Pemilihan warna tudung amat penting bagi memastikan penampilan diri tampak menyerlah. Mungkin ada sesetengah hijabi tidak kisah dengan apa sahaja warna tudung yang ingin digayakan namun tidak semua warna sesuai untuk semua warna kulit. Jika tersalah memilih warna tudung akibatnya wajah kelihatan tidak berseri.

Oleh itu kenal pasti terlebih dahulu warna tudung yang sesuai dengan jenis kulit. Apa yang boleh dilakukan atau cara mudah untuk mengenali kesesuaian warna tudung dengan diri kita ialah dengan cara mencuba setiap warna tudung.

Lihat kesesuaian dengan warna kulit dan juga personaliti diri kita. Minta pendapat orang-orang terdekat seperti suami dan juga rakan-rakan. Dengan cara ini anda lebih mudah memilih warna tudung yang sesuai dengan diri anda.

Rahsia Berseri Di Hari Raya, Pilih Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Tona Kulit & Personaliti
.

Kepentingan memilih warna tudung. Mengapa penting untuk pilih warna yang sesuai dengan tona kulit dan personaliti untuk wanita yang bertudung?

1. Fabrik (tudung) pastinya ada warna. Jumlah fabrik (tudung) yang mengelilingi wajah pula bukan sedikit.

2. Dalam keadaan ini, warna tudung akan secara langsung memberikan kesan visual kepada seri wajah.

Rahsia Berseri Di Hari Raya, Pilih Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Tona Kulit & Personaliti
.

Ads

3. Warna tudung yang tidak sesuai dengan tona kulit akan menjadikan wajah kusam, pucat, lesu, menjadikan kekurangan (parut, jeragat dan pori-pori yang besar) pada kulit lebih jelas, nampak sakit dan tidak berseri.

4. Warna tudung yang sesuai dengan tona kulit pula akan menjadikan wajah segar, memudarkan kekurangan pada kulit dan wajah lebih berseri.

5. Ramai wanita bertudung mempunyai kecenderungan untuk tidak bermekap atau memakai mekap dengan kadar amat minimum.

6. Apabila memilih untuk tidak ‘menambah’ warna daripada mekap, maka kepentingan memilih warna tudung yang betul menjadi lebih kritikal.

Ads

Rahsia Berseri Di Hari Raya, Pilih Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Tona Kulit & Personaliti
.

7. Jika tersalah pilih warna tudung, maka wajah akan ‘tenggelam’ dek kerana ‘kalah’ dengan warna tudung.

8. Dalam bahasa perunding perunding imej, ini disebut sebagai “overwhelming colours”.

9. Dalam keadaan ini, warna tersebut boleh kelihatan terlalu menyerlah sehingga ada kemungkinan orang lain akan lebih mengingati warna tudung yang kita pakai berbanding potensi dan prestasi kita dalam kerjaya.

Ads

10. Warna tudung yang serasi dengan tona kulit dan personaliti dapat membantu urusan profesional dan sosial berjalan dengan baik.

Rahsia Berseri Di Hari Raya, Pilih Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Tona Kulit & Personaliti
.

11. Setiap warna secara umumnya mempunyai mesej yang tertentu. Ini dipanggil psikologi warna.

12. Apabila kita bijak memilih warna tudung yang berpadanan dengan mesej yang kita mahu sampaikan dalam urusan profesional dan sosial, kita dapat menjimatkan masa menggunakan tutur kata untuk menerangkan mesej kita itu.

13. Lebih menarik, warna-warna tudung yang selari dengan mesej yang kita mahu sampaikan. Apabila dipakai secara konsisten, boleh menjadi jenama diri yang boleh mempengaruhi cara orang lain mengingati kita dan bisnes atau kerjaya kita.

Semoga perkongsian ini membantu hijabi semua dalam memahami kepentingan memilih warna tudung yang tepat. Imej padanan warna penampilan tudung menyerlahkan sisi elegen seorang wanita berhijab.

Sumber kredit: daneenacouture

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI