Bukan senang untuk mempertahankan rumah tangga yang telah lama dibina. Maklumlah sepanjang tempoh itu pelbagai rintangan dan dugaan yang dihadapi. Begitu juga dengan aktor popular Shah Rukh Khan yang sudah 32 tahun mendirikan rumatangga dengan isterinya, Gauri. Biarpun SRK sering dikelilingi wanita jelita, tetapi hubungan mereka berdua tetap utuh. Keduanya dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Agaknya apa rahsia kebahagiaan aktor terkenal Bollywood ini. Mereka bukan sahaja sudah berkahwin selama 25 tahun tetapi hampir 32 tahun hidup bersama. Malah pasangan ini dilihat cukup bahagia dan sering kelihatan tampil berdua di mana-mana sahaja majlis rasmi.
ARTIKEL BERKAITAN: Shah Rukh Khan Tunai Umrah Buat Kali Pertama Dalam Hidupnya
Menurut Shah Rukh Khan, dia begitu menghargai isterinya dalam menjaga keluarga dan lebih-lebih lagi hidup sebagai artis yang apa sahaja yang dibuat menjadi perhatian. Namun baginya Gauri adalah segala-galanya. Disebabkan pengorbanan isterinya itu beliau boleh berjaya seperti hari ini.
Mereka berkahwin ketika SRK masih lagi seorang pelakon yang sedang meningkat naik. Dan hingga kini masih kekal sebagai pasangan bahagia disebabkan 3 rahsia ini.
1. Cinta Teragung
Agama tidak menjadi batu penghalang untuk menyatukan dua hati. Gauri beragama Hindu dan Shah Rukh Khan beragama Islam. Keluarga Gauri menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka kerana faktor agama. Tambahan lagi, disebabkan SRK adalah seorang artis. Namun keduanya tetap bersama-sama cuba meyakinkan keluarga Gauri. Malah, mereka menunjukkan betapa serius dan agungnya cinta mereka berdua. Akhirnya, SRK dan Gauri selamat berkahwin pada tahun 1991.
2. Keluarga Jadi Keutamaan Nombor 1
Gauri adalah cahaya yang menyinari SRK. Ketika SRK masih lagi mencari nama dalam bidang lakonan lagi. Namun dia tidak pernah berputus asa menyokong suaminya.
Malah, SRK juga amat mementingkan keluarga. Bagi beliau, keluarga adalah nombor satu dalam hidup. JIka tidak berlakon, beliau akan meluangkan masa bersama keluarga dan Gauri menjadi keutamaaanya jika dia tidak berlakon.
SRK dipetik dalam sebuah temubual memberitahu:
“Kami sudah kenal lama. Lama sangat dan pelbagai cabaran telah kami lalui. Tapi saya percaya satu perkara.
“Untuk kekal bahagia, pasangan bukan asyik kena berkepit setiap masa. Kena tengok bulan dan sebagainya.
“Cukuplah dengan duduk serumah bersama pasangan. Saya melalui ruang tamu nak ke bilik dan saya nampak Gauri.
“Cinta saya takkan pernah padam. Lagipun, kami ada anak-anak yang jadi bukti hubungan romantik kami cukup kukuh, kuat dan mekar.”
ARTIKEL BERKAITAN: Shah Rukh Khan Berdepan Penalti RM39,115.41, Kerana Jam Tangan
3. Sebagai Teman, Kekasih & Pasangan Sehati Sejiwa
SRK juga memberitahu betapa dia tidak boleh hidup tanpa Gauri. Sejak mereka berkawan, menjadi pasangan kekasih dan sudah hampir 32 tahun hidup bersama. Sememangnya Guari menjadi pelengkap kebahagiaan rumah tangga Raja Bollywood ini. Mereka bukan sahaja berkawan, tetapi menjadi pasangan kekasih yang tak dapat dipisahkan.
“Kami kenal sejak tahun 1984 lagi. Sudah 30 tahun lebih kami kenal masing-masing! Dulu kami ke Mumbai saja untuk berbulan madu.
“Sekarang kami sudah ada anak. Anak lelaki saya lebih tinggi daripada saya sekarang. Anak gadis kami pasti akan melebihi tinggi Gauri nanti.
“Dan kami ada antara satu sama lain. Dah banyak halangan kami lalui. Semuanya memberi pengajaran buat saya dan Gauri.
“Tapi dari situ kami belajar untuk menjayakan perkahwinan ini. Kami adalah teman, kekasih dan pasangan suami isteri yang tak dapat dipisahkan.
Kedua-dua pasangan ini sering menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada bulan Oktober. Tahun lepas, SRK turun dari Budapest untuk menyambut ulang tahun tersebut, walaupun sibuk berlakon.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber: theasianparenting via GILER KENTANG
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI