Kecantikan

Rahsia Cantik AINAN TASNEEM, Rajin Cuci MUKA & Tolak Makan KACANG Untuk Elak JERAWAT Tumbuh

Share

Dunia kecantikan memang sesuatu yang sangat sinonim dengan wanita. Begitu juga dengan penyanyi kelahiran YouTube yang cukup popular menerusi lagu Aku Suka, Ainan Tasneem Ridzuan, 26 tahun.  Kian menempa nama dalam industri muzik tanah air dengan imej sopan dan senyuman yang manis tanpa lekang di bibir membuatkan ramai yang senang untuk mendampinginya.

Setiap orang punya cara dan amalan yang tersendiri dalam kecantikan diri. Moden atau tradisional? Tepuk dada, tanya hati. Si manis Ainan Tasneem sudi berkongsi rahsia kecantikan

dirinya. Walaupun kini sedang sarat mengandung, Ainan Tasneem tetap ada cara tersendiri menjaga kecantikannya sejak dulu lagi.

Petua kulit sihat Ainan?

Seperti kebanyakan orang, Ainan akan pastikan mendapat tidur yang cukup. Hal ini sangat penting kerana tidur yang tidak mencukupi akan menyebabkan banyak kesan yang tidak baik. Paling ketara, lingkaran hitam bawah mata dan kulit muka menjadi kusam yang sudah tentunya akan mencacatkan penampilan kita.

Boleh kongsikan sedikit tip penjagaan wajah Ainan?

Ainan akan pastikan mencuci muka dua kali sehari dan tidak pernah lupa untuk membersihkan palitan sisa-sisa solekan yang melekap rapi di atas raut wajah. Wajib memakai pencuci disusuli penyegar, serum dan krim pelembap.

Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah 28 Tahun Tak Pakai Cuci Muka, Ini Rahsianya

Jenis solekan pilihan Ainan  jika bercuti  atau melancong?

Natural. Hanya mengenakan krim pelindung matahari, krim BB, bedak kompak dan pelembap bibir. Kalau ‘mood’ rajin menjengah, Ainan akan pakai maskara kerana cukup obses dengan pemakaian maskara. Rasa sempurna pabila mengenakannya.

Kekerapan Ainan melakukan sesi rawatan wajah di spa?

Dengan kondisi wajah Ainan, cukup hanya tiga bulan sekali untuk Ainan lakukan sesi rawatan wajah di spa. Itu sudah memadai, asalkan kulit wajah Ainan nampak sihat dan tidak kusam.

Produk kecantikan yang wajib ada jika Ainan pergi melancong?

Ainan senang dengan solekan tipis, lebih-lebih lagi ketika melancong mahupun bercuti. Jadi, Ainan hanya akan membawa krim pelindung matahari, krim BB, bedak kompak, pelembap bibir dan maskara.

Ada atau tidak sebarang pemakanan yang dielakkan dalam usaha menjaga kecantikan kulit wajah?

Ainan akan kurangkan pengambilan makanan jenis kekacang kerana wajah Ainan akan cepat ditumbuhi jerawat. Jadi kalau boleh, memang Ainan akan elakkan memakan kekacang bagi memastikan kulit Ainan bebas daripada jerawat.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM AINAN TASNEEM

Published by
Siti Zurina