Masih ingatkah pada bayi comel yang lahir hasil percintaan dua benua ini. Ibunya berasal dari Terengganu dan ayahnya pula berbangsa Russia. Sebelum itu. bukan senang bagi Siti Safuraa Hamzah untuk menerima jodoh, sebaliknya mendirikan solat istikharah untuk memastikan Asadullah Stumbrys (suaminya kini) memang calon terbaik. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel, Dhuha Sopphia Stumbrys. Kisahnya pernah viral gara-gara percintaan menarik ibu dan ayahnya. Juga wajahnya yang comel hingga mendapat perhatian seluruh dunia.
Kini, Dhuha Sophiea sudah berusia satu tahun. Baru-baru ini sempat menyambut hari jadinya yang pertama di samping keluarga di Vilkaviskis, Lithuania. Menceritakan perkembangannya menurut ibunya, Safuraa, Dhuha Sophia kini sudah berusia setahun dan mula untuk belajar bertatih dan memanjat.
Sebagai seorang suri rumah yang memang melihat perkembangan Sophea dari hari pertama, mengakui seronok melihat perkembangan dan keletah anak tunggalnya itu. Mungkin ini kerana pengalaman pertama bergelar ibu dan segala ragamnya cukup menghiburkan.
Sememangnya wajah comel Dhuha Sophea menjadi perhatian ramai. Penerimaan masyarakat cukup baik yang mengenali dia melalui laman sosial. Malah jika yang datang dari luar Malaysia juga cukup teruja apabila dapat bertemu dengan Sophea. Setakat ini ke mana sahaja pasangan ini pergi pasti ada yang akan minta izin untuk bergambar dengan Sophea.
Walaupun masih kecil, tetapi Safuraa cuba memberi didikan terbaik untuk anaknya ini. Setakat ini dia dan suami mengajar Sophea dalam pelbagai bahasa.
“Kami cuba bercakap beberapa bahasa padanya dan lihat adakah dia faham apa yang kami cakapkan. Buat masa sekarang, penggunaan bahasa komunikasi adalah Inggeris, Melayu dan Lithuanian. Cuma bahasa Russia yang dia tak begitu faham lagi. Mungkin ambil masa sedikit.
“Selain itu saya juga tidak lupa menerapkan ilmu agama kepada Sopeha. Saya ajar Sophea mengaji dan membaca dengan pendekatan sedikit berbeza. Saya akan bagi Sophea lihat vido untuk dia lebih mengenali huruf dalam Iqra’.
“Pernah saya bagi kitab Iqra’ tetapi dia koyak. Saya juga juga akan bacakan dia buku setiap hari dan monitor perkembangannya,” jelas Safuraaa lagi. Menurut wanita kelahiran Terengganu ini, dia dan suami tidak menolak jika dikurniakan anak lagi dalam masa terdekat.
“Kami tak merancang untuk mendapat anak lagi dan serahkan semuanya pada Allah. Kalau ada rezeki kami terima. Lagipun tiada masalah kerana saya sendiri tidak bekerja dan sekarang ini hanya tumpukan perhatian pada Sophea.
“Alhamdulillah walaupun suami, Asad sibuk bekerja tetapi dia cukup rapat dengan Sophea. Walaupun sekarang kami tinggal berjauhan (kerana urusan kerja), tetapi Asad sering telefon atau membuat video call dan facetime dengan Sopeha.
“Biasanya jika Asad berada di samping Sophea, mereka akan bercakap-cakap dalam bahasa yang mereka fahami. Asad lebih senang membiarkan anaknya meneroka apa yang dia nak buat tetapi masih dalam kawalannya.
“Jika nampak sesuatu yang membahayakan baru akan tegaskan perkara itu tidak elok untuk dilakukan. Apa yang saya perasan, Sophea cepat sensitif dengan ayahnya dan buat muka sedih jika kena marah,”ceritanya lagi yang memberitahu mungkin akan pulang ke Malaysia untuk seketika.
Oleh kerana Sopeha masih kecil, dia tidak nampak ada keistimewaan dan keunikan lain dalam diri anaknya ini. Apa yang penting anaknya itu sihat dan dia dalam jagaan Allah SWT. Ia sudah memadai baginya.
8 Perkara Menarik Tentang Sophea:
1. Lahir hasil percintaan penuh ukhwah dari benua berbeza. Ibunya orang Terengganu dan ayahnya pula berdarah Russia.
2. Mempunyai seekor kucing bernama Bitty dan jadi teman bercakap selain ibunya.
3. Rapat dengan ayahnya & seorang yang cepat sensitif.
4. Gemar sekali makan pomegranate atau delima.
5. Sifat Sophea gemar kumpul dulu makanannya dalam mulut biar penuh kemudian baru kunya dan telan.
6. Mempunyai follower 176K di laman sosial instagram.
7. Menjadi duta untuk satu produk tempatan.
8. Menjadi kesayangan datuk dan neneknya di sana.
Lagi foto menarik Dhuha Sophea
KREDITT FOTO: INSTAGRAM SITI SAFURAA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI