Merintis penjagaan kulit seperti sarang burung, NUTOX telah melancarkan Rangkaian Pemulihan Youth Restoring.
Apabila usia semakin meningkat, penghalang kulit kita semakin lemah dan kurang berkesan untuk mengekalkan kelembapan dan kolagen, yang membawa kepada perkembangan garis-garis halus dan kedutan. NUTOX dicipta dengan tujuan untuk menguatkan sistem penghalang kulit dan membantunya mengekalkan kulit yang kelihatan sihat, anjal dan licin.
Artikel Berkaitan : Bukan Hanya Untuk Kurus Semata, Pembedahan Bariatrik Lebih Kepada Pemulihan Kesihatan
Dilancarkan di Atrium Vanity, Sunway Velocity Mall. Pusat beli-belah itu telah dimeriahkan dengan beberapa aktiviti menarik, termasuk penampilan tetamu oleh selebriti tempatan Wany Hasrita dan selebriti Korea Jang Han-Byul.
“NUTOX ialah jenama penjagaan kulit Malaysia yang komited untuk membantu orang ramai mendapatkan kulit yang lebih berseri dan kelihatan muda. Sejak 2006, kami telah merintis penggunaan sarang burung dalam usaha memperkasakan wanita menerusi produk penjagaan kulit anti-penuaan yang efektif. Kami amat teruja untuk memperkenalkan rangkaian baharu NUTOX Youth Restoring yang dipertingkat ini,” jelas Pengarah Eksekutif TohtonKu, Jasper Lim.
“Rangkaian ini menggunakan bahan-bahan yang unggul, seperti Sarang Burung Premium dan Snow Mushroom (Tremella Mushroom) dipertingkatkan keberkesanannya dengan sistem penghantaran yang berkuasa – Teknologi Micro Targeting, yang mengekalkan lembapan dan sentiasa membekalkan kolagen ke dalam kulit. Ini memberikan kulit yang lebih anjal, gebu dan licin,” jelas Jasper Lim.
Disamping itu, dia mengumumkan bahawa Advanced Serum Concentrate kini mempunyai lima kali ganda bahan aktif anti-penuaan, dan telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kedutan sebanyak 48% dalam masa hanya 7 hari.
Rangkaian NUTOX Youth Restoring diformulasikan secara unik untuk kulit orang Asia. Ia mengandungi Actigenic+™, sistem penjanaan semula sendiri dan teknologi terkini yang menjana semula sel-sel kulit, menghasilkan dan mengekalkan kolagen, elastin dan asid hyaluronik dengan berkesan untuk meningkatkan keanjalan kulit. Selain itu, produk tersebut kini menggunakan Premium Birdnest – nutrien yang diekstrak dari sarang burung yang membantu meningkatkan keadaan kulit dan melindunginya daripada tanda-tanda penuaan yang ketara.
Tremella Mushroom pula mengandungi 400 kali kuasa penghidratan dan lima kali ganda kapasiti penghidratan Asid Hyaluronik. Di samping itu, sistem penghantaran yang berkuasa – Teknologi Micro Targeting mengekalkan lembapan kulit dan membekalkan kolagen secara berterusan sepanjang hari untuk keberkesanan yang lebih baik.
“Saya telah menggunakan NUTOX Youth Restoring Advanced Serum Concentrate baharu selama beberapa minggu, dan sangat kagum dengan hasilnya. Kulit saya berasa lebih terhidrat, dan garis-garis halus menjadi kurang ketara. Ia ringan dan selesa untuk digunakan, dan saya sukakan cara ia membantu saya mencapai kulit wajah yang muda dan berseri,” kongsi penyanyi, Wany Hasrita pada majlis pelancaran.
Artis Korea, Jang Han-Byul turut memuji produk tersebut, “Sebagai penyanyi, saya sentiasa menjadi tumpuan ramai, jadi saya perlu berpenampilan terbaik. Itulah sebabnya saya amat teruja untuk berkongsi pengalaman saya dengan NUTOX Youth Restoring Advanced Serum Concentrate, yang telah menjadikan kulit saya lebih licin dan kelihatan lebih muda.”
Artikel Berkaitan : ‘Kalau Tak Ok, Reda Jelah’- Suka Tudung Bawal, Wany Hasrita ‘Doa’ Je Agar Awning On Point!
Pelancaran berlangsung semasa acara pertandingan NUTOX Brand Experience pada 23-28 Mei 2023, yang menampilkan beberapa acara menarik seperti rasa, permainan, konsultasi dan hadiah. Acara ini juga bekerjasama dengan rakan kongsi jenama untuk menyokong keusahawanan tempatan. Rangkaian NUTOX Youth Restoring boleh didapati di kedai fizikal Watson serta kedai dalam talian Shopee dan Lazada.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI