Isi Kandungan
ToggleKulit yang sihat seperti selebriti Korea memang menjadi dambaan setiap wanita. Selain menjaga wajah menggunakan set penjagaan wajah yang sesuai, makanan yang diambil juga perlu diambil kira.
Ini ada 5 makanan yang perlu anda elakkan untuk memiliki kulit wajah yang sihat.
1. Makanan Dalam Tin
Nutrisi dalam makanan akan hilang semasa pemprosesan makanan dalam tin. Makanan dalam tin juga mengandungi sedikit air hingga tidak mampu menghidrat kulit anda.
2. Kafein
Ambil 2 hingga 3 gelas kafein dalam satu hari dapat meningkatkan hormon stress dalam tubuh anda. Ketika stress, kulit akan mudah berkedut, kering dan kusam. Kafein terdapat dalam kopi, teh, soda dan minuman penambah tenaga.
3. Makanan Bergula & Mengandungi Pewarna
Makanan yang mengandungi banyak gula dan pewarna akan membuat sistem imun tubuh menjadi rendah sehingga tidak mampu melawan bakteria. Kulit akan mudah iritasi dan jerawat.
4. Makanan Bergoreng
Makanan yang digoreng dengan suhu yang tinggi serta minyak bekas akan menimbun lemak dalam tubuh. Lemak ini akan melambatkan peredaran dalam darah dan metabolisme tubuh. Kulit bakal kehilangan oksigen akhirnya membuatkan ia kelihatan tua dengan lebih cepat.
5. Sosej
Anda tidak tahu bahagian daging apa yang ada di dalam sosej. Daging-daging ini akan membuat hormon tubuh menjadi tidak seimbang hingga menimbulkan jerawat dan iritasi pada kulit.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cantik Rupa, Cantik Akhlak…” Peminat Terharu Lihat Fazura Tak Kekok Layan Pesakit Kanser
Cantik luar dan dalam, itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan selebriti ini. Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura memang dikenali dengan perwatakannya yang sangat lembut serta sering merendah diri.
Terbaru, tular sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan gelagat mesra Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin bersama suaminya, Fattah Amin yang tampak sangat penyayang melayan pesakit-pesakit kanser di Institut Kanser Negara.
Artikel berkaitan: “Jenama Tudung Fazura Untuk Semua. Setiap Rekaannya Memiliki Kisah Tersendiri…” – Fazura
Menerusi video pendek berdurasi 12 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna @fazuralovers di laman TikToknya itu; aktres itu tidak dapat menahan sebak ketika sedang melawat seorang pesakit dan terlihat mesra melayani staf di institut berkenaan.
@n4dia.hassan Inspirasi sangat tengok Fazura 💖 semoga Allah terus jaga Faz 🌹#fazura #fattzura #fattahamin #kanserfighter #loveyourself #fyp ♬ original sound – Dani Sylvia
Video ini telah berjaya menarik perhatian netizen. Ramai berpendapat bahawa Fazura seakan tidak kekok dan begitu merendah diri dalam melayan pesakit kanser meskipun dirinya merupakan seorang selebriti berpengaruh besar dalam industri hiburan. Disamping itu, Fazura turut dilihat selesa melayan staf-staf Institut berkenaan yang mahu mengambil gambar dengannya.
‘Queen’ Di Hati Semua..
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat Fazura kagum melihat sikap aktres Gol dan Gincu yang cuba membahagiakan setiap pesakit kanser ini.
“Suka tengok faz dr dulu Cantik & lemah lembut je org nya ”
“Berbaloi beli tudung dia. Sama2 dpt saham utk tolong org2 yg dia syg”
“Tengok senyuman Fazura pun dah sejuk hati”
“Semoga Allah SWT membalas kebaikanmu fazura”
“Bagus fazura ni, semoga kalian bahagia selamanya… Dan berjaya dalam perniagaan”
“A HumBle Allah’s servant. Alhamdulilah.”
Bukan itu sahaja, ramai netizen berharap untuk berjumpanya lagi dan mendoakan agar urusan Fazura sentiasa dipermudahkan. Video tersebut telah mendapat 8095 kesukaan dan 307 komen daripada netizen.
“Takpernah jumpa … teringin sangat NK jumpa 😭”
“Teringin nak jumpa fazura”
Tambahan itu, Fazura dan Fattah Amin turut turun untuk melawat mangsa belasahan suami sendiri iaitu Jahidah Nordin baru-baru ini. Sebelum ini juga pernah tular dimana Fazura telah berbelanja lebih puluhan beg jenama mewah, Coach untuk dihadiahkan buat stafnya.
Artikel berkaitan: ‘Macam Mana Nak Kerja Sekali?’- Habis Puluhan Ribu Ringgit, Fazura Belanja Staf Beg Mewah Coach
Wah, memang sememangnya queen di hati semua orang. Personaliti Faz yang baik ini sememangnya wajar untuk dipuji serta dijadikan inspirasi.
Sumber: Tiktok n4dia.hassan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengodam Kecantikan Ini, Buktikan Hanya Dengan Bronzer + Concealer Solekan Jadi Sempurna
Isi Kandungan
ToggleTikTok ialah aplikasi yang memusatkan pengodam kecantikan yang tidak masuk akal. Anda akan ralit melihat percubaan demi percubaan yang mengoda untuk mencuba setiap trik kecantikan.
Walau bagaimanapun, sekali-sekala, satu video menarik minat segelintir TikTokers dan sebelum anda sedar, ia adalah sensasi. Ia berlaku dengan ‘hack’ kecantikan menonjolkan rahang baru-baru ini yang diilhamkan oleh Bella Hadid dan dengan kemunculan concealer putih untuk menyembunyikan lingkaran hitam. Helah kecantikan yang sedang popular dan ia mungkin hanya mengubah cara solekan anda.
TikToker @glamzilla ialah salah seorang pencipta kandungan kecantikan pertama yang mempopularkan penggodaman yang menyeronokkan ini, dengan mengatakan bahawa dia “taksub melakukan sesuatu dalam satu gerakan cair, seperti bronzer”.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
@glamzilla Reply to @reynabel1225 ♬ original sound – GLAMZILLA
Dalam video itu, yang mempunyai 1.3 juta tontonan, dia mengambil berus asas rata yang dibungkus dengan bronzer cecair dan menjejaki seluruh mukanya, bermula dari matanya, turun ke hidung, di sekitar pipi dan ke dahinya. Tidak lama kemudian TikTokers seperti @hp_makeup.kr dan @reginayavaku mencubanya, dengan hasil yang menarik.
@hp_makeup.kr New beauty hack ib @glamzilla 🎶 #goclamdep #틱톡뷰티 #메이크업 #makeup ♬ NARUTO – Flixterr
Untuk kemasan yang lebih sempurna, ada yang mengisi celah dengan concealer dan menggunakan span solekan lembap untuk menggabungkan segala-galanya ke dalam kulit, memberikan cahaya gangsa yang membentuk kontur secara halus dan mentakrifkan ciri pada masa yang sama.
Kontur bronzer keseluruhan memerlukan rangsangan cahaya yang serius. Anda boleh menggunakan foundation atau concealer dalam warna gelap. Dalam rutin kecantikan harian anda, yang boleh dikatakan kurang kemas. Jika anda tidak memiliki krim bronzer.
Langkah mudah
Mulakan langkah di sudut luar mata kiri, menjenguk ke arah kening dalam dan ke bawah hidung anda hingga ke mata, kemudian di sekeliling perimeter muka dan di sekitar bahagian atas dahi. Ia sangat mudah dan sangat memuaskan untuk dilakukan dalam satu gerakan penuh. TikTokers menggunakan span solek lembap untuk menggabungkan segala-galanya, bermula dengan warna paling terang dahulu, tetapi jika ianya benar-benar sukar untuk menjadi tepat, beralih kepada berus asas.
Produk Cadangan:
Anastasia Beverly Hills Releasing Cream Bronzer and Stick Blusher
Tingkatkan cahaya semula jadi anda dan tambahkan dimensi pada penampilan solekan anda dengan Cream Bronzer dan Stick Blush serba baharu daripada Anastasia Beverly Hills. Ucapkan selamat tinggal kepada bedak solekan apabila mencapai wajah solekan “tiada solekan” dan jadikan keserian awet muda dapat diakses semula. Cipta kontur dan definisi terpahat dengan bronzer krim tanpa berat dan lengkapkannya dengan pemerah pipi yang berseri dan kelihatan semula jadi.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijrah Terindah, Lisa Kongsi Tips Kekal Istiqomah Untuk Perbaiki Diri!
Umum sedia maklum, selebriti popular dan pelakon watak utama filem Istanbul Aku Datang, Lisa Surihani kini sudah berhijrah ke arah lebih baik sehingga menjadi role-model dan inspirasi untuk menjadi seorang muslimah sejati.
Menerusi hantaran pengguna akaun Tik Tok @pendosahijrahhh di laman memaparkan Lisa sedang berkongsi beberapa tips dan rahsia yang diamalkanya untuk kekal istiqamah.
Jaga Solat Dan Quran
@pendosahijrahhh semoga Allah permudahkan utk kita semua istiqomah, Allahumma aamiin🤲🏻😭❤️ #lisasurihani #muhasabahdiri #majlisilmu #fakirilmu #pendosa ♬ original sound – Daniesh Suffian
Menurut Lisa hanya dua amalan yang diamalkan dirinya untuk kekal istiqomah. Pertama, menjaga solat dan kedua, amalkan membaca Al-Quran.
“Macam mana nak kekal istiqamah? Solat jangan tinggal, dekatkan diri sentiasa baca Al-Quran walaupun rasa merangkak-rangkak sebab punya Allah sayang dekat kita, kita merangkak baca Al-Quran ‘double’ kita punya pahala,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ada Sahaja Anasir Membolak Balikkan Hati’- Akui Tak Mudah, Lisa Surihani Mohon Doa Diteguhkan Hati
Selain itu, Lisa berkata dia sering melakukan amalan-amalan sunnah dan l yang paling penting, seseorang itu perlu berada pada persekitaran baik yang boleh menggalakkan perubahan ke jalan Allah.
“Apa-apa yang baik, buat. Kalau tahu apakah sunnah itu, sunnah ini, buat. Anatara yang penting adalah kita punya persekitaran. Kita mesti dikelilingi orang yang baik. Orang-orang yang nak mendapatkan keredhaan Allah SWT dan yang nak ke jannah,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran tersebut, hijabista mendapati rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Lisa atas perkongsian ilmu dan nasihat bermanfaat yang dikongsikan.
Selain itu, terdapat juga netizen yang meninggalkan komen berbentuk kata-kata semangat khusus buat mereka yang ingin berhijrah.
Sumber: Tik Tok @pendosahijrahhh & Instagram Lisa Surihani
Artikel berkaitan: ‘Macam Mulan!’- Sopan & Menawan, Penampilan Anggun Datin Lisa Surihani Dipuji Ramai
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI