Rahsia Cantik Wanita Ini Yang Hanya Guna Sebiji Tomato Beku Untuk Jadikan Kulit Halus & ‘Glowing’

Share

Sekarang ini macam-macam produk kecantikan yang dijual di pasaran. Walau bagamanapun sebagai pengguna kita tidak tahu sejauh mana keberkesanannya pada si pemakai. Ini kerana jika dilihat dari segi iklan yang disiarkan boleh menyebabkan kita terpengaruh untuk membelinya. Lebih-lebih produk putihkan kulit, jadikan wajah glowing

ataupun turunkan berat badan.

Namun begtu, bagi yang was-was dengan penggunaan produk sebegini, boleh cuba amalkan rawatan penjagaan wajah dengan cara tersendiri.

Misalnya, perkongsian di laman sosial facebook oleh Ria Asfarina Aco Asri. Dia yang memang cantik hanya menggunakan seketul tomato sahaja untuk memastikan kulit wajahnya sentiasa halus dan licin tanpa sebarang jerawat.

Caranya memang betul-betul bajet kerana hanya memerlukan sebiji tomato tanpa bahan-bahan lain. Kata orang cantik cara alami lebih berkesan dan paling penting selamat.

Bahan & Cara Menggunakannya:

1. Sebiji tomato dibelah dua.

2. Kemudian masukkan tomato yang sudah dibelah dua tadi di fridge letakkan tomato di bhagian freezer (sejuk beku) dan biarkan semalaman.

3. Kemudian, sapu tomato yg sudah semalaman di freezer di bahagian muka.

4. Biarkan dalam 30-40 minit.

5. Bilas muka dengan air bersih.

Manfaat Daripada Sebiji Tomato:

1. Kecutkan jerawat

2. Mencerahkan kulit muka

3. Pudarkan parut perlahan lahan

4. Jadikan kulit lebih lembut, licin dan glowing

5. Menyerap lebihan minyak

6. Menyejukkan kulit

Selamat mencuba!

 

Published by
Siti Zurina