Air mawar punya kuasa yang menakjubkan serta cukup alami. Air mawar atau rose water dipercayai mengandungi vitamin A dan C serta ada antioksida yang mampu memulihkan kulit dari dehidrasi dan memberikan efek muda berseri-seri.
Selain itu, jika sudi mengamalkan semburan face spray air mawar setelah selesai solekan, ia dapat bertindak sebagai makeup setting spray; di mana, bedak dan solekan tidak akan terlihat bercapuk-capuk atau berbelak-belak dan dikatakan tahan lebih lama.
Jika anda terasa, solekan di muka anda matte dan tebal, semburkanlah formula air mawar untuk memperelok segala-galanya; wajah akan tampak lebih halus dan tiada cacat-cela. Itulah jawapannya.
Tahu atau tidak, air mawar merupakan bahan inti pati rahsia yang menjadi amalan turun-temurun wanita Arab? Bukan sahaja sembur, malah mereka juga minum dan esen ros itu juga dimasukkan ke dalam manisan dan segalanya. Punyalah taksub dan obses!
Ads
Makeup setting spray atau dikenali sebagai makeup fixes, kebiasaannya, cukup mahal terutamanya pabila melibatkan kandungan air mawar. Jadi, yang paling afdal untuk menjimatkan kos, adalah lebih baik untuk kita lakukannya sendiri.
Formula takjub ini hanya memerlukan 2 bahan penting dan tidak sampai 1 minit untuk memformulasikannya. Tidak percaya? Efeknya sama seperti jenama-jenama tersohor yang agak mahal.
Ads
Cara-caranya cukup mudah:
1. 3/4 air
2. 1/4 air mawar
Ads
3. Campurkan ke dalam botol spray travel yang kecil dan goncangkan.
4. Nah, siap! Semburlah pada bila-bila masa dan di mana jua.
Cubalah! Jangan menyesal tidak berlagu nanti, okey? Pasti wajah anda terampil ayu dan tanpa cela. InshaaAllah, kita ikhtiar, ya?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terkejut dengan surprise party yang dirancang oleh keluarga mertuanya, Hanis terharu dihidang dengan 3 buah kek. Hanis Zalikha panjatkan rasa syukur pada majlis yang sederhana tapi cukup bermakna kerana tahun ini sambut bersama dua cahaya mata.
Surprise berganda Hanis Zalikha untuk peminat sempena ulangtahunnya, Cakenis baru-baru ini melancarkan koleksi edisi terhad terbaru, The Kek Origami sempena perayaan Ulang tahun Hanis. Seperti biasa, setiap satu daripada koleksi edisi terhad hijab cakenis direka bentuk dengan teliti oleh Hanis sendiri dan disempurnakan oleh team cakenis.
Inspirasi di sebalik signifikasi koleksi ini berasal dari seni lipatan kertas Jepun, mengenai seni origami. Tudung-tudung ini boleh didapati dalam enam warna dan nama iaitu nafas, Apricot, Windmill, Oxford, Pinata, dan Kertas Mache & Unicorn. Cakenis juga membawa reka bentuk yang unik di mana unsur-unsur daripada origami diperbadankan. Untuk menjadikannya lebih menarik, kesan monogram Cakenis boleh dilihat pada setiap elemen utama di sekitar selendang.
Setiap kotak Origami Cake dilengkapi dengan helaian kertas origami sebagai eksklusif hadiah percuma. Cakenis juga telah memberikan buku nota edisi terhad kepada 50 pelanggan pertama yang membeli minimum daripada dua koleksi origami dan sebarang item di laman web utama Cakenis.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Satu demi satu kita lihat selebriti kita telah melakukan penghijrahan terutama daripada segi penampilan. Ternyata penghijrahan yang dibuat ini menggembirakan hati ramai peminat yang memang sentiasa mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka.
Salah seorang adalah bekas penyampai radio, Fara Fauzana yang berhijrah pada tahun 2014. Dia yang sebelum ini berpengalaman hampir 10 tahun bekerja pagi di stesen radio swasta HOT FM.
Sepanjang tempoh itu, dalam satu perkongsiannya Fara memberitahu ramai yang berkata ‘untungnya kerja pagi sebab, Subuh mesti tak tinggal’. Namun dia mengakui lima tahun pertama tidak menunaikan solat Subuh.
Ini kerana terikat dengan jadual kerja pagi yang memerlukan dia berada di studio seawal jam 6 pagi. Waktu itu sudah bermula siaran dan dalam masa sama juga waktu Subuh sudah masuk.
Jadi dia terfikir bagaimana untuknya meninggalkan studio ketika itu, macam mana nak solat dan di mana mahu solat.
Lagipun pelbagai alasan seperti surau jauh dan masalah lain yang menyukarkan menyebabkan Fara langsung tidak menyempurnakan solat Subuh pada 5 tahun pertama.
Namun kesedaran untuk melakukan suruhan wajib Tuhan ini datang sedikit demi sedikit pada dirinya. Dia waktu itu melihat kenapa teman-teman lain boleh melakukan solat Subuh dengan mudah.
Dan mereka juga tidak pernah memberitahu padanya, ‘eh tak solat ke’ atau ‘tak Subuh ke’ dan dia sangat respek pada teman-temannya yang memang tak pernah bertanya padanya soal itu.
“Seperti juga dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang mengatakan saya ‘munafik’ dan saya cuba belajar awal-awal.
“Misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk. Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat itu tidak betul.
“Namun saya cuba buat (solat Subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya.
“Tetapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi ‘a good Muslim’, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,” ujar Fara Fauzana dalam perkongsiannya itu.
Fara juga banyak bercerita pengalamannya ketika tidak bertudung sebelum itu dan perlu hadir dalam beberapa anugerah. Menurutnya kebanyakan anugerah bermula jam 8 malam dan perlu mekap seawal jam 5 petang.
“Dalam hal ini, secara jujurnya memang akan ada yang tanya ‘tak solat Maghrib ke’? Memang saya tak buat dan biasanya hanya akan qada sahaja. Tetapi apabila saya lihat benda itu sebenarnya mudah dan tahu untuk mengawalnya, saya belajar nak jadi yang baik.
“Ketika saya jadi pengacara anugerah berkenaan yang bermula jam 9 malam, setelah saya siap mekap dan sebelum memakai tudung, saya akan solat dulu. Sekarang ini rasanya lebih mudah kerana di ‘back stage’ ada disediakan ruang untuk kita menunaikan solat.
“Dan sekarang ini tiada lagi situasi di mana orang melihat solat itu hanya untuk menunjuk sahaja. Saya tak perlu segan jika ada yang kata menunjuk kerana solat depan orang. Ini kerana niat memang ikhlas kerana Allah,” jelasnya juga yang berubah sedikit demi sedikit dengan memakai selendang sebelum berhijab sepenuhnya.
Ini kerana Fara Fauzara tidak mahu bila pakai dan akan buka nanti bila kerana belum bersedia sepenuhnya.
Sejujurnya ketika di awal penghijrahannya dia berkira-kira bagaimana mahu istiqomah dan menjadi Muslim yang lebih baik.
Dia juga beruntung ketika itu kerana bekerja di bawah boss bukan Islam yang amat memahami dan tidak mengalami masalah apabila memohon untuk mengelak daripada melakukan tugasan ‘Panggilan Hangit’ dan juga ruangan ‘Gosip’.
Admin terharu mendengar pengalaman Fara Fauzana yang berkongsi dalam satu majlis ilmu ‘Perjalanan Menuju Taqwa’, di Putrajaya awal Mei lalu.
Ternyata hidayah Tuhan diberikan dalam pelbagai cara. Moga Fara terus istiqamah dalam memperjuangkan agama Islam.
Walaupun kini sudah tidak lagi bekerja di stesen radio, Fara kini banyak terbabit dengan kerja sukarelawan untuk kerja-kerja amal. Dia juga turut mengendalikan rancangan bual bicara santai tetapi dalam versi digital, @dibilique
Merenung di persekitaran ini banyak golongan ini yang rajin solat tetap miskin, tapi yang sering melakukan maksiat tidak solat lebih kaya. Mungkin di atara mereka itu teman dan saudara kita yang jarang solat apa lagi zikir dan tanpa amalan-amalan tertentu, boleh kaya dan makmur hidupnya. malah yang sering solat dan zikir hidupnya biasa-biasa sahaja.
Yang rajin solat malah susah dan miskin
Yang tidak pernah solat malah kaya raya
Yang muslim banyak yang kurang bijak
Yang kafir malah banyak yang pintar
Ini fakta:
Seharusnya kalau muslim menyandarkan kepada yang Maha Besar, pencipta langit dan bumi seharusnya tidak seperti itu.
Biasa terjadi dalam golongan ini, ada yang mempunyai limpahan rezeki namun ia adalah orang yang gemar maksiat. Misalnya ia tempuh jalan kesyirikan melalui ritual persugihan, dan benar ia cepat kaya.
Ketahuilah bahwa mendapatkan limpahan kekayaan seperti itu bukanlah suatu tanda kemuliaan, namun itu adalah istidraj.
Istidraj ertinya suatu perangkap berupa kelapangan rezeki padahal yang diberi dalam keadaan terus menerus bermaksiat pada Allah.
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
“Bila kamu melihat Allah memberi pada hamba dari (perkara) dunia yang diinginkannya, padahal dia terus berada dalam kemaksiatan kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahwa hal itu adalah istidraj (perangkap berupa nikmat yang disegerakan) dari Allah.” (HR. Ahmad 4: 145. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadis ini dilihat dari sisi lain).
“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (QS. Al An’am: 44)
Dalam Tafsir Al Jalalain (hal. 141) disebutkan, “Ketika mereka meninggalkan peringatan yang diberikan pada mereka, tidak mau mengindahkan peringatan tersebut, Allah buka pada mereka segala pintu nikmat sebagai bentuk istidraj pada mereka.
Sampai mereka berbangga akan hal itu dengan sombongnya. Kemudian kami siksa mereka dengan tiba-tiba. Lantas mereka pun terdiam dari segala kebaikan.”
Syaikh As Sa’di menyatakan,
“Ketika mereka melupakan peringatan Allah yang diberikan pada mereka, maka dibukakanlah berbagi pintu dunia dan kelezatannya, mereka pun lalai. Sampai mereka bergembira dengan apa yang diberikan pada mereka, akhirnya Allah menyiksa mereka dengan tiba-tiba. Mereka pun berputus asa dari berbagai kebaikan. Seperti itu lebih berat siksanya. Mereka terbuai, lalai, dan tenang dengan keadaan dunia mereka. Namun itu sebenarnya lebih berat hukumannya dan jadi musibah yang besar.” (Tafsir As Sa’di, hal. 260).
Kesimpulannya adalah, banyak muslim yang tidak sepenuhnya muslim, maksudnya tidak sepenuhnya menyerahkan diri kepada Kekuatan dan Ilmu-Nya, dan lebih menuhankan ratio akal pikirannya. Mereka lebih percaya kecerdasannya dari pada kecerdasan Allah Yang Pemurah. Tapi itu bukanlah anda.
Contoh: Sedekah ilmu kaya, itu Janji Tuhan. Dan kita ternyata sukar sekali percaya Ilmu Tuhan tentang sedekah. Tawakal dan adalah saranan mendapatkan rezeki tak terduga.
Dan kita masih seringkali kalah sebelum tawakal. Sabar dan solat adalah penolong. Kita lebih banyak meminta tolong kepada mahluk dan masih banyak sekali yang lainnya.
Tetapi marilah sejenak lupakan antara muslim miskin dan non-muslim yang kaya raya. Sejenak renungkan bahawa kaya dan miskin tetaplah ujian. Kaya dan miskin adalah ukuran dunia sahaja sementara kalau kita membicarakan akhirat bukan melalui kaya dan miskin secara material semata namun lebih kepada kaya hatinya.
Bagi muslim yang ingin kaya maka berusahalah sebagaimana non muslim yang bekerja dan berusaha keras untuk merubah nasib. Jadikan usaha mereka sebagai contoh terbaik.
Bezanya non muslim lebih mentuhankan kecerdasan sendiri, sedangkan muslim seharusnya tidak demikian. Ia tetaplah berusaha keras dengan bekerja sebaik mungkin kemudian percaya akan kuasaNya.
Syukurilah di saat ini kita masih mempunyai rezeki dariNya tanpa harus iri dengan kenikmatan orang lain percayalah Allah sudah menyiapkan yang terbaik untuk hambanya yang rajin menyiapkan untuk di akhirat nanti.
Sumber: Amal Makruf
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.