Penyampai radio Era dan pengacara terkenal, Radin berasa amat teruja untuk mengotakan janjinya untuk menjadi pengacara di majlis perkahwinan pasangan pengantin yang pernah viral apabila membatalkan majlis resepsi disebabkan banjir.
Pasangan ini menjadi tumpuan ramai kerana mereka menyumbangkan segala lauk-pauk untuk dihidangkan di majlis berkenaan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan akibat bencana tersebut.
Terharu dengan tindakan pasangan tersebut, Radin telah menawarkan sendiri khidmatnya secara percuma untuk menjadi pengacara di majlis resepsi pasangan berkenaan.
Berkongsi di laman instagram, Radin berasa seronok kerana dapat menjadi sebahagian dari hari bahagia pasangan pengantin tersebut dan mendoakan agar perkahwinan itu diberkati selamanya.
Harini berkesempatan untuk meraikan pasangan pengantin yang viral disebabkan majlis asalnya terpaksa dibatalkan kerana banjir & kesemua lauk pauk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir ketika Selangor diduga dengan bencana banjir baru-baru ini.
Saya terharu kerana menjadi sebahagian daripada saksi yang meraikan pasangan ini, Nabil & Ashikin semoga bahtera perkahwinan diberkati serta dikurniakan anak yang soleh-solehah..
Di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan ikhlas Radin yang disifatkan sangat mulia dalam membantu mereka yang memerlukan. Terbaiklah Radin!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee