Kecantikan

Rahsia Kecantikan Wanita 5 Negara Dari Seberang, Tak Sangka Hanya Amalkan Bahan Alami Sahaja.

Share

Setiap negara mempunyai definisi dan cara penjagaan kecantikan yang tersendiri. Ingin tahu rahsia kecantikan mereka?

Ayuh, admin bongkar rahsia kecantikan wanita di beberapa negara. Cara diamalkan tidak susah dan anda boleh lakukan sendiri di rumah pada hujung minggu.

1. Korea – Pupur Wajah (face mask)

Jenama kecantikan Korea cukup popular dengan pelbagai jenis pupur wajah atau masker dan ini telah menjadi sebahagian rutin kecantikan hampir setiap wanita di sana. Malah, bintang-bintang terkenal juga tidak ketinggalan dengan menggunakannya dan turut berkongsi rahsia kecantikannya adalah dengan ketawa yang akan terserlah pada wajah mereka jika rasa gembira.

Pemakaian masker amalan biasa wanita Korea.

2. Sepanyol – Ubi Kentang

Salah satu rahsia kecantikan yang menarik untuk dipelajari adalah dari negara Sepanyol. Wanita Sepanyol menghilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dengan menggunakan hirisan kentang. Mereka mendakwa bahawa sepotong kentang bersih diletakkan pada mata anda selama 10 minit akan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

Hirisan kentang ditepek di bahagian mata bagi wanita Sepanyol.

3. Mesir – Mandi Susu

Wanita Mesir mempunyai kulit yang licin seperti sutera kerana mereka kerap melakukan mandian susu. Caranya dengan menambah dua cawan susu tepung ke dalam air mandi. Umum tahu susu merupakan penjanaan tenaga yang mengandungi pelbagai nutrisi penting yang sangat bermanfaat bagi tubuh. Segelas susu kaya akan kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, D, B6, B12,

protein dan sebagainya.
Patut kulit wanita Mesir cantik, rahsianya dengan mandi susu.

4. Greece – Makanan Hijau

Rahsia bagi wanita Greece adalah mengamalkan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin sihat yang baik untuk kulit dan rambut. Diet Mediterranean ini dipercayai menjadi kunci kepada kecantikan kebanyakan wanita Greece.

Makan salad baik untuk kulit wajah dan rambut.

5. Indonesia – Minum Jamu

Jamu merupakan resipi turun temurun dan rahsia kecantikan wanita Indonesia. Hal ini membuktikan jamu mampu menjaga daya tahan tubuh dan juga menghaluskan kulit wanita Indonesia. Ramuan semula jadi yang terkandung pada jamu mampu menaikkan seri wajah serta menjaga kulit, maka tidak hairanlah jika wanita di Indonesia meminum jamu seawal umur belasan tahun untuk mengekalkan tradisi kecantikan yang diwarisi oleh mereka.

Wanita Indonesia memang terkenal dengan pemakanan jamu.

Artikel Berkaitan: Buat Sendiri Masker Dari Tomato Untuk Jadikan Kulit Flawless

 

Published by
Team Hijabista