Kulit yang sihat seperti selebriti Korea memang menjadi dambaan setiap wanita. Selain menjaga wajah menggunakan set penjagaan wajah yang sesuai, makanan yang diambil juga perlu diambil kira.
Ini ada 5 makanan yang perlu anda elakkan untuk memiliki kulit wajah yang sihat.
Ambil 2 hingga 3 gelas kafein dalam satu hari dapat meningkatkan hormon stress dalam tubuh anda. Ketika stress, kulit akan mudah berkedut, kering dan kusam. Kafein terdapat dalam kopi, teh, soda dan minuman penambah tenaga.
Makanan yang mengandungi banyak gula dan pewarna akan membuat sistem imun tubuh menjadi rendah sehingga tidak mampu melawan bakteria. Kulit akan mudah iritasi dan jerawat.
Makanan yang digoreng dengan suhu yang tinggi serta minyak bekas akan menimbun lemak dalam tubuh. Lemak ini akan melambatkan peredaran dalam darah dan metabolisme tubuh. Kulit bakal kehilangan oksigen akhirnya membuatkan ia kelihatan tua dengan lebih cepat.
Anda tidak tahu bahagian daging apa yang ada di dalam sosej. Daging-daging ini akan membuat hormon tubuh menjadi tidak seimbang hingga menimbulkan jerawat dan iritasi pada kulit.