Rai Bday Di Wad, Wanita Hamil Kongsi Pengalaman 12 Hari Di Wad Lepas Positif Covid-19

Share

Penularan wabak covid-19 memang menakutkan seluruh rakyat Malaysia. Apatah lagi bila mendapat tahu jumlah mangsanya sudah mencecah hampir seribu iaitu sebanyak 900 kes setakat ini.

Berniat memberi peringatan kepada semua, seorang pengguna twitter iaitu Amyz berkongsi kisah rakannya yang disahkan positif covid-19 namun berjaya melawan virus itu selepas 12 hari berada di dalam wad.

Nak share one of my friend’s experience yang disahkan positif Corona Covid-19. SHES 3 MONTHS PREGNANT. Alhamdulillah after 12 days warded, she was discharged last night.

Celebrate birthday dalam wad. Happy Birthday Farah

Pelawat tak dibenarkan langsung masuk melawat, tapi makanan/keperluan dibenarkan hantar. Itupun nurse yang akan hantar ke bilik.

Pesanan untuk semua:

Bila warded HUSBAND AND WIFE positif covid-19, anak sulung adik jaga, yang di rumah kena kuarantin, so jiran banyak membantu selain dari family. SEMANGAT INI YANG KITA MAHUKAN. KERJASAMA AND PERTOLONGAN KETIKA SUSAH.

After dah discharged, patient akan ada next follow up checkup. And also KKM akan datang rumah buat disinfection spray.

Bukan mudah untuk melalui semua ini. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah ini dan mengikut saranan kerajaan untuk terus berada di dalam rumah agar kita berjaya mencegah penular wabak ini. InsyaAllah.

kredit: twitter Amyz, instagram @farah_salwani

Published by
Qistina