Selebriti KPOP memang terkenal dengan memiliki susuk tubuh yang ramping, cantik dan menawan. Tentu giranda sering terfikir bagaimana mereka berjaya menjaga tubuh mereka dengan begitu baik sekali.
Hijabista sendiri kagum dengan bentuk tubuh ideal mereka yang sama persis seorang model. Jadi, kami kongsikan 5 tip diet ala selebriti Korea yang mungkin boleh anda jadikan panduan di masa hadapan.
Tengahari pula mereka akan ambil nutrisi daripada nasi, dada ayam panggang, kubis, salad paprika dan kacang almond. Manakala untuk makan malam, gadis-gadis ini hanya makan ubi, telur, kubis dan salad paprika.
Untuk mengekalkan bentuk tubuh mereka, mereka mengehadkan jumlah kalori sebanyak 1500 kalori sahaja setiap hari.
Diet jenis ini memberi tumpuan pada protein haiwan. Jadi, fokus utama adalah pada pengambilan daging yang bermutu tinggi dan bebas lemak.
Nasi pula digantikan dengan ubi sebagai makanan utama. Selain itu, mereka turut menambah sayur-sayuran sebagai serat untuk khasiat tubuh badan.
Ketika lapar pada pada waktu malam, Park Bom akan menghindari makanan berlemak dan hanya makan jagung bakar atau rebus sahaja.
Menurutnya, sebulan sebelum albumnya keluar, dia berjaya menghilangkan 6kg dalam masa 4 minggu dengan pola diet pisang ini.