Hari ini merupakan hari bersejarah kerana berlakunya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Tepat jam 8 pagi tadi, pintu 8,958 pusat mengundi di seluruh negara dibuka dan lebih 20 juta pengundi mempunyai masa 10 jam sehingga 6 petang untuk memilih wakil rakyat.
Menjadi sebahagian rakyat Malaysia, golongan artis dan selebriti tempatan juga tidak terlepas melaksanakan tanggungjawab memilih barisan pimpinan kerajaan baharu. Ramai artis yang sudah membuat hantaran di laman media sosial masing-masing untuk membuktikan bahawa mereka telah selesaikan tanggungjawab bersama tanda pagar #donemengundi.
Artikel berkaitan: “Lewat 30-an, Masih Terus Berharap, Cekal & Bahagia”- Sambut Ulang Tahun Kelahiran, Siti Elizad Berdoa Agar Dikurniakan Zuriat!
Pelakon terkenal, Siti Elizad Sharifuddin membuatkan netizen terhibur apabila berkongsi pengalaman mencuit hati apabila tersalah pusat mengundi. Dia telah memuat naik pengalaman tersebut melalui posting video di laman instagramnya.
Hantaran tersebut dimuat naik bersama kapsyen, “Kisah EXCITED MENGUNDI TAHUN INI.
Lain kali baca NAMA skolah betul2. Beratur dah sampai ke bilik pangkah tau , sekali nama takde, dgn perut meragam lagi. Epik bethull tahun ni…”
Di awal video, Elizad sebelumnya beratur panjang seperti orang ramai namun hanya menyedari dirinya tersilap lokasi ketika hampir tiba giliran membuang undi di sebuah sekolah di Subang Jaya.
“Cerita pagi tadi lepas subuh dah keluar. Kelakar siap bagi pesanan minta tengok saluran dengan muka bangga.
“Hampir ke depan tiba-tiba sakit perut tapi lagi sakit hati salah sekolah. Excited sangat kot. Kena beza kebangsaan dan menengah,” katanya menerusi video tersebut.
Tidak hanya itu, dia turut mengundang tawa petugas di pusat mengundi tersebut. Namun yang paling best, pelakon tersebut dilihat bersahaja menghadapi situasi tersebut yang agak kelam-kabut.
Rakan artis dan netizen turut terhibur
Usai hantaran tersebut, ramai rakan artis dan netizen yang geli hati dengan gelagat Elizad. Mereka turut meninggalkan komen pada hantaran pelakon cantik tersebut.
“Macam mana bole salah sekolah tu ? 😂 kondifen betholl”
“Confident level tak boleh bawa bincang kak”
“Ⱨ₳Ⱨ₳Ⱨ₳ adoii laa k.e .. canner leh tersilap tuuhh?? Nie mesti sbb terlalu excited naww nk pi Undi 😅😂😂”
“Confident tu dah betul dah kak, sekolah pulak salah ye hahaha”
“Hahahaha alahai comel je salah sekolah ye kak ejad kite ni hahaha”
Artikel berkaitan: Hikmah Covid-19, Elizad Sharifuddin Berjaya Khatam Al-Quran Sewaktu PKP
Sumber info dan gambar: Instagram Siti Elizad
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mas Idayu Kongsi Gambar ‘Bahagia’ Bersama Suami, Bukti Rumah Tangga Kekal Utuh
Sebelumnya tular di Media sosial berita kononya rumah tangga miliknya sedang bergolak ditiup badai, enggan berdiam diri penyayi dangdut veteran negara, Mas Idayu bertindak meluahkan kekesalannya berhubung gossip ‘liar’ berkenaan.
Menurut Mas Idayu, perkahwinan yang baharu sahaja didirikan sebulan yang lalu itu masih utuh dan baik-baik sahaja.
Suka Post Kapsyen Sedih Kelakar Gembira
Sumber gambar: Instagram Mas Idayu
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram Mas Idayu atau lebih selesa di sapa mummy, menjelaskan hantaran kapsyen di Instagram itu langsung tidak berkaitan dengan rumahtangga, kerana sejak dulu lagi dia memang gemar berkongsi kapsyen sedih, kelakar dan gembira.
