Rahsia CATRIONA ROSS Kekal Langsing Selepas LAHIRKAN Anak Hanya Dengan Amal 6 CARA Ini

Share

Baru-baru ini dalam slot Samarinda kita boleh melihat lakonan cemerlang pelakon ini yang masih mantap dan berbisa di kaca televisyen dalam drama Dekatkan Jarak Kita. Melihat penampilan Catriona Ross yang langsing bagaikan anak dara setanding Ayda Jebat yang turut berlakon dalam drama berkenan. Apa rahsia pelakon berdarah campuran ini kekal begitu kerana sebelum ini, memang ramai menyedari dia mengalami kenaikan berat badan mendadak setelah melahirkan anak.

Namun bagi pelakon berlesung pipit ini memberitahu faktor itu tidak sesekali mematahkan semangatnya demi kelihatan langsing dan cantik. Dia tidak berputus asa untuk memastikan dirinya mendapat tubuh badan ideal seperti sebelumnya. Pelbagai cara dilakukan dan hasilnya, berat badan Catriona kini turun ke 58 kilogram (kg) berbanding 75 kg

sebelum ini.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini yang dulunya terkenal dengan drama Sephia tidak lokek berkongsi kepada wanita di luar sana caranya bagaimana dia menurunkan berat badan dalam masa 5 bulan.

1. Daki Gunung

“Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman yang extreme. Saya pun telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,”.

2. Berenang

“Saya mahu lalukan proses penurunan berat badan secara natural sebab itu saya tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Jadi saya memang perlu lakukan aktiviti luar juga selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya,”.

3. Eat Clean Diet

“Saya mengamalkan diet eat clean (makan bersih)  sepanjang lima bulan ini. Contohnya waktu pagi saya mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja ,”.

4. Makanan Kukus Tanpa Minyak

“Sepanjang diet itu juga saya tidak makan makanan yang berminyak dan semua makanan saya dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak,”.

5. Tukar Beras Perang

“Saya tetap makan nasi, cuma tengah hari saya makan brown rice (beras perang) bersama lauk yang saya masak tanpa minyak. Memang agak drastik tetapi kesannya juga cepat,”.

6. Turun Naik Tangga Rumah

Walaupun rumahnya mempunyai perkhidamatn lift, tetapi Catriona sanggup turun naik ke tingkat 16 rumahnya untuk memastikan dirinya keluar peluh.

SUMBER: ASTRO AWANI

 

Published by
Siti Zurina