pada usia muda.
Walaupun ia tidak dapat dielakkan, anda boleh mula mengamalkan gaya hidup sihat supaya anda tidak menumbuhkan uban.
Mewarna rambut
Walaupun ia menjadikan anda kelihatan lebih segar dan berbeza, mewarnai rambut anda boleh menyebabkan rambut anda kering dan mudah patah. Selain itu, mewarnakan rambut anda dari usia muda mencetuskan pertumbuhan uban.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI