Amira Othman, salah seorang dari bekas bintang realiti Akademi Fantasi yang kini namanya semakin menyinar. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Jaga-Jaga’ dan Mimpi Indah tampak cantik dan bebas jerawat, rahsianya amal makan oren dan minum 8 gelas air kosong sehari.
Pelakon utama I Love U Abang Bomba ini dilihat mempunyai kulit yang cantik tanpa ada sebarang masalah. Wanita cantik berasal dari Johor ini tidak lokek berkongsi rahsianya menjaga kecantikan wajah dan kekal menawan.
Kulit muka saya jenis yang sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, saya mengambil langkah untuk tidak mengenakan sebarang solekan yang sembarangan. Saya hanya menggunakan label solekan Clinique atau produk berasaskan mineral atas saranan doktor.
Saya hanya mengamalkan pengambilan buah-buahan. Tambahan lagi, buah oren kaya dengan vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Selain itu, saya cuba menghabiskan lapan gelas air kosong sehari.
Jenama produk penjagaan kulit yang Amira gunakan sekarang?
Memandangkan kulit saya sangat sensitif, saya cuma dibenarkan memakai Cetaphil sebagai pencuci dan penyegar manakala krim pelembap yang berasaskan mineral.
Jenis solekan pilihan Amira saat bercuti atau melancong?
Waktu senggang saya memang jarang bersolek, dan hanya bersolek pada waktu kerja sahaja. Jika keluar bersama teman-teman, selalunya saya hanya akan mengenakan pensel kening disebabkan memiliki kening yang tebal dan harus disikat dengan teliti.
Kekerapan Amira melakukan sesi rawatan wajah di spa?
Lazimnya, saya akan mengunjungi pusat perawatan kecantikan untuk urutan badan atau kepala saja. Memandangkan saya sering diserang migrain, jadi saya mengunjungi spa setiap dua minggu sekali.
Produk kecantikan yang wajib ada di dalam tas tangan?
Pemerah pipi, gincu dan pensel kening.
Ads
Definisi cantik buat Amira?
Pada saya, cantik ini sesuatu yang subjektif. Muslimah itu cantik apabila dia sentiasa menjaga setiap gerak-gerinya. Perlu berkeyakinan, pertuturan yang matang juga bijak, juga yang sentiasa menjaga imej diri.
Sayuran ini mewah dengan lutien, potassium, fiber dan juga vitamin E. Boleh dijadikan sebagai sajian sayuran harian. Juga boleh tambah dalam sandwic sarapan anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
https://youtu.be/EP3LGgoJ4cs
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setahun yang lalu pelakon kecil molek ini telah diduga Tuhan dengan ujian yang cukup hebat. Hampir 3 minggu terlantar di hospital menyebabkan segala pergerakannya terbatas. Tiada tanda sakit sebelum ini dan ujian yang datang padanya cukup menginsafkan. Saat itu terasa bagai nyawa di hujung tanduk apabila dia tidak boleh bernafas seperti biasa. Emma Maeombong menceritakan semula saat dirinya bertarung menahan kesakitan jangkitan virus dan hanya Allah yang tahu. Dan kini walaupun sudah sihat sepenuhnya, dia tetap ambil sikap berhati-hati terutama tentang penjagaan kesihatan.
“Sebenarnya sehingga hari ini Emma tidak tahu apa nama khusus bagi penyakit Emma ini. Tetapi menurut doktor hati Emma ada masalah. Doktor menjumpai nanah dalam hati Emma. Namun sehingga hari ini tidak tahu apa punca sebenarnya menyebabkan hati Emma dijangkiti nanah.
“Maklumlah sebelum diserang sakit itu, Emma sebenarnya tidak ada sakit apa-apa. Malah Emma sihat dan tidak ada ambik apa-apa yang terlarang atau yang boleh merosakkan hati. Malah apabila doktor periksa keseluruhan termasuk ujian darah, semuanya sempurna dan baik sahaja,” ujar Emma memulakan perbualan.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Menurutnya lagi, doktor hanya memberi andaian kemungkinan besar ketika dia berada di tempat penggambaran, kawasan berkenaan tidak bersih dan kotor. Dan mungkin disebabkan tangan tidak bersih dan menyentuh pula makanan serta masuk dalam mulut.
3 MINGGU KENA TAHAN WAD
“Situasi ini yang menyebabkan datangnya kuman hingga membuatkan hati jadi bernanah. Waktu kena serang itu, memang Emma rasa macam nak mati. Banyak yang Emma fikirkan ketika ditahan di wad selama hampir 3 minggu. Apatah lagi bila kita sedang berada dalam keseorangan dan dengar pula bunyi denyutan bip bip hingga menyebabkan Emma fikir macam-macam.
“Emma menangis dan merayu pada doktor untuk keluar dari hospital. Tetapi tidak dibenarkan. Ini kerana ada tiub yang bersambung pada badan untuk mengeluarkan nanah yang disedut keluar. Bayangkan tiga minggu berada di hospital dan Emma sedikit tertekan.
“Sampaikan, Emma terpaksa pegang bekas nanah dan tiub itu untuk jalan-jalan keluar sekeliling hospital. Waktu itu kita rasa badan sudah tak sakit dan sihat. Tetapi nanah masih lagi keluar, oleh sebab itu doktor tak benarkan Emma keluar wad lagi,” ceritanya lagi.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Sebelum itu, Emma mengalami simpton seperti menggigil satu badan, sekejap rasa sejuk dan sekejap pula rasa panas. Pada mulanya dia menyangka denggi, tetapi apabila diambil darah keputusanya negatif.
NAFAS TERSEKAT-SEKAT
“Darah diambil tidak tunjukkan kita kena denggi. Tetapi apabila Emma bernafas, ada benda seperti menyucuk di bahagian hati. Keadaan ini membuatkan Emma tak boleh nak bernafas sempurna. Kalau nafas Emma akan rasa sakit dan kalau tak nafas pula Emma yang akan mati.
“Emma hanya mampu bernafas tersekat-sekat dan pendek-pendek. Waktu itu muka Emma juga sudah pucat dan Emma terus suruh PA Emma panggil emak dan ayah. Siapa sangka Emma sihat sebelumnya dan dalam sekelip mata penyakit ini menyerang.
“Tiada tanda-tanda kecuali demam yang biasa dan badan terasa lemah. Emma masa itu ingat demam biasa dan hanya makan ubat demam sahaja. Tetapi apabila nafas kita pun jadi tersekat-sekat dan tak boleh nafas seperti biasa terus dimasukkan ke wad kecemasan,” jelas Emma yang kini sudah kembali aktif berlakon.
Empat hari berada dalam hospital doktor masih tidak tahu punca hinggalah dilakukan rawatan x-ray. Ketika itu doktor mengenal pasti ada nanah dalam hati.
“Emma terpaksa menjalani prosedur membuang nanah berkenaan dan apabila sedar ada tiub bagi membuangnya. Selepas itu, Emma terus rasa tubuh sudah sihat seperti biasa. Tetapi Emma terus kena tahan di wad hinggalah pulih sepenuhnya.
“Sebaik boleh keluar dari hospital, Emma terus mengambil kesempatan bercuti dan meneruskan aktiviti seni seperti biasa hinggalah hari ini. Namun sejak kejadian itu sebenarnya membuatkan Emma lebih berhati-hati terutama membabitkan soal kesihatan,” tambahnya lagi.
Menurutnya dulu dia tidak hiraukan apabila ada yang berpesan padanya jangan kerja kuat sangat nanti tumbang. Tetapi waktu itu Emmma tidak percaya kerana merasakan dia masih muda dan tidak pernah mengalami sakit.
“Iyalah waktu itu umur baru 24 dan masih muda dan kuat. Bagi Emma orang tua sahaja yang perlu ambil suplemen, duduk rumah dan jaga kesihatan. Dan apabila tiba-tiba kita tumbang, kita sebenarnya tak tahu bila ajal maut seseorang. Sakit yang datang itu tidak mengikut pada usia tetapi ikut kesihatan badan.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
“Ibaratnya luar nampak muda tetapi dalamnya sudah tua. Kita tak tahu bila sakit akan datang. Kita pula jenis tak cukup rehat dan tidur. Bermula saat itu jugalah Emma setiap hari ambil air masak dan jarang minum air manis. Saya juga tak ambil suplemen lain kecuali vitamin C dan vitamin B serta ambil pemakanan yang sihat,” pesannya pada hijabi di luar sana agar sentiasa menjaga kesihatan diri sebelum akhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baju melayu antara tumpuan apabila menjelang perayaan, baru melancarkan koleksi baju Melayu, Soultan, pelakon, Aeril Zafrel berpendapat rekaan baju Melayu yang terlalu moden tidak mampu menarik minat pembeli untuk membeli, mungkin ianya menjadi tarikan golongan tertentu.
“Saya sendiri jual baju Melayu dah 5 tahun. Jadi kita tahu peminat untuk baju melayu untuk hari raya mereka tak suka terlalu fancy dan trend sangat yang lari daripada elemen kemelayuan. Susah nak jual, mungkin tak laku. Tetapi mungkin dibeli oleh golongan tertentu.
“ Saya suka baju melayu yang macam dulu-dulu juga, mungkin dari segi kelebihannya rekaan serta elemen tambahan melibatkan butang dan cutting,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran koleksi baharu Hijabistahub baru-baru ini.
Kolaborasi dengan jenama tersebut, Aeril berkata, mengambil masa dua tahun sebelum bersetuju untuk bekerjasama menghasilkan koleksi baju Melayu, Soultan itu.
“Saya ini cerewet. Sebab itu bila ditawarkan untuk kolaborasi ini, saya fikir dahulu. Perlu ambil kira pelbagai aspek. Jualan, kredibiliti dan produk itu sendiri. Kolaborasi melibatkan nama baik ini, saya tidak boleh ambil mudah.
“Melihat mereka adalah antara usahawan Melayu yang berjaya dan dipercayai. Jadi saya lebih yakin dan bersetuju untuk berkolabrasi,”katanya.
HijabistaHub merupakan sebuah jenama pakaian wanita yang sudah mula bertapak sejak tahun 2016. Pertunjukkan fesyen yang diadakan ini merupakan acara yang julung kalinya diadakan setelah 8 tahun berada di dalam industri fesyen tanah air. Jenama yang saban tahun membina nama ini mungkin tidak asing lagi bagi kaum wanita terutamanya.
Selain itu, pelbagai koleksi pakaian bagi wanita yang ditampilkan dalam pertunjukkan berkenaan yang berunsurkan elemen moden klasik dengan sentuhannya yang begitu menawan. Dalam pada itu, turut ditampilkan empat koleksi eksklusif daripada artis wanita popular Wawa Zainal yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kehadiran beberapa orang kerdil dengan mengusung Wawa Zainal ke pentas utama menjadikan gimik yang sangat istimewa sebelum pengenalan kepada koleksi berkenaan.
Turut ditampilkan dalam pertunjukkan fesyen ini barisan selebriti-selebriti antaranya ialah Alif Aziz & Bella Astilah, Mawar Rashid & Raf Yaakob, Amyra Rosli & Iman Troye. Tidak ketinggalan mereka memperkenalkan barisan pempengaruh media sosial yang tidak asing lagi iaitu, ryan Bakery & Boss James elain persembahan oleh Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel.
Kemeriahan sambutan pertunjukkan fesyen berkenaan turut dirasai oleh semua yang hadir. Sementara itu, HijabistaHub juga mengumumkan sebahagian koleksinya sudah boleh didapati di laman web rasmi mereka dan butik.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pernah dihinaa kerana mempunyai seraut wajah yang hodoh, namun gadis ini tak pernah berputus asa merawatnya. Malah sanggup berhabis beribu ringgit bagi mengatasi masalah jerawat/breakout yang agak menggelikan ini kerana bernanah.
Berkongsi pengalaman di laman sosial gadis ini, Miya Che Bak tidak lokek berkongsi cerita bagaimana masalah jerawat teruk ini berjaya diatasi. Bagi mereka yang mempunyai masalah sama masih belum terlambat untuk mengatasinya sebelum Syawal menjelma.
Dulu aku di hina kerana muka aku hodoh
Assalamualaikum saya miya, kat sini saya terpanggil untuk share satu pengalaman yang saya pernah rasa dulu beberapa tahun lepas. Masa saya study dulu saya tak pernah naik jerawat walaupun sebiji, kalo datang bulan pon tetap tak dak jerawat hingga lah pada sem 5 saya kena buat practical di Penang, masa tu ada sorang kawan saya naik jerawat banyak sangat,saya kesian tengok dia kalut nak cari ubat untuk masalah jerawat dia.
Masa tu sy terpikir macam mana la rasa naik jerawat sebab saya tak pernah rasa perasaan ada jerawat. Allah itu Maha Mendengar tiba2 saya naik jerawat banyak sangat, saya pegi jumpa pakar kulit di Bukit Mertajam untuk dapatkan rawatan, beribu duit abis masa tu, jerawat yang pada mulanya duk dalam kulit keluar semua memang ngeri sangat, kalo sapa tengok muka saya masa tu mesti geli nak makan nasi dengan nanah nya masa tu saya sendiri geli
Hilang keyakinan diri. Rasa dihina hingga asingkan diri dari kawan-kawan
Bila jumpa pakar kulit tu dia bagi antibiotik selama 3 bulan saya makan antibiotik tu hingga la jerawat tu semua kering. Tapi parut dia Subhanallah memg banyak. Hitam bertompok dekat kedua belah pipi saya. Saya abis study masuk kolej semula untuk menyertai minggu induksi semua kawan2 saya terkejut tengok muka saya yang teruk. Masa tu saya hilang keyakinan diri, saya malu sedih, rasa hina pon ada hinggakan saya asingkan diri dari kawan2 saya just duk dalam bilik ja tak keluar pun lepak-lepak dengan kawan masa tu.
Guna pelbagai produk untuk pulihkan muka
So dipendek kan cerita lepas masuk kerja saya ada duit sendiri saya mula guna pelbgai produk untuk pulihkan kulit muka saya sehingga ke hari ini saya masih berusaha nak dapatkan balik kulit saya yang dulu before muka start breakout.
Setiap penyakit ada ubatnya
Okay untuk korang yang ada masalah mula breakout saya paham perasaan anda semua tapi pecayalah, setiap penyakit ada ubatnya korang just kena keep on looking apa yang terbaik untuk korang. Sebab tak semua yang orang lain pakai sesuai dengan korang. Kat sini saya share apa yang membantu saya selesaikan masalah kulit muka saya yang bermasalah.
1. Supplement Satin Skinz dari Puan Mimi Maiza
– Satin Skinz tablet ni sangat berkesan bantu merawat kulit muka saya dari dalam. Saya perasan perubahan sangat ketara bila makan Satin Skinz ni muka saya lebih cerah dan lebih cepat parut hilang.
2. Cleanser dari Klinik Balqis KB
– Cleanser ni lah peneman saya masa saya banyak jerawat fresh dulu. Saya ke Klinik Balqis
di Kota Bharu untuk dapatkan rawatan so Dr. bagi Cleanser ni untuk saya pakai. Alhamdulillah bila pakai cleanser ni jerawat makin kering dan mati just tinggal parut je.
3. Mycin Clindamycin Lotion T3
– Saya beli MCL ni dekat watsons harga dalam RM30 lebih jer rasanya. Sebelum pakai yang ni saya pakai Delacin T (RM50) kedua-duanya sama fungsi untuk matikan jerawat. Memang berkesan korang very recommended
4. Cetaphil Gentle Skin Cleanser
– Cetaphil ni dulu ramai yang share sebab bagus untuk kulit breakout kan? Betul tu, dengan saya pun sangat berkesan, memang result dia agak lambat tapi Cetaphil ni tak keringkan kulit kita dan rasa lembut ja kulit
5. Red Ginseng Facial Scrub
– Scrub ni saya suka pakai sebab dia tidak terlalu halus dan tak kasar sangat, just nice untuk buang sel mati kulit kita. Lagi satu bila pakai scrub ni kulit rasa lebih moist dan tak kering macam pakai scrub lain.
6. Himalaya Herbala Purifying Neem Face Wash
– Okay cleanser ni dia macam gel. Apa yang saya suka pasal cleanser ni adalah bersifat antibacteria, kalau lepas saya picit jerawat saya akan pakai cleanser ni untuk matikan bacterial yang ada pada wajah. Muka jadi sejuk dan bau herbal.
7. Eskinol Papaya Smooth White
– Okay yang ni rare. Kalau dulu saya mintak kawan saya yang kerja dekat Sabah tolong belikan toner ni, sebab toner ni sangat susah nak cari kat semenanjung. Kat sana banyak farmasi yang jual toner ni.Tapi sekarang boleh bli online sangat ramai orang yang jual. RM 10 jer saya beli dulu. Tahan sampai setahun. Toner ni memang sangat banyak bantu saya hilangkan parut jerawat. Lepas cuci muka saya akan pakai dia, dulu saya tak sabar nak hilang parut ada dalam 5x sehari saya pakai
8. CC Cream Cathy Doll
– Antara produk paling lama yang saya pakai. Saya setia pakai CC Cream ni dari 8 tahun lepas. Masa saya ada banyak parut jerawat saya suka pakai dia sebab saya dapati parut muka saya makin nipis bila pakai CC Cream ni, dia buat muka saya jadi makin cerah dan parut tu makin pudar.
9. Miracle Bio Water Buo Essence
– Okay last saya suka spray muka saya dengan Miracle Bio Water ni dari dulu sampai sekarang yang pocket size ni selau ada dalam handbeg saya. Sebab saya akan pastikan muak saya bersih selepas cuci muka saya akan spray untuk bg moist dan suci murni
Okay semua tu antara produk yang berkesan untuk saya kongsi dengan korang semua pengalaman pahit yang pernah saya hadap dulu. Lagi 1 korang yang nak cepat kesan boleh la ke klinik untuk dapatkan antibiotik bagi cepat kesan penyembuhan tu. Saya dlu makan Doxycycline yang Dr bagi, jangan main beli jer taw sebab tu semua ubat terkawal tak boleh main makan je. Kalo nak kawen pon korang xleh makan sebab nanti effect sistem pembiakan. Macam tu la Dr yg treat saya cakap dulu. Okay saya harap post saya ni membantu korang yang tengah alami masalah kulit breakout. Saya doakan korang pulih cepat-cepat so that raya nanti korang cantik macam orang lain. Okay? Bye
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...