Pejam celik sahaja tak sangka kini kita telah pun masuk bulan Rabi’ulawal pada rabu lepas. Hari ini pula sudah menandakan 6 Rabi’ulawal, alhamdulillah, syukur kita berkesempatan untuk hidup sehingga ke hari ini.
Jadi setiap bula Islam mempunyai kisah-kisah dan juga tercatanya sejarah yang berlaku pada zaman Rasulullah dan para nabi. Bagaimana pula dengan bulan Rabi’ulawal? Ayuh kita lihat bersama.
Bagi siapa-siapa yang tahu, bulan Rabi’ulawal merupakan bulan kelahiran buat baginda Rasulullah SAW yang telah turun untuk memberikan rahmat buat kita umat Islam di dunia. Baginda juga telah menandakan penamat kelahiran para anbia dan rasul.
Tetapi dalam pada masa yang sama, bulan Rabi’ulawal juga merupakan penyaksian pelbagai peristiwa lain yang berkait tentang kehidupan dan pengajaran buat umat Islam. Di fahamkan juga, bulan Rabi’ulawal menjadi tanda permulaan musim bunga dan musim buah bagi tanaman.
Mengikuti perkongsian dari TZKRH.com
, terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam peredaran sejarah umat Islam terdahulu. Jadi apakah ia dan apa yang sudah berlaku sewaktu ketika dahulu? Ini adalah antaranya:Pada 2, 3, dan 4 Rabi’ulawal telah menjadi tarikh di mana Rasulullah SAW bersembunyi di Gua Hira’. Baginda juga telah melakukan penghijrahan buat pertama kali dari Mekah ke Madinah atau terdahulunya ia di kenali dengan nama ‘Yastrib’.
Ketibaan bagina di Quba’ pada 8 Rabi’ulawal, merupakan hari isnin yang menjadi hari penyaksian baginda membina Masjid Quba’ iaitu masjid pertama yang terbina dalam sejarah Islam. Berikutan pada 12 Rabi’ulawal bersamaan hari Jumaat, Baginda tiba di kota Madinah dan telah melaksanankan solat Jumaat yang pertama di situ.
Pada tanggal 1 Rabi’ulawal, Nabi Muhammad SAW telah mendapat gelaran Rasul. Pada ketika itu pula Baginda berumur 40 tahun dan perjalanan dakwah baginda bermula di Mekah al Mukarramah secara rasmi.
Sewaktu kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat telah bermusyawarah untuk melantik pemimpin baharu sebagai pengganti baginda, lalu mereka mengambil keputusan untuk memilih Abu Bakar as-Siddiq sebagai pemimpin seterusnya. Oleh itu, dengan segera mereka memba’iah Saidina Abu Bakar pada waktu itu bertempat di Dewan Bani Sa’diah. Manakalah bagi sahabat yang lai pula, mereka menguruskan urusan pengebumian Baginda SAW yang di ketuai oleh Saidina Ali R.A.
Pada tanggal 10 Rabi’ulawal pula menjadi sejarah yang mencatatkan tarikh penting buat Baginda Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah telah mengambil keputusan untuk mengahwini Siti Khadijah Binti Khuwailid sebagai isteri pertama dalam sejarah hidup baginda.
Artikel berkaitan: Wajib Kita Mempertahankan Rasulullah SAW, Berat Hukuman & Balasan Bagi Mereka Yang Menghina Baginda
Khalid bin al Walid R.A yang merupakan panglima Islam ketika itu bersama bala tenteranya berjaya menakluk Iraq. Pada saat itu lah permulaan pemerintahan Islam bermula sewaktu zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
Setiba tahun 583H bulan Rabi’ulawal, pemimpin tentera Islam yang bernama Salahuddin al-Ayubi telah berjaya membuka kota Baitulmaqdis. Ketika itu pula, Beliau bersama pasukannya berjaya menumpaskan tentera Salib di mana telah memberi ruang bagi peluang kepada penaklukan Baitulmaqdis.
Terdapat beberapa peperangan yang berlaku dalam bulan Rabi’ulawal di mana rata-ratanya telah membantu dalam perkembangan penyebaran agama Islam dan juga pembangunan pemimpin Islam. Antara peperangan yang berlaku dalam bulan Rabi’ulawal adalah seperti:
Tahun 897H bulan Rabi’ulawal telah menjadi tahun yang mencatatkan kejatuhan tentera Islam di Andalusia yang telah di serang oleh tentera Sepanyol di ketuai oleh Ferdinando dan Ratu Isabella. Saat itu, seluruh tempat awrisan yang menjadi permulaan sejarah umat Islam telah hancur di musnahkan termasuklah masijd yang di tukarkan menjadi gereja. Bahkan, tiada lagi laungan azan di dengari pada negara tersebut.
Itu bukan sahaja sejarah yang tercatat di bulan Rabi’ulawal, terdapat banyak lagi yang telah terjadi yang menjadi sebahagian besar pembentukkan agama Islam sehingga kini. Apa yang telah berlaku kita perlu jadikan pengajaran supaya mengingati pengorbanan Baginda SAW serta para pemimpin Islam yang terdahulu.
Sumber info dan gambar: TZKRH.com dan Canva
Artikel berkaitan: Peluang Menjadi Orang Yang Paling ‘Dekat’ Dengan Rasulullah Pada Hari Kiamat, Banyakkan Berselawat
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.