Kecantikan

Rahsia Kulit Kekal Sihat & Cantik Dengan Formulasi Produk Bertaraf 5 Bintang!

Share

Bukan mudah untuk mendapatkan produk yang benar-benar serasi dengan kulit kita. Ini kerana kita perlu peka dengan bahan-bahan yang terkandung dalam sesuatu prioduk. Barulah kulit kekal sihat dan cantik semulaa jadi.

Jenama penjagaan kulit tempatan, Tatagaltier yang terkenal dengan formulasi semulajadinya yang berkesan, baru-baru ini telah memperkenalkan inovasi terbaharunya, Bertine Moisturising Gel Cream.

Produk tersebut adalah pelembap yang membantu menguatkan pelindung kulit semula jadi.

Selain memberi hidrasi, produk ini mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti madu, minyak zaitun, lidah buaya, dan centella asiatica. Ia sesuai untuk semua jenis kulit terutama jenis kering dan sensitif.

BAHAN-BAHAN BERTARAF LIMA BINTANG
#TEHOLIVE, campuran paten minyak teh pokok dan minyak zaitun membantu mengawal pengeluaran minyak dan mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit; #HONEYBEE, pelembap semulajadi yang melembapkan dan menghidratkan kulit dengan mendalam.

#ALOEALOE, ejen yang mengurangkan kemerahan dan keradangan; #CENTELLAASIATICA, herba penyembuhan yang meningkatkan keanjalan kulit; dan #BULANEY, ekstrak unik yang memulihkan penghalang kelembapan kulit dan melegakan rangsangan.

Pengasas Tatagaltier, Aush Milby, meluahkan kegembiraan dan kebanggaannya terhadap pelancaran Bertine Moisturising Gel Cream. Katanya: –

“Tatagaltier adalah produk buatan Malaysia, oleh rakyat Malaysia untuk seantero dunia. Kami bersedia menjadi lebih besar dan berani dengan produk-produk kami yang menepati keperluan dan pilihan pelanggan.

“Kami percaya, setiap orang berhak memiliki kulit yang sihat dan cantik. Kami di sini untuk membantu mereka mencapainya dengan penyelesaian penjagaan kulit yang semulajadi dan berkesan.”

Bertine Moisturising Gel Cream berpotensi menjadi produk yang berjaya. Semua produk Tatagaltier dihasilkan dengan konsistensi yang kukuh dan fokus kepada R&D.

Bersama-sama dengan ahli kimia, mereka sentiasa berusaha mencipta formulasi-formulasi hebat bagi menangani masalah kulit.

Antara yang hadir ke majlis pelancaran tersebut ialah Siti Khadijah, Seth Ang, Brenda, Fify Azmi, Ainul Aishah, Jasper Supayah, Julia Farhana, Sanjna Suri, Ziha Salleh, dan The Sara Sisters.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Published by
Amy Mohd