Tiada siapa boleh menafikan pemakaian bedak asas membuatkan kesan mekap lebih mulus dan sekata. Jangan memandang remeh akan pemakaian bedak asas atau ‘foundation’. Sapuan sempurna pastinya mampu mengindahkan wajah terutama untuk menghadiri majlis rumah terbuka hujung minggu ini.
1. Charlotte Tilbury Light Wonder Youth-Boosting Foundation SPF15
Bedak asas daripada jenis cecair ini buatkan kesan mekap lebih merata. Hadir dengan SPF15, teksturnya yang tidak melekit membuatkan kesan solekan pada wajah tampak lebih sempurna.
2. Marc Jacobs Beauty Re(Marc)able Full Cover Concealer
Bedak asas yang dirumuskan dengan ekstrak bunga lili dan aloe vera ini buatkan wajah lebih lembut, bersinar dan berseri. Lebih menarik, bedak asas ini kalis air ya!
3. BOBBI BROWN BB Cream SPF 35
Anda inginkan bedak asas yang liputannya ringan? Cubalah krim magis ini. Tona kulit tidak sekata, dan cela juga semakin berkurangan. Ayuh rasainya sendiri!
4. L’Oreal Paris True Match Foundation (Various Shades)
Gusar dengan kesan solekan yang bertompok dan tidak rata? Bedak asas ini punya penyelesaiannya. Liputannya ringan, dan halus. Mudah menyerap di dalam kulit, menjadikan kesan solekan lebih cantik.
5. Givenchy Teint Couture Blurring Foundation Balm SPF 15
Formula unik balsem berkrim ini mampu meningkatkan dan mengekalkan keindahan semula jadi kulit. Wajah anda lebih indah dengan olesannya!