Setiap negara mempunyai definisi dan cara penjagaan kecantikan yang tersendiri. Ingin tahu rahsia kecantikan mereka?
Hijabista kongsikan rahsia kecantikan wanita di beberapa negara. Cara diamalkan tidak susah dan anda boleh lakukan sendiri di rumah terutama pada hujung minggu.
KOREA – Pupur Wajah Sebagai ‘Face Mask’
Jenama kecantikan Korea cukup popular dengan pelbagai jenis pupur wajah atau masker dan ini telah menjadi sebahagian rutin kecantikan hampir setiap wanita di sana. Malah, bintang-bintang terkenal juga tidak ketinggalan dengan menggunakannya dan turut berkongsi rahsia kecantikannya adalah dengan ketawa yang akan terserlah pada wajah mereka jika rasa gembira.
SEPANYOL – Ubi Kentang
Salah satu rahsia kecantikan yang menarik untuk dipelajari adalah dari negara Sepanyol. Wanita Sepanyol menghilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dengan menggunakan hirisan kentang. Mereka mendakwa bahawa sepotong kentang bersih diletakkan pada mata anda selama 10 minit akan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
MESIR – Mandi Susu
Wanita Mesir mempunyai kulit yang licin seperti sutera kerana mereka kerap melakukan mandian susu. Caranya dengan menambah dua cawan susu tepung ke dalam air mandi. Umum tahu susu merupakan penjanaan tenaga yang mengandungi pelbagai nutrisi penting yang sangat bermanfaat bagi tubuh. Segelas susu kaya akan kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, D, B6, B12, protein dan sebagainya.
GREECE – Makanan Hijau
Rahsia bagi wanita Greece adalah mengamalkan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin sihat yang baik untuk kulit dan rambut. Diet Mediterranean ini dipercayai menjadi kunci kepada kecantikan kebanyakan wanita Greece.
INDONESIA – Jamu
Jamu merupakan resipi turun temurun dan rahsia kecantikan wanita Indonesia. Hal ini membuktikan jamu mampu menjaga daya tahan tubuh dan juga menghaluskan kulit wanita Indonesia. Ramuan semula jadi yang terkandung pada jamu mampu menaikkan seri wajah serta menjaga kulit, maka tidak hairanlah jika wanita di Indonesia meminum jamu seawal umur belasan tahun untuk mengekalkan tradisi kecantikan yang diwarisi oleh mereka.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI