Kegemaran sekeluarga di Malaysia lebih dari 35 tahun yang terkenal dengan slogan ‘sungguh enak dimakan begitu sahaja’. Roti Putih Gardenia Classic, kini menampilkan wajah baharu yang lebih menawan dan kotemporari.

Roti kegemaran rakyat Malaysia yang ikonik ini kini tampil menawarkan sesuatu yang baharu dengan kebaikan NutrinegyTM. Setiap kepingan roti mengandungi vitamin A yang baik untuk mata, Vitamin E, Zat besi dan juga nutrien tambahan yang lain.

Ianya jelas terbukti melalui penyelidikan pemasaran yang dijalankan merangkumi golongan ibu daripada pelbagai peringkat usia dan kaum di Malaysia. Ternyata Roti Putih Gardenia Original Classic diperakui sebagai pilihan tanpa tandingan kerana ia didatangkan dengan rumusan bahan-bahan yang terpilih.

Istimewa Bulan Ramadan

Penyediaan Roti Putih Gardenia Original Classic dibuat secara segar setiap hari dan mengandungi vitamin dan mineral. Ia menjadi matlamat gardenia untuk meyakinkan para ibu yang prihatin di luar sana dalam memastikan setiap kepingan roti kami dipenuhi dengan kebaikan Nutrinegy™ yang penting bagi penggunaan seharian.

Sepanjang bulan Ramadan, para ibu akan mencari cara yang mudah dan pantas untuk menyediakan hidangan bagi keluarga mereka. Memahami kekangan ini, Gardenia Bakeries (KL) mengambil inisiatif untuk berkongsi Resipi Sahur Kilat di laman media sosial di laman Instagram Gardenia Bakeries (KL) di @gardenia_kl dan juga di Facebook GardeniaKL.

Resipi yang menggunakan Roti Putih Gardenia Original Classic sebagai bahan utama sajian yang boleh disediakan kurang dari 10 minit. Apa yang lebih menarik, sejajar dengan perintah terbaru dari Kerajaan untuk membuka semula beberapa masjid utama sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Menyumbangkan sebanyak 10,000 buku Roti Putih Gardenia Original Classic di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan adanya Norma Baharu, pematuhan undang-undang dan perlaksanaan SOP akan diikuti dengan ketat dalam menjayakan program ini.

IKLAN

Tag Roti Panduan Untuk Pengguna

Sudah menjadi kebiasaanya, roti putih ini dibeli secara kerap kerana biasanya tidak mampu bertahan lama. Roti putih ini hanya mampu bertahan untuk beberapa hari sebelum tarikh luputnya tiba.

Boleh rosak mood kan, bila ambil roti nak buat sandwich atau dicelup dalam air teh ketika minum petang, tengok pada tag tanda harga, tarikh luputnya dah tiba.

Tapi nanti dulu, anda penggemar roti tahu tak yang tanda harga roti sebenarnya mempunyai warna yang berbeza-beza? Dan satu lagi, percaya tak kalau kami beritahu anda bahawa warna tag harga yang berbeza-beza membawa maksud yang tersendiri bagi setiap satu darinya?

IKLAN

Sebenarnya, tag tanda harga yang mempunyai warna yang berbeza-beza kerana itu mempunyai maksud unik yang tersendiri. Ada yang mengatakan warna-warna ini mewakili hari roti berkenaan dihasilkan.

Secara umumnya, terdapat lima warna yang digunakan oleh pihak pengeluar iaitu warna Biru, Hijau, Merah, Putih dan Kuning dan warna-warna tersebut mewakili:

  • Biru – Isnin
  • Hijau – Selasa
  • Merah – Khamis
  • Putih – Jumaat
  • Kuning – Sabtu

Bagaimanapun, carian kami membawa penemuan sekeping gambar daripada laman web The Philippine Beat yang sedikit berbeza berbanding di atas. Gambar berkenaan merupakan infografik daripada Gardenia.

Infografik berkenaan menyenaraikan warna tag tanda harga yang lengkap untuk tujuh hari dan warna-warna ini membawa maksud sedikit berbeza.

IKLAN

Jika warna-warna di atas mewakili hari roti berkenaan dihasilkan, untuk Gardenia pula, warna-warna dibawah mewakili hari roti segar berkenaan dihantar ke kedai-kedai. Warna-warna berkenaan adalah:

  • Tan – Isnin
  • Oren – Selasa
  • Kuning – Rabu
  • Biru – Khamis
  • Hijau – Jumaat
  • Merah – Sabtu
  • Putih – Ahad

Semua warna diatas disebut sebagai ”The Colour of Freashness”. Namun begitu, ada sesetengah syarikat pengeluar menggunakan warna mereka yang tersendiri untuk untuk tujuan yang pelbagai.

Apapun, dengan bantuan tarikh luput yang tertera dan hari yang diwakili oleh tag tanda harga bewarna, ia membolehkan anda menentukan kualiti dan kesegaran roti yang ingin dibeli dengan lebih tepat. Mungkin, dapat menjimatkan duit anda pada masa yang sama.

Kod Untuk Kemudahan

Gardenia adalah salah satu daripada beberapa syarikat roti yang menghasilkan roti 7 hari seminggu. Kebanyakan kedai tidak mendapat penghantaran pada hari Rabu dan Ahad. Sebenarnya, sistem “warna” ini ditubuhkan supaya pasar raya dan kedai grosir dengan mudah dapat mengenal pasti roti yang baru dan yang lama. Kemudian, mereka boleh dikeluarkan dengan sewajarnya dan digantikan dengan yang baru dan segar. Pada masa akan datang, jika anda melihat orang asing di kedai membelek roti, beritahu mereka kod rahsia!

SUMBER: KL FOODIE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI