Isi Kandungan
ToggleSekarang ini macam-macam produk kecantikan yang dijual di pasaran. Walau bagamanapun sebagai pengguna kita tidak tahu sejauh mana keberkesanannya pada si pemakai. Ini kerana jika dilihat dari segi iklan yang disiarkan boleh menyebabkan kita terpengaruh untuk membelinya. Lebih-lebih produk putihkan kulit, jadikan wajah glowing ataupun turunkan berat badan.
Namun begtu, bagi yang was-was dengan penggunaan produk sebegini, boleh cuba amalkan rawatan penjagaan wajah dengan cara tersendiri.
Misalnya, perkongsian di laman sosial facebook oleh Ria Asfarina Aco Asri. Dia yang memang cantik hanya menggunakan seketul tomato sahaja untuk memastikan kulit wajahnya sentiasa halus dan licin tanpa sebarang jerawat.
Caranya memang betul-betul bajet kerana hanya memerlukan sebiji tomato tanpa bahan-bahan lain. Kata orang cantik cara alami lebih berkesan dan paling penting selamat.
Bahan & Cara Menggunakannya:
1. Sebiji tomato dibelah dua.
2. Kemudian masukkan tomato yang sudah dibelah dua tadi di fridge letakkan tomato di bhagian freezer (sejuk beku) dan biarkan semalaman.
3. Kemudian, sapu tomato yg sudah semalaman di freezer di bahagian muka.
4. Biarkan dalam 30-40 minit.
5. Bilas muka dengan air bersih.
Manfaat Daripada Sebiji Tomato:
1. Kecutkan jerawat
2. Mencerahkan kulit muka
3. Pudarkan parut perlahan lahan
4. Jadikan kulit lebih lembut, licin dan glowing
5. Menyerap lebihan minyak
6. Menyejukkan kulit
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Temui Koleksi Pilihan Daiyan Trisha Bersama Kolaborasi Clarks. Selesa Dan ‘Stylish’!
Daiyan Trisha seorang pelakon yang cantik, dan semua yang dipakainya sentiasa kelihatan cantik dan bergaya. Ini kerana Clarks bekerjasama dengannya untuk koleksi Spring/Summer 2023.
Elemen keselesaan dan rekaan ringkas namun elegan menjadi titik permulaan bagi Daiyan Trisha memperibadikan 10 rekaan kasut koleksi Clarks x Daiyan Trisha.
Artikel Berkaitan : Dilancarkan Di Pentas Dunia, Samsung Galaxy A54 5G Akan Datang Ke Malaysia!
Dalam koleksi musim ini, Clarks menyerlahkan reka bentuk, gaya, keutamaan dan nilai estetik yang sepadan dengan Daiyan.
Reka bentuk dan keselesaan adalah beberapa perkara yang dihargai apabila membeli kasut baharu kerana ia akan dipakai selama berjam-jam pada satu masa.
Lebih khusus lagi, Clarks bekerjasama dengan Daiyan Trisha untuk koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2023. Dalam koleksi musim ini, Clarks menyerlahkan reka bentuk, gaya, keutamaan dan nilai estetik yang sepadan dengan Daiyan.
“Kami sangat teruja untuk melancarkan Musim Bunga/Panas 2023 pada Hari Raya ini dengan Daiyan sekali lagi. Kami melalui pengalaman yang menakjubkan dengannya tahun lepas, dia adalah inspirasi kepada rakan kreatif dan generasi muda
“Kerja yang dia lakukan tepat dengan jenama, nilai dan mesej kempen ‘For The World Ahead’ kami. Jadi, kami berbangga untuk mengambil langkah bersama Daiyan untuk mencipta impak positif hari ini,” jelas Tara McRae, Ketua Pegawai Pemasaran & Digital Global Clarks.
Menurut Daiyan Trisha, koleksi kolaborasi Born To Charm terdiri daripada 10 rekaan yang memenuhi semua gaya, cita rasa dan estetika. Reka bentuk inklusif memberikan wanita daya tarikan yang unik dengan menjadi tulen dan pada tahap terbaik mereka sambil memakai kasut yang paling selesa dan bergaya.
Artikel Berkaitan : Tidak Sabar Jumpa Cinta Hati& Daiyan Trisha Menunaikan Ibadah Umrah Kedua Pada Bulan Ramadan.
Antara 10 reka bentuk pilihan Daiyan Trisha untuk keselesaan dan boleh disesuaikan mengikut apa-apa gaya. Keselesaan tetapi stylist!
Koleksi Clarks x Daiyan Trisha SS23 boleh didapati mulai 17 Mac 2023 di semua kedai Clarks Malaysia dan dalam talian di www.clarks.my.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zikir ‘Ya Latiff’ Senjata Paling Mustajab Untuk Lenturkan Hati Pasangan. Jadikan Amalan!
Isi Kandungan
ToggleTuhan menganugerahkan kita akal dan ilmu untuk bertindak dengan cara yang betul. Lembutkan hati pasangan yang terkadang tinggi egonya tidak memerlukan kita menggunakan cara salah. Cukup dengan mengamalkan doa-doa ini bagi melembutkan hati pasangan anda.
Sebagai seorang isteri ataupun suami, kita sebenarnya mempunyai pelbagai keistimewaan yang membolehkan kita memikat dan melembutkan hati pasangan. Jangan sesekali menggunakan cara yang dimungkari oleh ajaran islam.
Jika kamu sebagai seorang isteri atau suami mahukan pasangan yang sentiasa menyayangi kamu, mengasihi malah menghormati kamu, amalkan ayat Yusuf ini:
“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin”.
Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.
Sebelum mengamalkan doa ini, sila tetapkan kepada diri niatkan untuk tujuan kebaikan. Jangan pula gunakan doa ini untuk memikat isteri/suami orang atau tunangan milik orang lain.
Beringatlah apabila kita lakukan sesuatu perkara untuk kebaikan diri dan orang lain, lebih berkat kehidupan yang akan dikecapi. Manfaatkan doa ini sebagai ‘penyeri’ wajah diiringi dengan niat baik terutamanya untuk melembutkan hati si suami atau isteri agar lebih mengasihimu.
Boleh dibaca setiap kali selepas menunaikan solat fardhu atau bacakannya ketika mahu berhadapan dengan pasangan.
Kelebihan Lain Surah Yusuf Ayat 4:
- Jika dibaca bersungguh-sungguh sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dapat mententeramkan keluarga yang tidak harmoni.
- Jika dibaca 7 kali setiap selesai solat maghrib dan subuh, ia dapat meningkatkan daya karisma diri.
- Jika di hadapan doa tersebut ditambah dengan kalimat “Ya Abrozhu” berbunyi, “Ya abrozhu roaitu ahada ‘asyaro kaukabaw wasy-syamsa wal qamaro roaituhum li sajidin”… ia akan meningkatkan kewibawaan orang yang mengamalkannya itu.
- Jika selepas membaca surah Yusuf ayat empat kemudian membaca pula surah Taha ayat 1-8 berbunyi, “Waal qoy tu’alayka mahabbatamminni wallitusna’aa ‘alaa ainiy”… kesannya lebih afdal.
- Selain surah yusuf ayat 4 ini, menyebut zikir “Ya Latiff” diikuti surah asy-Syu’raa ayat-19 bermaksud, “Allah maha lembut kepada hamba NYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki. dan DIA lah yang maha kuat, lagi maha kuasa” ketika sedang memasak hidangan untuk keluarga juga boleh menguatkan kasih sayang suami.
- Bila-bila masa lain, boleh juga amalkan zikir “Ya Hayyu”(yang maha hidup), “Ya Qayyum”(yang maha menegakkan), “Ya Latiff”(yang maha lembut) dan“Ya Rahman”(yang maha pengasih).
Kelebihan Zikir Ya Latiff
1. Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani karenah anak untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anak mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya.
2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang (ingin mendekatkan jodoh), Perbanyakkan membaca Zikir ‘Ya Latiff’ sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh.
3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga. Perbanyakkan membaca Zikir ‘Ya Latiff ‘dan surah as-Syura ayat 19 (seperti di atas) sambil berniat apa yang di hajati.. Insha Allah mudahan berjaya
4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir ‘Ya Latiff’ sebagai penawar perbagai penyakit atau terkena sihir.
5. Ketika ribut petir maka eloklah memperbanyakkan membaca zikir ‘Ya Latiff’, InshaAllah akan redalah ribut petir.
6. Bagi yang menghadapi musibah atau bencana elok perbanyakkan membaca zikir ‘Ya Latiff’ untuk kuatkan semangat dan ketabahan hati menghadapi segala ujian.
Semoga dapat keberkatan dan selamat beramal!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Raikan Lelaki Alpha Dalam Hidup Anda Dengan Bingkisan Hadiah Untuk Kekal Tampan Dan Menarik
Isi Kandungan
ToggleTatkala mengingatkan segala pengorbanan seorang lelaki buat keluarga dan anak-anaknya mahupun seorang suami dan ayah yang selalu mendampingi kita, ianya amat berharga dan tidak terhitung jasanya. Melihat sahaja gelagat aksi mereka setiap hari sudah mampu buatkan hati tersentuh melihat dan mengimbas segala pengorbanan seorang bapa bertanggungjawab.
Siapa dia lelaki Alpha? Lelaki Alpha boleh dikait rapatkan dengan seorang bapa yang memikul beban sebagai ketua sebuah kekeluargaan serta menjadi punca rezeki membesar dan menanggung segala isi rumahnya, pastinya mereka perlukan penghargaan walaupun hanya dengan sebingkis hadiah istimewa.
Kekalkan kecantikan dalam penampilan bersama lelaki Alpha dalam hidup anda, HIJABISTA! kongsikan hadiah-hadiah cool yang mungkin anda boleh pertimbangkan buat hari bapa.
Produk dandanan untuk lelaki yang mementingkan kulit dan gayanya.
1. Drunk Elephant Protini Polypeptide Cream
Pelembap protein terobosan ini menggabungkan kepekatan peptida isyarat yang lebih awal, faktor pertumbuhan, asid amino yang menyokong dan teratai pygmy untuk peningkatan yang jelas dan cepat dalam penampilan warna, tekstur dan ketegasan kulit. Protini dalam rutin penjagaan kulit, Drunk Elephant menambahkan sedikit protein ke dalam smoothie anda. Limpahan protein dan nutrien, menambah dan memulihkan kulit anda kembali ke keadaan sihat dan anjal.
2. Dr Roebuck’s Tama Healing Mask
Masker penyembuhan dan penenang yang terunggul, Tama diilhamkan oleh suasana Pantai Tamarama yang tenang dan damai. Disuntik dengan kunyit, madu manuka dan minyak alpukat, masker muka ini membantu memperbaiki kulit yang rosak, sambil memberikan manfaat penghidratan dan anti-penuaan yang mendalam, menjadikan kulit terasa segar dan bugar.
3. Dr Dennis Gross Alpha Beta Pore Perfecting & Refining Serum
Serum pori-pori yang bebas silikon ini memberikan penampilan yang disaring kerana mengatasi pori-pori yang ada dan membantu mencegah jeragat baru terbentuk. Kompleks penyempurnaan liang yang mengandungi farnesol, asid adipik, cendawan agarikon, dan pir berduri membantu melarutkan penumpukan cela di liang dinding dan menghilangkan kotoran. Kompleks Alpha Beta menyokong pergantian sel semula jadi dan membantu mengurangkan penyumbatan untuk kesan yang disaring tanpa cela.
4. SEPHORA COLLECTION Men Exfoliating Cleansing Gel
Diformulasikan dengan 96% bahan dari semula jadi, gel pembersih ini membersihkan kulit, menghilangkan kekotoran dan menghaluskan tekstur kulit. Pasir vulkanik asal semula jadi memberikan pengelupasan lembut, menghilangkan sel-sel kulit mati sambil menghilangkan bintik-bintik dan membersihkan kulit. Dengan tekstur kulit yang halus dan terlindung, kulit akan kelihatan lebih licin dan cerah.
5. OUAI Texturizing Hair Spray
Penyembur rambut berbentuk syampu kering, semburan ultra ringan ini membina kelembapan dan tekstur yang luar biasa. Kandungan mineral gunung berapi untuk menyerap minyak dan menjadikan rambut kelihatan bermaya sepanjang hari atau malam dengan lebih tahan.
Raikan cara istimewa dengan cara mereka sendiri, pewangi dan cologne pilihan anda. Hargai mereka dengan hadiah yang benar-benar bersesuaian dengan peribadi mereka. Pewangi ini bakal menceriakan lelaki alpha dalam hidup anda:
1. Mr. Burberry Indigo – Untuk bapa yang sibuk dan lasak
Mr. Burberry Indigo sesuai untuk bapa yang bekerja dari jam sembilan hingga lima, setiap hari Isnin hingga Jumaat tetapi telah merancang perjalanan seterusnya ke aktiviti lasak.
Wangian ini merangkumi nada minyak zaitun dan i minyak lemon, kismis hitam dan rosemary yang dilapisi di atas daun ungu hijau, driftwood dan spearmint – oakmoss putih dan bauan kasturi yang hangat dan bersahaja. Menariknya lagi, setiap botol Mr. Burberry boleh diubahsuai untuk dijadikan hadiah itu lebih istimewa.
2. Hugo Now For Him – Untuk Bapa yang menghargai momen
The Hugo Now sesuai untuk bapa yang sentiasa menghargai momen. Hidup pada masa ini dan sementara orang lain mungkin menganggapnya agak impulsif, anda hanya melihatnya sebagai bersemangat bebas. Kesegaran haruman segar dibawa ke jantung, dilembutkan oleh nota aroma Lavender. Dipasangkan dengan sensasi penyejukan Mint dan Aquazone berair yang memberikan kesegaran air sejuk.
3. CK Everyone – Untuk bapa yang berjiwa muda
Ini adalah untuk bapa yang menganggap anda sebagai rakannya, yang ingin berada di dalam dunia anak-anak. Dia adalah ayah yang tidak pernah membawa tekanan bekerja di rumah, tetapi anda tahu dia luar sana apa yang dilakukannya. CK Everyone Fragrance adalah gabungan sempurna kesegaran bersih, sensualitas manis, dan kelebihan provokatif untuk bapa yang lebih menyukai aroma ringan dan sederhana untuk haruman hariannya. Haruman sitrus yang dinaikkan dengan minyak oren organik zesty dan dipadankan dengan teh hijau dan asas kayu cedar yang kuat untuk wangian semua jantina.
4. Gucci Guilty Pour Homme Eau Da Parfum – Untuk Bapa Bergaya yang Sempurna
Penampilannya sentiasa diperhatikan, berpakaian rapi dengan baik yang mengagumkanmu. Gucci Guilty Pour Homme yang baharu menguatkan kod tradisional kecantikan maskulin dengan gaya misteri dan tidak konvensional, aroma baru diciptakan untuk eklektik dan berani. Penafsiran semula tanda tangan asal ini kini dengan haruman Heady Chili Pepper dan Rose segar yang menenangkan. Kekayaan dan sensualitas ditonjolkan di pangkalan dengan Patchouli dan kayu cedar.
Jadi raikan hari istimewa ini dengan lelaki aplpha anda, hargai mereka dengan barangan harian yang akan meninggalkan momen terindah anda bersamanya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI