Setiap negara mempunyai definisi dan cara penjagaan kecantikan yang tersendiri. Ingin tahu rahsia kecantikan mereka?
Ayuh, admin bongkar rahsia kecantikan wanita di beberapa negara. Cara diamalkan tidak susah dan anda boleh lakukan sendiri di rumah pada hujung minggu.
1. Korea – Pupur Wajah (face mask)
Jenama kecantikan Korea cukup popular dengan pelbagai jenis pupur wajah atau masker dan ini telah menjadi sebahagian rutin kecantikan hampir setiap wanita di sana. Malah, bintang-bintang terkenal juga tidak ketinggalan dengan menggunakannya dan turut berkongsi rahsia kecantikannya adalah dengan ketawa yang akan terserlah pada wajah mereka jika rasa gembira.
2. Sepanyol – Ubi Kentang
Salah satu rahsia kecantikan yang menarik untuk dipelajari adalah dari negara Sepanyol. Wanita Sepanyol menghilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dengan menggunakan hirisan kentang. Mereka mendakwa bahawa sepotong kentang bersih diletakkan pada mata anda selama 10 minit akan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
3. Mesir – Mandi Susu
Wanita Mesir mempunyai kulit yang licin seperti sutera kerana mereka kerap melakukan mandian susu. Caranya dengan menambah dua cawan susu tepung ke dalam air mandi. Umum tahu susu merupakan penjanaan tenaga yang mengandungi pelbagai nutrisi penting yang sangat bermanfaat bagi tubuh. Segelas susu kaya akan kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, D, B6, B12, protein dan sebagainya.
4. Greece – Makanan Hijau
Rahsia bagi wanita Greece adalah mengamalkan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin sihat yang baik untuk kulit dan rambut. Diet Mediterranean ini dipercayai menjadi kunci kepada kecantikan kebanyakan wanita Greece.
5. Indonesia – Minum Jamu
Jamu merupakan resipi turun temurun dan rahsia kecantikan wanita Indonesia. Hal ini membuktikan jamu mampu menjaga daya tahan tubuh dan juga menghaluskan kulit wanita Indonesia. Ramuan semula jadi yang terkandung pada jamu mampu menaikkan seri wajah serta menjaga kulit, maka tidak hairanlah jika wanita di Indonesia meminum jamu seawal umur belasan tahun untuk mengekalkan tradisi kecantikan yang diwarisi oleh mereka.
Artikel Berkaitan: Buat Sendiri Masker Dari Tomato Untuk Jadikan Kulit Flawless
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gaya Fesyen Warna Ungu & Emas Di AJL-36 Cetus Fenomena, Ini Pilihan Busana Menarik Yang Menjadi Tumpuan Ramai!
Malam Anugerah Juara Lagu ke 36 berlangsung dengan begitu meriah semalam menyaksikan barisan artis berentap hebat beraksi di pentas berprestij itu. Bukan hanya sekadar susunan muzik, irama lagu serta lantunan vokal yang mantap, malah penggayaan busana yang disarungkan oleh setiap penyanyi yang berentap jua menjadi tumpuan ramai dalam menyerikan lagi AJL-36.
Antara gaya fesyen yang menjadi pilihan team Hijabista pada malam gemilang AJL-36 semalam ialah Siti Nordiana, Bunga Isme & Noraniza Idris serta Aina Abdul. Bukan sahaja susunan muzik yang mantap dan memukau, busana yang digayakan juga turut menjadikan seluruh persembahan kelihatan begitu sempurna!
“Malam ni Nana cantik sangat…”
Meskipun tidak membawa pulang sebarang trofi, namun Siti Nordiana tetap tampak mewah dalam sebuah persalinan gaun berwarna emas menyeliputi dirinya yang membangkitkan sedikit elemen padang pasir ataupun ‘Cleopatra’. Meskipun berhijab, namun gaya fesyen penyanyi Siti Nordiana ini sudah cukup sempurna dengan memberi efek yang begitu eksklusif apabila pancaran cahaya lampu pentas menyuluhi dirinya yang menyanyi solo di atas pentas AJL-36 itu. Auranya sendiri sudah menghantui keseluruhan pentas semalam!
Pereka fesyen yang menggalas tanggungjawab menghasilkan rekaan ini bijak dalam permainan ‘less is more’ dengan hanya memberi sentuhan perincian manik pada bahagian dalam serta di bahagian pinggang untuk memberi elemen kesempurnaan busana ini. Apa-apapun, yang paling mahal dalam rekaan ini ialah teknik ‘drapping’ nya yang kelihatan begitu cantik terbentuk terutamanya dibahagian bahu penyanyi ini.