“Dari dulu saya sangat suka hantaran yang berbentuk ceramah, ‘sweet’ dan hint’. Siapa yang suka mesti mereka akan komen, ‘ya mummy aku juga seperti itu’. Tak semestinya untuk saya. Saya suka mendengar komen mereka yang berbagi rasa. Itu saja,” tulisnya.
Artikel berkaitan: Merancakkan Ekonomi Industri Perkahwinan, Hijabi Perlu Tahu Rancang Majlis Sesuai Dengan Kemampuan Diri
Bahagia Di Samping Suami
Sumber gambar: Instagram Mas Idayu
Selain itu, Mas Idayu turut berkongsikan beberapa keping foto dirinya sedang bahagia dan menikmati moments-moments indah sebagai isteri. Dalam hantaran tersebut dapat dilihat penyanyi berusia 50 tahun itu amat romantis bersama suami tercinta, yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa.
Pada hantaran tersebut, Mas Idayu berkesampatan menitipkan kata-kata indah dan romatik khas buat suaminya, serta menyatakan harapan agar mahligai cinta yang dibina kekal hingga ke akhir hayat mereka berdua.
“Biarpun inai di jari semakin memudar, namun doa kami semoga Allah simpulkan hati kami seerat mungkin..” 🤲
Meninjau keruangan Instagram, Mas Idayu telah pun memadam posting kapsyen sedih yang telah mengundang pelbagai spekulasi ramai sehingga menimbulkan khabar angin, kononya rumah tangga miliknya sedang dilanda badai.
Sebagai rekod, pada 16 September lalu, Mas Idayu telah selamat bergelar isteri kepada penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian dengan sekali lafaz sahaja.
Artikel berkaitan: Nak Buat Kenduri Kahwin ‘Mega’ Janganlah Sampai ‘Merompak Duit Hantaran’
Sumber gambar: Instagram Mas Idayu
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sayu Hati! Ramadan Bakal ‘Pergi’, Amalkan Doa Ini Di Penghujungnya Moga Peroleh..
Mengingati Allah dengan memperbanyakkan amalan ibadah melalui doa adalah cara terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.
Ramadan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Gunakan peluang yang ada untuk terus menimba pahala. Berdoalah kepada Allah tanpa kenal erti berputus asa. Mengadalah kepadaNya dengan sepenuh hati.
Melalui entri di laman facebook, lelaki ini berkongsi doa diakhir Ramadan.
Baca doa ini di akhir Ramadan kerana doa ini mampu buatkan air mata mengalir tanpa sedar! Doa, senjata mukmin. Doa ibarat air dan oksigen. Yang sangat penting untuk hati kita terus bernafas segar.
Doa, semua orang boleh berdoa. Nak pula di bulan Ramadan ni, lagilah perlu banyakkan doa. Doalah… pasti Allah kabulkan.
“Dan Rabbmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. [QS. Ghafir: 60)
Tapi saya nak kongsikan rangkap doa yang lengkap, tapi penuh penghayatan dan jika dibaca dari hati, insha Allah pasti mengalir air mata tanpa sedar.
doa bulan Ramadan, doa Ramadan, doa selepas solat, doa sepuluh akhir bulan Ramadan, doa lailatulqadar, doa amalan di bulan Ramadan.
Inilah dia doanya!
Bacalah dari hatimu untuk Tuhanmu… dengan penuh sifat kehambaan…
Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah dosa-dosaku, Ampunilah kesalahan-kesalahanku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.
Berikanlah aku kemenangan ke atas kelemahan diriku ketika berada dalam bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadan.
Terimalah doa-doa aku, ibadahku dan amalan-amalan baikku.
Ya Allah berkatilah aku dengan menyaksikan lailatul Qadr.
Tunjukkanlah aku ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu.
Bantulah aku dalam mendapatkan khushu’ dan ikhlas dalam melaksanakan ibadahku.
Bantulah aku untuk lebih mendekatkan diriku kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir.
Jadikan aku hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi.
Tingkatkanlah tahap keimananku, tawakkalku dan keyakinanku kepadaMu. Tambahkanlah Taqwa kepadaku. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.
Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Kurniakanlah kepadaku kelembutan hati dalam mentaati segala syariatMu.
Jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah aku jalan yang lurus dengan kebenaran dariMu sehingga nafas terakhirku, jauhilah aku daripada mensyirikkanMu, kufur atau bid’ah (besar / kecil).
Golongkanlah aku dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil Ilm. Tambahkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat.
Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuanMu untuk diriku. Selamatkanlah aku daripada penyakit hati iaitu dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.
Berkatilah aku dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi aku daripada kesedihan & kemurungan. Bantulah aku dengan keupayaanku untuk melakukan Tazkiyah jiwaku sepanjang perjalanan hidupku.
Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hatiku. Pelawalah aku ke rumahMu untuk aku menyembahMu.
Ya Rabb, berikanlah kepadaku pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan aku suka dan gembira untuk bertemu denganMu.
Jadikan kuburku & alam barzakh sebagai tempat kediamanku yang aman dan sejuk. Kurniakanlah kepadaku pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.
Berikan catatan amalanku dari tangan kanan dan beratkan timbangan ku dengan perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah kepadaku nikmat untuk minum dari Telaga Al Kawthar.
Permudahkan aku untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum Syurga). Bantuilah aku Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan melihatMu di akhirat kelak.
Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara aku dan pasanganku selama-lamanya.
Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain. Berikanlah ganjaran kepada pasanganku dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam berusaha untuk keluargaku.
Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada ku dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan ku demi agamaMu. Jadikanlah aku tergolong dalam golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al Firdaus.
Ya Allah, bantulah aku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak ku.
Peliharalah anak-anak ku supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan ku yang lalu dalam hidup mereka. Berkatilah aku dengan anak-anak yang soleh.
Jadikanlah anak-anakku sebagai penyejuk mataku dan jadikan mereka sebagai amal jaariah bagiku & pasanganku. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepadaMu sahaja.
Lindungilah diri aku daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anakku daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan.
Berikanlah kejayaan kepada anak-anakku dalam agamanya, dunia & Akhirah. Berkatilah aku dan keturunanku agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunanku di Jannah al Firdaus.
Ya Allah Ya Rahman,
Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agamaMu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.
Ya Allah selamatkanlah aku & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.
Ya Allah, Ya Gaffaar. Ampunilah kedua ibu bapaku.
Ganjarilah mereka dengan ganjaran yang paling besar di dunia ini & akhirat.
Tingkatkanlah kedudukan mereka di sisiMu dan berikanlah kepada mereka Jannah al Firdaus. Jadikanlah kami penyejuk mata mereka di hari tua mereka.
Berikanlah kejayaan kepada adik-beradikku di dunia ini & akhirat.
Muliakanlah kedudukan kedua ibu bapa pasangan kami, orang tua kami, umat masyarakat kami.
Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua. Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat masyarakat; sama ada yang muda & tua.
Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada mereka di alam barzakh sehingga mereka bertemu denganMu.
Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari lepas. Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami yang sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.
Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untukMu dan eratkanlah ikatan persaudaraan kami.
Satukanlah hati mereka yang sedang menjalani dan menguruskan rumahtangga dan limpahkanlah kebahagiaan dan ketenangan dalam perkahwinan mereka, permudahkanlah urusan mereka yang sedang berada dalam kesukaran urusan perkahwinan.
Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit, sesungguhnya Kau Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.
Ya Allah Ya Qawiyy, Kau lindungilah saudara-saudara kami di seluruh negara; Palestin, Syria, Nepal, Rohingya, Iraq, Iran, Malaysia dan di mana-mana jua daripada penganiayaan, rogol, pembunuhan, penghinaan.
Kau legakanlah penderitaan mereka dan tingkatkan darjat mereka di sisiMu. Kau hancurkanlah mereka yang zalim, kejam dan penindas ke atas saudara-saudara kami.
Kau cukupkanlah mereka yang serba kekurangan, Kau ringankanlah beban bagi mereka yang tertindas dan Kau bebaskanlah mereka daripada hutang.
Ya Allah, perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami sempena dalam Ramadan ini. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.
Aamiin ya Rabb Al’alamiin.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim via Memori Terindah Tanah Suci
Artikel berkaitan: Doa Pelindung Dari Segala, Terhindar Daripada Sihir & Kemudaratan Makanan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Jangan Salah Gaya Dengan Padanan Skirt Dan Kasut But, Ini Aturannya Supaya Kekal Gaya Muslimah
Kita semua tertanya-tanya, “Adakah ini berkesan?” di hadapan cermin selepas mencuba almari pakaian baru. Memakai skirt dengan but adalah contoh yang sempurna. Gabungan skirt dan but mungkin kelihatan mudah, tetapi ia boleh menjadi sukar bergantung pada panjang skirt atau mungkin gaya but.
Anda perlu menggabungkan dua trend fesyen yang berasingan supaya tidak kelihatan seperti anda memakai dua kostum. Sangat mudah untuk memotong kaki anda apabila anda memakai skirt yang terlalu panjang dengan but tinggi. Berikut ialah beberapa pertimbangan penting tentang panjang dan gaya yang perlu diingat apabila memakai pakaian skirt panjang dengan but. Hijabi sentiasa jaga aurat ya!
Untuk menarik padanan gaya but dan skirt, ingat garis panduan berikut dan anda akan menggegarkan gaya anda.
1. Midi skirt dengan slit but
Siapa yang tidak mempunyai sepasang slit but bergaya di dalam almari mereka? Gaya ini mungkin mendapat keuntungannya kerana ia bukan sahaja comel tetapi juga selesa dan boleh disesuaikan. Skirt yang sesuai untuk dipakai dengan booties ialah skirt midi atau apa-apa sahaja yang jatuh tepat di atas lutut.
ARTIKEL BERKAITAN: Bergaya Dengan Pleated Skirt & Pant Memang Cantik Tapi Bukan Mudah Untuk Jaga
Anda boleh memainkan sisi genit dan feminin anda dengan siluet A-line atau pastikan ia profesional dengan skirt pensel. Kerana cara skirt pensel menekankan lekuk kaki anda dari peha hingga lutut, but pendek akan menyerlahkan penampilan wanita anda. Ia akan menekankan garisan yang bermula dari buku lali anda ke betis.
2. Skirt perak dengan kasut but paras lutut
Pakai skirt yang sedikit lebih pendek daripada but atas buku lali anda supaya terdapat sedikit ruang antara bahagian atas but anda dan bahagian bawah skirt apabila anda memakai but ultra-bergaya ini.
Ia tidak diingini untuk bahagian atas but anda disembunyikan di bawah labuh skirt anda. Cuba pecahkan gaya anda dengan memakai skirt ini dengan but dengan sepasang seluar ketat legap berwarna. Ini juga akan membantu memastikan anda dilindungi dan hangat semasa anda berada di luar untuk menikmati cuaca musim sejuk.
3. Skirt dengan kasut but klasik
Jika anda ingin menarik rupa skirt midi panjang yang dipadankan dengan sepasang but, apa kata cuba dengan but yang mempunyai tumit padanya. Walaupun memakai but rata dengan skirt midi boleh memendekkan garisan kaki anda, memakai but dengan tumit boleh memanjangkan garisan kaki.
Oleh kerana but secara tradisinya dianggap mempunyai estetika yang lebih maskulin, menambah tumit pada kasut anda boleh memberikan suasana yang lebih feminin pada keseluruhan pakaian anda dan meningkatkan kualiti skirt yang feminin.
Petua Gaya: Cuba sekali untuk tumit blok. Percayalah anda tidak akan menyesal memakainya.
4. Skirt dengan kasut but bertumit
Salah satu cara untuk memakai skirt dengan but pada musim sejuk adalah dengan memasangkan skirt balutan dengan but salji. Ini akan menjadikan kaki anda hangat sambil memberikan anda rupa wanita yang stailo. Anda juga boleh memilih skirt yang cukup panjang untuk menutup but anda. Jika anda ingin melancong ke Negara 4 musim, tambahkan kot bulu atau jaket bertebat untuk kehangatan tambahan.
ARTIKEL BERKAITAN: Gaya Kasut Flat Yang Tidak Pernah Membosankan, Cuma Perlu Tahu Padanan Yang Betul
5. Skirt pendek dengan kasut but buku lali
Apabila memakai skirt musim sejuk, pastikan fabriknya tebal dan cukup berat. Jika tidak, angin boleh meniup melalui skirt dan menyebabkan ketidakselesaan. Jika anda boleh mengurangkan masalah ini, anda mesti memakai skirt panjang dengan but buku lali. Untuk mempunyai lapisan kehangatan, pasangkannya dengan stoking bulu, dan anda sudah bersedia untuk memamerkan skirt anda dengan but.
6. Skirt bercetak dengan kasut but pertengahan betis
Jika anda sedang mencari sesuatu yang sedikit berbeza, cuba padankan sepasang but pertengahan betis yang bergaya dengan skirt pernyataan. But pertengahan betis biasanya cukup panas dan tidak terlalu besar. Pilihan yang baik ialah but yang diperbuat daripada kulit biri-biri atau bahan lembut lain. Anda boleh memasangkannya dengan skirt bercetak, dan terdapat banyak cetakan dan gaya yang berbeza untuk dipilih. Walau bagaimanapun, pastikan but sesuai dan selesa.
Petua Gaya: Gunakan selendang atau jaket, dan akhirnya, nikmati pakaian musim sejuk di Negara empat musim anda dengan penuh bergaya.
Selain itu, anda sentiasa boleh menambah bakat dengan mengakses skirt anda dengan but.
Bagaimana untuk mengakses dengan Skirt?
Apabila mempertimbangkan cara menggayakan skirt, ingatlah perkara berikut: Topi, Tudung, Aksesori Skirt dengan trend but
Tambah tali pinggang
Tali pinggang yang lebih lebar cenderung kelihatan lebih menarik dengan skirt yang lebih panjang, manakala tali pinggang yang nipis kelihatan hebat dengan skirt yang lebih pendek.
Seimbangkan pakaian anda.
Ingatlah untuk mengingati perkadaran ‘ensemble’ anda. Padankan pakaian dengan pakaian yang lebih longgar dengan sehelai yang lebih sesuai dengan bentuk. Sebagai contoh, padankan bahagian atas yang sesuai dengan bentuk dengan skirt yang longgar atau mengalir. Sebaliknya, jika anda ingin kelihatan lebih berpeluk tubuh dengan skirt anda, imbangi dengan memilih bahagian atas yang lebih berair atau yang mempunyai ruffles.
Dapatkan jaket.
Terutama jika anda memakai bahagian atas yang sesuai, kardigan, blazer atau jaket kulit yang ringan mungkin meningkatkan garis skirt anda. Pilihan lain termasuk jaket kulit dan untuk gaya kasual namun disatukan, sarungkan jaket pada bahu anda dan biarkan ia tergantung dengan longgar.
Pastikan memakai kasut yang sesuai.
Pilih sepasang kasut yang sesuai dengan skirt anda. Booties ialah pilihan kasut yang sangat baik untuk dipadankan dengan pelbagai jenis skirt panjang dan pendek. Laraskan ketinggian tumit pada kasut anda supaya sesuai dengan skirt yang anda pakai.
Pastikan pakai sepasang stokin
Sebagai hijabi kita perlu sentiasa menjaga penampilan, padankan dengan sarung kaki setinggi lutut atau pertengahan betis. Anda juga boleh memakai stokin hitam atau putih dengan skirt kotak-kotak dan loafer hitam berkilauan sebagai alternatif. Stokin adalah alternatif langkah berjaga-jaga kalau skirt ditiup angin.
Kini setelah anda bersedia untuk menonjolkan gaya anda dalam salah satu gabungan skirt dan but yang paling bergaya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI