Qatar Cipta Sejarah, Solat Jumaat Dianjurkan Buat Kali Pertama Di Piala Dunia

Share

Piala Dunia FIFA 2022 memang terasa istimewa kerana buat pertama kalinya ia diadakan di negara Arab iaitu Qatar sebagai tuan rumah. Piala Dunia FIFA 2022 telah bermula pada hari Ahad, 20 November yang lalu dan akan berakhir pada 18 Disember 2022.

Menjadi kebiasaan setiap hari Jumaat, umat Islam akan mengerjakan solat Jumaat. Buat kali pertama dalam sejarah, ratusan peminat, pemain dan kakitangan yang terlibat dengan penganjuran Piala Dunia telah menunaikan Solat Jumaat di perkarangan Stadium Ahmed bin Ali Stadium dan Stadium Al-Thamma.

Foto yang tular melalui laman Twitter menunjukkan suasana solat Jumaat di luar Stadium Al-Thumama, lokasi perlawanan kedua Kumpulan A membabitkan Qatar dengan Senegal.

Hantaran yang dimuat naik tersebut secara tidak langsung mencuri tumpuan dunia dan ramai menyifatkan ia sebagai satu peristiwa bersejarah.

Difahamkan, disebabkan perlawanan berlangsung beberapa jam selepas itu, ratusan para penyokong mengambil peluang menunaikan solat Jumaat. Menerusi video ini, dapat dilihat umat Islam berkumpul di perkarangan luar stadium sambil menunggu masuknya waktu Solat Jumaat serta memenuhi ruang-ruang padang berdekatan stadium.

Artikel Berkaitan: Duta Piala Dunia 2022 Digelar Budak Ajaib Qatar, Latar Belakang Ghanim Al-Muftah Luar Biasa

Di tempat lain pula, khutbah Jumaat telah disampaikan dalam bahasa Inggeris di hadapan Stadium Ahmed Bin Ali, iaitu lokasi perlawanan antara Iran dan Wales.

Antara intipati khutbah Jumaat itu adalah tentang kebajikan wanita, menghormati ibu bapa serta memelihara hak pekerja.

“Saya telah datang ke negara Islam untuk menghadiri Solat Jumaat. Ini membuatkan saya sangat gembira semasa berada dalam perlawanan ini,” kata seorang peminat yang berasal daripada Maghribi melalui laman Twitter.

Untuk pengetahuan anda, Qatar mencipta sejarah menjadi negara Islam pertama yang diberikan hak untuk menganjurkan temasya teragung dunia bola sepak itu. Terdahulu, kejohanan tersebut dimulakan dengan ahli perniagaan termuda Qatar Ghanim Al Muftah membaca sepotong ayat al-Quran.

Artikel Berkaitan: Qatar Memperkenalkan Islam Kepada Seluruh Dunia, Pembukaan Rasmi FIFA 2022 Dengan Bacaan Surah Al-Hujurat.

Dalam pada itu, negara Islam tersebut turut mencuri perhatian dunia apabila memperkenalkan beberapa peraturan yang dianggap bertentangan dengan tradisi Piala Dunia, termasuk melakukan larangan penjualan minuman beralkohol di sekitar stadium.

Sumber: The Siasat Daily

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira