Debaran peserta pentas akhir Ratu Hijabista sampai ke kemuncaknya dengan menyaksikan Qila atau nama penuhnya, Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman, 21, dinobatkan sebagai Juara Ratu Hijabista 2020.
Mahkota kemenangan disampaikan sendiri oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap, secara langsung di saluran Astro Prima saluran 105/125 dan Astro Go. Selain Puan Sri Normala, Pengarah terkenal, Michael Ang turut diundang sebagai juri jemputan untuk acara Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020.
Selain gelaran juara Ratu Hijabista 2020, Qila juga menerima wang tunai sebanyak RM10,000, tiara, trofi dan selempang selaku pemenang.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Tina Aziz atau nama sebenarnya Qistina Sofia Abdul Aziz, 24, yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000, trofi dan selempang.
Ads
Sementara itu, kategori Ratu Inspirasi Safi Hijabista pula jatuh kepada Nurfiyanti Afrina Roslan, 23 yang lebih mesra dengan sapaan Fiffy Afrina membawa pulang RM3000, trofi dan selempang.
Ads
Manakala gelaran Ratu Favourite pula dimenangi oleh Mellya, pemilik nama penuh Shamellya Norazizi, 23 yang menerima wang tunai bernilai RM1000, trofi dan selempang.
Kemeriahan Finale Ratu Hijabista diserikan dengan persembahan istimewa Khai Bahar dan Siti Nordiana serta persembahan penuh tenaga oleh Faizal Tahir bagi menghangatkan lagi pentas akhir Ratu Hijabista 2020.
Ads
Penganjuran ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang
hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku rakan Radio.
Walaupun acara pentas akhir Ratu Hijabista dilangsungkan dengan kawalan ketat mengikut Piawaian Prosedur Operasi (SOP), namun ia tetap berlangsung dengan meriah.
Program realiti Ratu Hijabista mula bersiaran pada 12 Ogos 2020 jam 9 malam di saluran Astro Prima. Ditayangkan selama sejam setiap minggu pada setiap hari Rabu, Ratu Hijabista bersiaran selama lapan episod.
Untuk info, pencarian Ratu Hijabista yang diadakan buat julung kali ini membuka peluang kepada semua wanita berhijab tanpa mengira status untuk mencuba nasib dan sekaligus mempertaruhkan bakat, rupa serta personaliti menarik untuk dinobatkan sebagai juara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kejutan baharu sahaja tercipta di Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 apabila dua orang peserta iaitu Mellya dan Fiffy Afrina tersingkir selepas tugasan pertama.
Pada pusingan tersebut, keempat-empat peserta diminta melakukan Public Service Announcement (PSA) mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan tajuk yang diberi.
Fiffy membawakan isu ‘anti-vaksin’, Qila dengan topik ‘Mayer-Rokintansky-Kuster-Hauser’, Mellya dengan tajuk ‘body shamming’ manakala Tina pula mengetengahkan isu ‘Faraid- Hak Kepada Yang Berhak’.
Dengan penyingkiran dua orang peserta ini, maka tinggallah dua orang peserta sahaja yang akan berjuang bagi merebut gelaran Ratu Hijabista iaitu Tina dan Qila.
Siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara pada malam ini? Sama-samalah kita saksikannya hingga ke akhir rancangan nanti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bahang semakin terasa. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Ratu Hijabista 2020. Semuanya bakal terjawab apabila empat orang Ratu bakal berentap di pentas akhir Ratu Hijabista 2020.
Empat orang peserta yang berentap di pentas akhir malam ini adalah Mellya Azizi, Tina Aziz, Qila Shahirah dan Fiffy Afrina.
Untuk rekod, pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ ini adalah kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh menjadi contoh kepada segenap lapisan masyarakat.
Program pencarian ‘Ratu Hijabista’ ini bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam bermula 12 Ogos 2020.
Saksikan pentas akhir Ratu Hijabista 2020 di Astro Prima saluran 105/125 dan Astro Go jam 9.00 malam ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setelah tujuh minggu bersiaran, akhirnya detik penentuan untuk menobatkan juara sulung pencarian ‘Ratu Hijabista’sudahpun tiba.
Episod kemuncak pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ yang bertemakan ‘Exclusive Elegant’ ini disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) hari ini jam 9.00 malam. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, episod pusingan akhir ini juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.
Daripada 12 peserta yang bersaing merebut gelaran juara untuk penganjuran musim pertama pada kali ini, seramai empat finalis berjaya mara ke pusingan akhir. Peserta yang berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Ratu Hijabista ialah FIFFY AFRINA,23, MELLYA 23, TINA, 24, dan QILA, 21.
Pengarah Michael Ang galas tugas penjurian di samping Puan Sri Normala Samsudin, penyanyi Siti Nordiana, Faizal Tahir & Khai Bahar turut buat penampilan istimewa di malam kemuncak.
Sepanjang paparan tujuh episod yang disiarkan sebelum ini, pelbagai cabaran intensif diberikan kepada peserta.
Kemampuan para peserta turut diuji daripada segi tahap keyakinan diri, pengucapan awam, pengacaraan, ilmu perniagaan, peragaan serta teknik masakan.
Untuk pusingan kemuncak pada malam ini, penilaian akhir bergantung kepada persembahan tugasan individu yang akan diberikan kepada para finalis. Ketangkasan cara menjawab serta skil berkomunikasi mereka bakal diuji menerusi persembahan video pesanan khidmat masyarkat dan segmen soal jawab bersama barisan juri.
Selain gelaran juara, dua gelaran sampingan juga akan diberikan iaitu ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ dan ‘Ratu Favourite’. Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Naib juara pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang. Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula akan memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Manakala ‘Ratu Favourite’ pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Mengulas lanjut mengenai Pentas Akhir ‘Ratu Hijabista’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima amat berbesar hati dengan kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. sepanjang terjalinnya kolaborasi strategik untuk menganjurkan pertandingan pencarian bakat yang buat julung kali diadakan ini.
“Selaku penganjur bersama, kami gembira dengan sambutan positif sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kami juga cukup berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran musim ini. Disiplin diri dan kesungguhan mereka yang sanggup berkorban masa sepanjang tempoh penggambaran sekaligus meninggalkan rutin harian mereka demi memberikan yang terbaik juga wajar diberi pujian. Semoga perkongsian tips, ilmu, bimbingan, nasihat dan motivasi yang diberi menerusi program ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan motivasi yang boleh dipraktikkan bukan sahaja oleh para peserta tetapi juga para penonton di rumah. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada kesemua empat finalis kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Syabas dan semoga berjaya di episod kemuncak kelak.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Safi Hijabista yang hadir selaku Penaja Utama untuk program ini. Sokongan yang telah diberikan oleh kesemua pihak sepanjang penerbitan program ini amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masadepan.”
Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Hijabistajuga turut berpendapat, “Dengan adanya Ratu Hijabista, kita telah berjaya menyediakan satu platform khusus untuk golongan wanita berhijab mengekspresikan diri mereka.
Empat orang finalis yang berjaya sampai ke pentas akhir Ratu Hijabista malam ini telah membuktikan bahawa mereka bukanlah ada di sini sekadar penyeri sebaliknya mempunyai visi yang jelas mewakili diri mereka sebagai ikon kepada semua lapisan masyarakat di luar sana.
Masing-masing memiliki latar pendidikan dan personaliti yang cemerlang. Fiffy merupakan bakal doktor, Tina pula merupakan bakal peguam manakala Mellya merupakan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universiti selain aktif dalam dunia sukarelawan dan akhir sekali yang paling muda antara semua, Qila merupakan pelajar dalam jurusan penyiaran.
Siapa sahaja yang menang malam ini mempunyai tanggungjawab yang besar menggalas gelaran untuk dibawa sebagai satu batu loncatan dalam memajukan diri sendiri serta menginspirasikan orang lain.
Sebagai pengurus kepada jenama Hijabista semestinya saya sangat berbangga dengan penganjuran Ratu Hijabista ini dan semoga jenama ini akan memberikan inspirasi dan juga input yang baik kepada semua hijabi di luarsana,” katanya.
Tugas penjurian pusingan akhir akan digalas oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap di samping pengarah versatil, Michael Ang yang diberi mandat sebagai juri jemputan. Bagi memeriahkan lagi penganjuran musim ini, penyanyi terkenal Siti Nordiana, Faizal Tahir dan Khai Bahar turut diundang khas untuk membuat persembahan istimewa sebagai tarikan utama pada malamkemuncak.
Pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ juga dikemudikan oleh pasangan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim selaku hos utama musim ini.
Program ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Untuk makluman, rakaman program ‘Ratu Hijabista’ telah mula disiarkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 12 Ogos lalu.
Pencarian edisi sulung ini turut mendapat liputan menyeluruh dan terkini termasuklah aktiviti di sebalik tabir melalui laman digital serta sosial media Majalah Hijabista.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.