Sejak berkahwin dan mempunyai anak, pelakon Faezah Elai kini mengurangkan aktiviti seni dan menumpukan perhatian pada keluarganya. Namun pelakon tinggi lampai ini cukup bijak menjaga penampilannya yang sentiasa ‘gorgeous’ dan tubuhnya begitu langsing selepas melahirkan anak.
Lihat sahaja foto-foto yang dimuat turut dalam instagram. Faezah Elai begitu bijak berselfie atau swafoto bersama anak-anak atau teman-temannya.
Memang susah untuk mendapatkan tubuh kekal langsing begitu tetapi pelakon cantik ini ada cara tersendiri terutama ketika masih dalam pantang.
Menurut Faezah dalam satu majalah memberitahu dia menjaga badannya ketika masih dalam berpantang 44 hari. Dia mengupah bidan datang ke rumah sepanjang tempoh itu. Bidan inilah yang menjaga makan minum dan kesihatan dirinya.
Menu pantangnya seperti biasa. Sebelah pagi, dia mengambil bijiran dan susu. Tengah hari pula dia mengambil segenggam nasi beras perang bersama sejenis lauk seperti ikan, daging atau ayam berserta sayur.
Manakala petang pula dia mengambil dua biji kuih dan kopi panas cair. Menurutnya kopi juga penting untuk meningkatkan metabolisme. Setiap menu yang diberi padanya hanya dalam kuantiti kecil sahaja. Dan kerana penjagaan bidan yang tegas ini menyebabkan dia hilang berat dari 68 kg ke 55 kg selepas 44 hari berpantang.
Selepas berpantang, pelakon ini akui dia memang jenis kuat makan terutama makan nasi kandar. Jadi dia rajin membuat ulang kaji dan sering melihat instagram Kevin Zahari untuk mendapatkan tip pemakanan. Jadi Faezah mengamalkan diet kalori yang praktikal untuk dibuat. Dia juga tidak suka makan jajan dan makanan manis. Dan Faezah Elai juga tidak makan selepas jam lapan malam.
Dalam usianya sudah 30-an, dia memang begitu menjaga penampilannya terutama ketika berada di khalayak. Dia akui dirinya memang suka berlagak perasan dirinya macam orang muda. Faezah juga tidak suka melaram seperti orang tua atau gaya seperti ‘Mak-mak Datin’
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FAEZAH ELAI