Rahsia Di Sebalik Membaca Ayat 3 Qul Sebelum Tidur. Amalkan Untuk Ketahui Kelebihannya!

Share

Dalam Islam, setiap ayat dari Al-Quran memiliki kelebihannya jika dibaca. Sama ada panjang ataupun pendek, pasti ia memberi banyak manfaat kepada kita.

Sumber gambar: IIUM

Jika membaca ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sekalipun, sebenarnya memberi kebaikan dan memiliki fadhilat yang sangat besar kerana ia mengutamakan Asma dan Kebesaran Allah SWT. Allah SWT sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala

bagi umat manusia yang membaca ‘Basmallah’.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.

Kelebihan ayat 3 Qul.

Ayat 3 Qul ini sudah menjadi ayat wajib bagi kita sebagai umat Islam untuk membacanya walau di mana sekalipun kerana ayat-ayat ini ringkas dan pendek serta mudah diingati. Tidak kisahlah sama ada sebelum tidur, kenduri tahlil atau kematian, meraikan sesuatu perkara atau sebagainya, pasti ayat 3 Qul ini menjadi salah satu bacaan kita. Namun, apakah sebenarnya kelebihan ayat 3 Qul ini?

1.Menolak gangguan jin

2.Menolak gangguan syaitan

3.Menghindarkan dari terkena sihir

4.Menghindarkan penyakit was-was

5.Menghindar dari segala kejahatan

6.Menghindar dari perkara-perkara buruk

Tambahan pula jika dibaca sebelum tidur, sudah pasti ia memberi ketenangan dalam tidur anda, dan anda dapat tidur dengan aman. Kita digalakkan untuk amalkan membaca ketiga-tiga surah tersebut sebanyak tiga kali sebelum tidur. Ayat 3 Qul ini merangkumi Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

Sumber gambar: Islampedia

“Nabi SAW ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas).

Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.

Maka, marilah kita bersama-sama mengamalkan membaca surah 3 Qul ini sebelum tidur supaya tidur kita dipelihara dari benda-benda yang buruk. Selamat beramal!

Sumber: Islam Itu Indah

 

Published by
Putra