Sedang rancak mencorak kerjaya, juara sulung rancangan Ratu Hijabista iaitu Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman,21, atau lebih dikenali sebagai Qila berkongsi berita gembira mengenai perkembangan dirinya apabila terpilih menjadi hos Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) di platform digital yang akan berlangsung pada 20 Disember ini.
Ujar gadis yang berasal dari Kelantan ini, semestinya dia sangat teruja dengan peluang yang ditawarkan dan akan memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.
Memang sangat teruja sebab AME seperti yang kita tahu ‘brand’ yang sangat besar di Malaysia ini. Jadi sebab itu bila Qila dapat tawaran ini terus terima sebab ia satu peluang yang sangat bagus untuk Qila kembangkan lagi bakat, besarkan nama Qila lagi dalam industri.
InsyaAllah, mungkin orang boleh nampak Qila mengacara dan sebagainya dan dari situ juga mungkin boleh mendapat peluang berlakon di Astro ataupun mana-mana stesen televisyen.
Persiapan ‘of course’ orang kata Qila banyak mengasah bakat, banyak bertanya dan buat ‘research’ sebab Qila ‘interview’ artis-artis yang mempunyai nama yang besar dalam industri jadi sebab itulah kita perlu ‘study’ dan tahu etika mengenainya dalam bidang pengacaraan.
IKLAN
Qila banyak belajar dan menimba ilmu bersama rakan-rakan penyampai yang sudah pun mempunyai pengalaman dalam bidang ini dan perkara itulah yang Qila terapkan dan cuba sampaikan kepada penonton, InsyaAllah.
IKLAN
Selain itu, Qila juga bakal mengembangkan sayapnya dalam bidang lakonan selepas ini apabila mendapat tawaran daripada beberapa pihak produksi terkemuka negara.
Sangat bersyukur dengan rezeki yang hadir, Qila berharap dia dapat waktu dengan sebaiknya di antara pengajian dan juga kerjaya.
InsyaAllah akan menceburi bidang lakonan selepas ini sebab telah ditawarkan peluang oleh beberapa produksi drama. InsyaAllah, doakan. Masih dalam perancangan tapi doakanlah segalanya dipermudahkan.
Semoga banyak lagi tawaran-tawaran di masa hadapan dan semoga urusan pengajian dan kerjaya Qila dapat diseimbangkan dengan sebaiknya. Itu yang paling penting. Perlahan-lahan orang kata melebar sayap dalam bidang pengacaraan dan juga bidang lakonan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, aktres cantik dari Indonesia, Tya Ariffin yang juga menantu tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza sering memuat naik fotonya mengenakan hijab di laman instagramnya.
Beberapa hari lalu, Tya memuat naik gambarnya bertudung apabila menghadiri majlis perkahwinan bersama suami tercinta iaitu Asyraf Khalid.
Tya yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata ini turut memakai tudung sewaktu melawat adik iparnya, Aazief Khalid yang dimasukkan ke wad hospital.
Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada Tya, para peminatnya tidak henti-henti memberi pujian dan sokongan di ruang komen kerana begitu gembira melihatnya berhijab dan berharap agar dirinya dapat terus kekal istiqomah.
Pelakon ternama dari seberang iaitu Laudya Cynthia Bella juga turut terharu melihat imej terbaharu Tya itu dan mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya itu.
Selebriti tersohor iaitu Neelofa terus membanggakan negara Malaysia dan menjadi inspirasi buat semua terutamanya kaum wanita apabila dia telah menerima sebuah anugerah bertaraf antarabangsa di Monte Carlo, Monaco iaitu Influencers Award Monaco.
Telah dicalonkan sejak Jun yang lalu, anugerah anjuran keluarga diraja Monaco itu dianggap peluang terbesar Neelofa bagi mengukuhkan empayarnya.
Menulis di laman Instagramnya, Neelofa merakamkan ucapan penghargaan buat mereka yang setia menyokongnya tanpa jemu.
Terima kasih sekali lagi untuk pencalonan dan anugerah ini, @influencerawardsmonaco. Ini juga adalah untuk anda semua yang telah menyokong dan memberi inspirasi buat gadis ini sejak dari dahulu lagi. Semestinya ia merupakan antara momen paling penting dalam tahun 2019 ini.
Ribuan pengikutnya mengucapkan tahniah buat dirinya di atas kejayaan yang diraih. Hebat sungguh Neelofa!
Melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan pengalaman berbeza buat setiap individu. Ada yang merasa tertekan namun ada juga yang merasa nikmat dan ketenangan yang tidak pernah diperoleh sebelum ini.
Di ruangan instastory, Hanis Zalikha bertanyakan soalan pada pengikut instagramnya mengenai hikmah yang mereka temui sepanjang PKP ini. Rata-ratanya memaklumkan bahawa PKP telah mengeratkan hubungan kekeluargaan mereka secara tersiratnya.
Mendekatkan hubungan dengan Tuhan…
Kini masa bersama suami dapat dieratkan.
Bersyukurlah dengan setiap ketentuan daripada Tuhan itu kerana pasti tersembunyi hikmah di dalamnya. InsyaAllah, moga kehidupan kita semua akan bertambah baik selepas ini. Amin.