Kecantikan

Rahsia Detoks Wajah Paling Berkesan, Inilah Ciri-Cirinya Untuk Kulit Glowing!

Share

Bukan sekadar membersih tapi ada rahsia detoks wajah paling berkesan dan tersendiri tau sis, ketahui ciri-cirinya untuk nikmati kulit glowing!

Detoks wajah bertujuan untuk membersihkan sebanyak mungkin kotoran, habuk pencemaran dan sel kulit mati yang menyumbat pori-pori.

Merujuk laporan Times of India, ada pelbagai cara untuk melakukan detoks wajah di rumah. Salah satunya double cleansing atau membersihkan muka dengan dua produk pembersih.

Selain itu, sis juga boleh melakukan eksfoliasi menggunakan bahan-bahan pengelupasan semula jadi dan minum air putih secukupnya agar kulit makin cerah, lembap dan bebas jerawat.

 

RAHSIA DETOKS BERKESAN

Setiap kali detoksifikasi dilakukan, tubuh kita akan beradaptasi. Cuma pada peringkat awal pasti berlaku rasa kurang nyaman akibat tindak balas atau reaksi terhadap proses ini.

Instagram @hijabistamag

 

Nak tahu rahsia detoks wajah paling berkesan, semak ciri-cirinya untuk kulit glowing!

(1) Purging

Kalau tiba-tiba wajah ditumbuhi jerawat, komedo atau sebagainya, usah bimbang kerana ia bersifat sementara. Beberapa bahan aktif yang memicu purging adalah retinol, AHA, BHA, asid salisilik, benzoyl peroxide dan sebagainya.

Purging biasanya mengambil masa sekitar 4-6 minggu. Setelah itu kulit akan kembali sihat dan glowing.

Bagi membezakan purging dan breakout, perhatikan kawasan pertumbuhan jerawat atau komedo. Kalau tumbuh di kawasan yang kerap breakout, itu adalah purging. Tapi jika tumbuh di kawasan yang jarang berjerawat, kemungkinan besar ia breakout.

 

(2) Tona Lebih Cerah

Detoks wajah menggunakan bahan-bahan eksfoliasi boleh mencerahkan kulit. Kalau tiba-tiba tona wajah nampak lebih cerah berseri, maknanya proses detoks anda berhasil!

Tapi ingat bahawa kulit cerah bukan bererti putih. Maksud kulit cerah adalah tona kulit yang lebih sihat dan tidak kusam tak kiralah apa pun warnanya.

Instagram @hijabistamag

 

(3) Kulit Semakin Lembut

Apabila sel kulit mati disingkirkan, sel kulit baru yang lebih sihat akan muncul ke permukaan. Bagi yang memiliki kulit jenis berjerawat, detoks wajah boleh mengurangkan penyumbatan pori-pori akibat sel kulit mati, kotoran dan minyak.

Pun begitu, proses ini bukanlah berlaku serta-merta sis! Kitaran sel kulit mati memakan masa sekitar 28 hari.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/masalah-kulit-kering-hingga-kemerahan-diana-danielle-lakukan-tiga-perkara-asas-ini-atasinya/

Published by
Lin