Kecantikan

Rahsia DIET Selebriti KPOP Ini Pasti Buat Anda Teruja. Patutlah Sentiasa RAMPING & Menawan!

Share

Selebriti KPOP memang terkenal dengan memiliki susuk tubuh yang ramping, cantik dan menawan. Tentu giranda sering terfikir bagaimana mereka berjaya menjaga tubuh mereka dengan begitu baik sekali.

Hijabista sendiri kagum dengan bentuk tubuh ideal mereka yang sama persis seorang model. Jadi, kami kongsikan 5 tip diet ala selebriti korea yang mungkin boleh anda jadikan panduan di masa hadapan.

1. Girls’ Generation (SNSD)

Geng SNSD memiliki pola pemakanan yang agak rumit untuk diet mereka. Girlband ini mengambil beberapa makanan yang terdiri daripada nasi, dada ayam panggang, brokoli rebus dan sayuran sebagai sarapan pagi.

Tengahari pula mereka akan ambil nutrisi daripada nasi, dada ayam panggang, kubis, salad paprika dan kacang almond. Manakala untuk makan malam, gadis-gadis ini hanya makan ubi, telur, kubis dan salad paprika.

Untuk mengekalkan bentuk tubuh mereka, mereka mengehadkan jumlah kalori sebanyak 1500 kalori sahaja setiap hari.

2. Nicole KARA

Nicole berjaya menurunkan berat badannya lebih daripada 3kg ketika mengamalkan diet Denmark. Diet ini terkenal sebagai diet yang dilakukan di Royal Danish Hospital yang sangat ketat dengan protein yang tinggi dan rendah kalori selama 13 hari. Diet jenis ini memberi tumpuan pada protein haiwan. Jadi, fokus utama adalah pada pengambilan daging yang bermutu tinggi dan bebas lemak.

3. SECRET

Girlband SECRET sukakan diet berprotein tinggi dan rendah karbohidrat. Mereka hanya akan makan ikan, tauhu dan susu sahaja. Nasi pula digantikan dengan ubi sebagai makanan utama. Selain itu, mereka turut menambah sayur-sayuran sebagai serat untuk khasiat tubuh badan.

4. Park Bom 2NE1

Park Bom sememangnya memiliki tubuh paling ideal. Untuk memiliki tubuh sepertinya, anda perlu melakukan diet sayuran yang ketat. Park Bom sering mengambil salad kerana kandungan seratnya yang tinggi mampu membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama. Ketika lapar pada pada waktu malam, Park Bom akan menghindari makanan berlemak dan hanya makan jagung bakar atau rebus sahaja.

5. Seo In Young

Seo In Young mengamalkan diet pisang untuk memastikan tubuhnya sentiasa langsing. Diet pisang popular dengan sebutan ‘diet glamor’ kerana boleh membuatkan wajah kelihatan lebih kecil, membakar lemak pada pinggang dan perut. Menurutnya, sebulan sebelum albumnya keluar, dia berjaya menghilangkan 6kg dalam masa 4 minggu dengan pola diet pisang ini.

Published by
Naqiyatul Uzma