“Comelnya Bunga, welcome back Kak Ani…”
Ternyata, netizen bersetuju untuk mengatakan penyanyi rap Bunga kelihatan begitu comel semalam dengan padanan warna ungu bersama dengan penyanyi popular Noraniza Idris. Tema warna ungu yang dipilih oleh pihak penaja dari jenama produk kecantikan, NOIR amat menyerlahkan kejelitaan kedua-dua anak seni ini serta menjadikan keseluruhan malam AJL-36 nampak lebih meriah!
Bunga yang kelihatan selesa dan santai menyarungkan busana dari fabrik songket ini tampak seperti Puteri Melayu klasik sambil ditambah pula dengan ‘headgear’ bunga menjadikan Bunga paling comel di pentas berprestij itu. ‘Headgear’ itu juga seolah menginterpretasi sinonim panggilan Bunga untuk dirinya. Rekaan yang persis kebaya itu juga amat sesuai dengan tema lagu Intan Payung yang dibawanya, yang lebih berkonsepkan pop tradisional.
Sama juga seperti penyanyi yang tidak asing lagi dalam dunia etnik kreatif ataupun tradisional, Noraniza Idris, tampil menawan dengan gaun seakan ‘princess’ dalam rona ungu gelap. Fabrik songket juga turut digunakan sebagai penyeri gaun yang digayakan untuk menaikkan lagi unsur tradisional lagu Intan Payung. Pastinya ramai yang teruja dengan kehadiran Noraniza Idris pada malam gemilang AJL-36 semalam.
“Aina Abdul tak pernah mengecewakan!”
Sebut sahaja nama penyanyi Aina Abdul, pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat rekaan busana yang akan disarungkan oleh penyanyi ini apabila setiap kali membuat persembahan. Aina Abdul bukan sahaja seorang penyanyi yang bersuara lunak, malah dia berani untuk menggayakan gaya fesyen yang berbeza dan unik sehingga mencipta epik dalam karier seninya.
Berjaya membawa pulang trofi Vokal Terbaik serta Penyanyi Pilihan Popular di AJL-36 semalam, Aina Abdul masih lagi pemenang untuk gaya fesyen terbaik di pentas berprestij itu. Lihat saja rekaan busana yang dihasilkan oleh pereka tempatan Melinda Looi untuk lagu duet bersama Khai Bahar, Nafas Cinta, itu sahaja sudah cukup untuk Aina Abdul menjadi topik utama serta menjadi tumpuan lensa kamera pada malam semalam. Biarpun sarat dengan perincian bunga, daun dan ranting, seakan-akan mencedok inspirasi dari filem fantasi Alice In Wonderland, namun rekaan avant-garde itu sudah pun menjadi sebuah simbol ikon fesyen bagi penyanyi Aina Abdul sendiri!
Malah, penampilan kedua Aina untuk lagu Sepi juga turut memukau pandangan ramai apabila busana rekaan Tengku Syahmi yang sarat dengan warna keemasan menyinari pentas AJL-36. Tiada kata yang mampu diucap kerana rekaannya begitu mewah dan eksklusif. Rata-rata peminatnya juga turut teruja dan tersenyum lebar apabila melihat artis kesayangan mereka itu sekali gus menjuarai label ikon fesyen pada malam penuh gemilang itu! Meskipun ada yang menyamakan rekaan emas itu seperti trofi Anugerah Oscar atau Grammys, namun, sudah terang lagi bersuluh, Aina Abdul ialah seorang artis yang berani bereksperimentasi untuk menjiwai diri bersama dengan nukilan lagunya sendiri! Syabas Aina!
Sumber gambar: TV3 Malaysia
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedar Diri Pendosa, Lelaki India Ini Sanggup Puasa 365 Hari Lepas Dikurniakan Hidayah Peluk Islam!
Saban hari selalu kita lihat ramai diantara umat manusia yang menerima hidayah dari Allah yang maha esa, meski mempunyai latarbelakang dan sejarah yang berbeza sebelum berhijrah menganuti agama Islam.
Begitu jugalah yang berlaku kepada seorang lelaki berketurunan India yang akhirnya memeluk Islam kerana merasakan kekosongan jiwa, walaupun kehidupanya sudah berjaya dan menyayangi serta menyanjungi ibunya dengan sepenuh jiwa raga.
Jiwa Kosong, Nampak Berjaya Tapi Hati Semakin Tenat!
@mukagangster Replying to @MUHAMMAD AMIRUL HUSNI ini kisah saya. @SaudagarMerah thank u abgku.#mukagangster #anakmak #titew #botak #rxybca #longbeard #trendingnewsmalaysia #amma #islam ♬ Allah Allah Aghistna Ya Rasulullah – Puja Syarma Official
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pemilik nama Muhammad Mikhael Sathayah menerusi sebuah muatnaik video di aplikasi TikTok miliknya menggunakan akaun pengguna @mukagangster
Menerusi video berkenaan Mikael menceritakan tentang bagaimana dia tercuit hati untuk memeluk Islam serta perjalanan hijrah miliknya sehingga akhirnya jiwanya terasa tenang dan amat bermakna.
Menurut Mikael, sebelum memeluk Islam dirinya merasa sangat kosong sehingga tidak tahu apakah erti kehidupan yang sebenar. Malah, dia telah berkali-kali berusaha untuk mengisi kekosongab tersebut namun tidak membuahkan hasil.
“Saya cuba mengisi kekosongan. Tetapi kesakitannya semakin hari semakin menjadi-jadi. Diluar nampak berjaya tapi hati saya dalam kesakitan. Apa yang kurang? Saya sayang mak saya, mak saya segala-galanya bagi saya.
“Namun pada satu pagi iaitu waktu subuh, dia terdengar satu suara seakan memberi ‘petunjuk’ kepadanya. Menurut Mikhael, meskipun pada waktu itu dia tahu apakah maksud di sebalik petunjuk itu namun dia tidak mengendahkannya. Malah dia terus mengejar dunia namun hatinya tetap tidak tenteram.
“Mencari nur yang tidak kesampaian, jiwa ini meronta sampai subuh suatu pagi. Terdengar suara yang indah, aku yang cipta kamu tapi ini yang aku beri pada kamu. Terima sahajalah. Apakah maksud soalan itu? Saya tertanya-tanya apakah jawapan untuk soalan itu. Saya rasa saya tahu tapi saya masih tidak mahu menerima,” ujarnya.
Tak Sangka Mak Begitu Baik, Terima Penghijrahan Mikael Dengan Berlapang Dada
@mukagangster Ramai yang bertanya titew, bagaimana perasaan Berjumpa dengan Ustad @Ebit Lew. Disini titew kongsisan . Thank you semua. #mukagangster #anakmak #titew #botak #rxybca #longbeard #hitamitupremium #beritatiktok #emceerock #ramadhan2023 #ramadhan ♬ Allah – Allah Aghisna (Band Version) – Nazwa Maulidia
Namun, pada suatu hari Mikael berkata, dia akhirnya mendapat hidayah untuk memeluk islam dan mengumpul keberanian untuk memaklumkan perkara itu kepada ibunya.
“Sampai dah dapat jawapan. Saya beritahu mak, ‘Mak, saya nak masuk Islam’. Mak terdiam, terkejut lepas tu, mak tersenyum dan beri kebenaran. Macam-macam mak dikecam sampai ada yang kata mak dah tak ada anak, anak mak dah mati. Sampai kata hidup saya macam ni sebab mak terlalu manjakan saya.
Artikel berkaitan: Pemuda ‘Billionaire’ Pemilik Kelab Malam Terima ‘Hidayah’ Allah, Selepas Mendengar..
“Mak seorang mak yang baik. Mak hadiahkan saya sejadah. Mak sentiasa teman saya ke masjid. Terima kasih mak walaupun kita berlainan agama, mak tunggu luar masjid. Mak tak hiraukan saudara mara, cakap sesiapa. Mak terima saya,” jelasnya.
Tambah Mikael lagi, sebaik sahaja menganut agama Islam dia merasakan hati semakin tenang dan damai. Malah, segala kerunsingan yang dialaminya lenyap sekelip mata.
Justeru, merasakan dirinya seorang pendosa, Mikael sanggup berpuasa selama setahun demi menyucikan dirinya dari dosa-dosa lampau sehingga kesihatanya terjejas, meskipun dia sedar perkara itu adalah ditentang di dalam Islam kerana mendatangkan kemudaratan.
“Banyak sangat dosa sampai saya berpuasa sepanjang tahun walaupun Islam larang. Saya puasa 360 hari, aidilfitri dan raya haji. Lain-lain hari saya puasa nak hilangkan dosa. Sampai saya sakit,” katanya.
Apa yang lebih membuatkan Mikael bahagia selepas memeluk agama Islam adalah menerima rezeki yang tidak disangka apabila, Mikael akhirnya berjaya membeli sebuah rumah dan berjiran dengan ibunya yang begitu baik dan tulus menjalaninya sebagai seorang anak, walaupun berlainan agama.
Sumber: TikTok @mukagangster
Artikel berkaitan: Aktivis ‘Anti Islam’ Ini Akhirnya Dikurniakan Hidayah, Terbuka Hati Peluk Islam!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kata-Kata Anaknya “Berdosa Mama, Aurat Tu Ma” Masa Kecik Buat Noraniza Berhijab & 8 Tahun Kekal Istiqomah
Baru-baru ini penyanyi yang popular dengan lagu irama tradisional, Noraniza Idris, 50 tahun selamat menerima menantu apabila anak sulungnya, Mohd Aliff Haiqal Mohd Fauzi, 26 tahun telah berkahwin. Kemeriahan majlis itu dapat dirasai apabila turut dihadiri rakan taulan. Namun yang menyebabkan netizen sebak apabila penyanyi ini muat turut foto beserta kapsyen menceritakan luahan hati pada anaknya itu. Salah satu adalah disebabkan ingatan anaknya itu dia akhirnya tekad untuk berhijab pada usia 40 tahun.
Penyanyi Awallah Dondang ini memberitahu satu hari anak sulungnya itu ada bertanya bila dia mahu memakai tudung. Katanya berdosa nanti dan itu adalah aurat.
Malah kata-kata anaknya itu yang ketika itu masih kecil buat dia pegang dan bertekad cukup usianya 40 tahun, dia akan berhijab. Alhamdulillah sudah 8 tahun Noraniza terus kekal istiqomah hingga kini.
KISAH ALIFF HAIQAL MASA KECIL
Sejak lahir alif akan ditidurkan atas dada papanya.. kata org tua2, kalau nak bagi anak kenang org tuanya kena tidokan atas dada.. ternyata @aliffh23ni memang #copycatapa papa dia buat. Suka tiru . Sehingga papa dia berdehem sambil tgk tv pun dia akan ikut.. sebab papa buat. Itu lah anak. Bila org tua dia jd idola. .
Kisah @aliffh23masa kecik paling nakal dan suka protect kawan2 kena buli. Sampai satu hari, dia tanya mama, bila mama nak pakai tudung, berdosa mama , aurat tu ma aurat tu.. kata2 dia menyebabkan sy pegang tekad cukup usia sy 40 sy berhijab. Syukur alhamdulillah dah lebih 8 tahun sy berhijab. .
Satu lg kisah @aliffh23, dia sedih sebab tak boleh sebut R dan pelat. Utk atasi masalah sedihnya, sy layan. Sy latih dia gulungkan lidah sambil bunyikan “rrrrrr..” selagi tak letih. Sy latih dia setetrusnya sebut “rrrrrraaaaaa” . Nak tau , sampai sekarang bila dia sebut oerkataan2 yg ada bermula dengan R , sentiasa didengar jelas dan huruf r pasti ditekan sedikit . .
Satu lg kisah @aliffh23masa kecik, yg paling comel, air liur dia selalu meleleh sampai umur 5 bulan. Dulu masa nak bersalinkan @aliffh23, sementara nak ke klinik , sy lalu kat kedai kuih pau masakan restoran cina . Sy nak juga pau tu bau menyelerakan tapi disebabkan was was, jd sy ambil bau je. Tak lah makan. Mak kata ini lah sebabnya anak sy meleleh air liur.. wallahualam..
Sementara itu sebagai ibu juga, Noraniza turut berpesan pada anaknya itu agar menjadi seorang ketua kelarga yamg dapat membimbing isteri selain menghormati keluarga.
Aliff anakku, ini catatan ibu utkmu anakku,
Pertama kali mdengar tangismu, hilang segala kesakitan melahirkanmu.
Maka bermulalah tawa tangis mama penuh rasa keibuan.
Masa berlalu pantas dan kini mama menyaksikan alif berdiri depan pintu gerbang kehidupan baru. Bgai bicara luqman al hakim dlm surah luqman dlm al Quran, hidup umpama laut. Dlm nya x terduga, isinya penuh pancaroba.
Alif anakku, kau adalah ketua keluarga maka bimbinglah isterimu, bakal ibu kpd anak2mu. Hormati mertuamu, ipar dan saudara semendamu dan. Keluargamu sendiri.
Jika duka yg kau jumpa, kembalilah kpda Allah.
Jika suka yg kau jumpa, bersyukurlah.
Doa sentiasa mengiringimu Aliff.
Maafkan kerana mama bukanlah mama yg sempurna utkmu.
Sesungguhnya, sedari awal telah mama halalkan segala urusanmu .. teruskanlah perjalanan mu dengan tenang dan penuh kasih sayang.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORANIZA IDRIS
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI