Bagi yang mempunyai masalah berat badan tidak perlu risau kerana kini banyak petua yang dikongsi bagaimana cara untuk menghilangkan lebihan lemak dalam badan.
Salah satu dari perkongsian wanita ini di laman facebook yang membahasakan dirinya sebagai Cik Oya. Dia berkongsi pengalamannya membuang lemak 10 kg hingga 15 kg dalam masa dua bulan.
Sebelum itu dia sering ditanya bagaimana boleh kekal kurus dan semakin cantik. Menurutnya dia hanya mengamalkan tiga petua ini untuk mendapatkan badan langsing.
Sahabat : Macam mana kau boleh kekal kurus dan semakin cantik. ( Ayat ni poyo sangat, seram cik oya nak tulis) taknak baca sampai habis pun tak apa.haha
Ini RAHSIANYA!
1. Kurang minum ais
Cik oya percaya pengambilan ais yang berlebihan dalam badan boleh memudaratkan. Kulit akan layu. Segala lemak akan tepu dalam badan. Lemak lemak yang tepu akan menghalang collagen semula jadi terbentuk. Hasilnya, wanita akan cepat kelihatan tua berbanding lelaki.
2. Kurangkan pengambilan gula
Apabila kandungan gula dalam darah tinggi. Kulit akan kelihatan gelap. Sama seperti pesakit kencing manis. Kulit mereka nampak rapuh dan kering. Lembapan kulit semulajadi akan bertukar kepada minyak. Ini menjadikan kulit kita berminyak dan memisahkan foundation dengan kulit.
3. 3 liter air kosong
Sekurang-kurangnya 3liter sehari. Ini bergantung kepada tubuh seseorang. Formula tubuh yang sihat memang memerlukan pengambilan air kosong
Selain itu Cik Oya juga melakukan enam amalan ini sebagai pelengkap kepada perjalanan kurusnya. Menurutnya dia dulu juga memiliki tubuh yang berisi.
JADUAL DIET BUANG LEMAK 10KG-15KG DALAM MASA 2BULAN
Ini adalah jadual diet pasti kurus untuk 2bulan dan hilang berat badan 10kg hingga 15kg. Cik oya sertakan sekali senaman ringan untuk perut.
30 minit pagi dan 30 minit malam.
Pertama,
Penggunaan bengkung di perlukan dalam diet aktiviti cik oya. Fungsi bengkung ini akan mengecilkan usus dari luar. Hasilnya, kau orang akan kurang rasa lapar.
Kedua,
3liter air kosong. Sukatannya mudah. Pastikan urine ( air kencing ) jernih seperti tiada campuran warna.
Ketiga,
Detox setiap hari. Dari pagi sehingga malam. Sehari jika boleh 3 kali pembuangan sisa makanan.
Keempat,
Amalan bertungku mempercepatkan proses pembakaran lemak kau orang. Malah, dalam masa 2minggu sahaja boleh mencecah 5kg penurunan.
Kelima,
Krim panas. Fungsi krim panas ini untuk membakar lemak di bawah lapisan kulit. Jika di sekalikan sewaktu mengamalkan tungku. Hasilnya sangat magic.
Keenam,
30minit senaman pagi. 30minit senaman petang atau malam. Hanya di dalam rumah. Ini bukan penghalang.
Kita focus, kita dapat!
Dia sertakan sekali jadual diet yang dicadangkan serta tip senaman ringan untuk perut.
Jadual pemakanan ini boleh digunakan untuk tempoh seminggu dan tulisan merah dalam petak itu adalah untuk
Jadual ini boleh di pusing-pusingkan mengikut keselesaan. Masa pengambilan juga boleh di sesuaikan dengan Masa kau orang.
Tulisan bewarna merah adalah kudapan. Kudapan perlu di ambil setiap 3jam. Kuantiti kudapan boleh di ambil sebanyak mana yang kau orang perlukan.
Ini pula video senaman yang dilakukan berfungsi untuk menegangkan otot perut dan akan menyebabkan anda kurang berasa lapar. Dia selalu lakukannya sebaik balik dari kerja. Tidak ambil masa lama yang penting melakukannya.
Norafiza Mahmud
Bekas wanita gempal
Berjiwa besar.