Sejak kebelakangan ini ramai hijabi lebih senang memilih kerjaya sebagai instafamous atau influencer. Membuat paid review dengan menggunakan medium laman sosial instagram, kebanyakan dari mereka berpeluang jana pendapatan cecah ribuan ringgit. Salah seorangnya adalah influencer yang viral kerana mempunyai wajah persamaan dengan penyanyi popular, Aiman Tino. Pyka Rahman yang berasal dari Temerloh Pahang ini baru berusia 19 tahun dan bekerja sepenuh masa sebagai influencer. Dia juga mengumpul follower di laman instagram 111K.
Menurut Pyka dia tidak menyangkan akan terbabit dalam kerjaya ini. Malah bersyukur kerana persamaan wajahnya dengan penyanyi remaja popular Aiman Tino membuka ruang dan peluang untuk kekal popular di alam maya.
“Hahahaha thank you Aiman! Kalau tak kerana muka dia, belum tentu Pyka jadi seperti hari ini. Sebenarnya tak sama pun, cuma ada beberapa gambar yang nampak sedikit sama. Tetapi tetap disebabkan viral, Pyka dapat naikkan nama Pyka di alam maya.
“Pyka start jadi influencer pada Mac 2017. Pada mulanya, saya terima klien untuk review product mereka di account instagram Pyka. Dari situ Pyka buat duit dengan ambil sedikit bayaran untuk setiap slot review yang klien mahukan.
“Semakin lama, semakin banyak permintaan. Dari review, Pyka mula hadir ke event beberapa jenama. Biasanya kalau untuk hadir event pun Pyka ambil bayaran. Ini kerana klien minta kita post di instagram. Sampai ke hari ni Pyka masih lagi review product dan juga hadir ke mana-mana event,” ujarnya membuka cerita permulaan bergelar influencer.
Tambahnya lagi, setelah hampir setahun dalam bidang ini Pyka mula terasa keseronokannya. Malah dia juga turut mendapat pendapatan dengan cara cukup mudah.
“Income yang kita dapat hanya dengan cara yang mudah. Misalnya jika satu event dalam RM300 hingga RM500. Kita cuma perlu hadir ke event dan ambil gambar. Dan kalau attend event tu adalah salah satu yang Pyka suka sebab dapat menambah kenalan baru.
“Sebulan Pyka melalui laman instagram, Pyka boleh dapat pendapatan sekitar RM3 ribu hingga ke RM6 ribu sebulan bergantung pada sesuatu musim. Lagi rajin kita buat review lagi tinggi hasil pendapatan kita,” jelas Pyka yang gemar membuat review produk klien skincare dan juga outfit.
Tambahnya dia tidak kisah berulang alik dari tempat tinggalnya di Temerloh ke Kuala Lumpur jika perlu menghadiri event daripada klien.
“Saya tak kisah berulang alik. Lagipun tak jauh dalam 3 jam sudah boleh sampai ke Kuala Lumpur. Biasanya saya akan tinggal dua tiga hari dan pergi untuk beberapa event. Saya suka pergi sebab boleh tambah kenalan.
“Pyka sebenarnya adalah full time influencer dan dalam masa sama part time study marketing. Jadi setiap kali tak ada event, Pyka akan join open marketing class yang ada. Untuk tambah ilmu marketing. Open marketing class pula cuma sehari dua sahaja dan tak menjejaskan waktu Pyka bekerja,” jelasnya yang turut mendapat sokongan ahli keluarga terhadap kerjayanya sekarang.
“Memandangkan background family Pyka juga dalam bisnes, jadi pada awalnya agak susah untuk mereka terima. Alhamdulillah sekarang, family sudah mula faham cara Pyka bekerja dan minat Pyka.
“Mereka bagi sokongan pada Pyka. Cuma Pyka akan beritahu setiap perkembangan Pyka kepada keluarga. Nasihat mereka asalkan pandai jaga diri sudah memadai,” cerita Pyka yang memberi tafsiran tersendiri maksud sebenar influencer itu.
Bagi Pyka influencer itu bermaksud sesuatu pengaruh yang menaikkan nama setiap brand yang bekerjasama dengan Pyka. Jika Pyka tidak mampu untuk naikkan nama dia orang, Pyka tak layak jadi seorang influencer.
“Memandangkan influencer ini hanyalah seorang social media celebrity, jadi pendapatan tidaklah setinggi golongan artis. Pendapatan yang tak menentu ini dan takut untuk upah orang lain bekerja dengan kita sebagai pembantu.
‘Jadi setiap kerja yang influencer dapat, kami kena aturnya sendiri. Mungkin disebabkan bahagian pengurusan itu kurang yang menjadikan influencer ini lambat dalam beberapa perkara,” jelasnya berkenaan soalan jika ada influencer yang bermasalah untuk dihubungi.
Menurutnya yang mempunyai follower lebih 100 ribu ini mengakui turut menerima kecaman daripada netizen. Walaupun masih muda, tetapi Pyka berjaya mengatasinya dengan cara tersendiri.
“Pyka cuma biarkan sahaja setiap kecaman dari netizen. Mungkin netizen yang suka mengecam ini sebab dia tak dapat apa yang kita dapat.
Artikel Berkaitan: Kenali 10 Instafamous Berhijab Paling Popular
“Susah kalau kita nak minta netizen faham kita, jadi Pyka rasa biar Pyka yang faham netizen ini. Makin kita layan, makin dia orang suka mengecam,” katanya yang mula berhijab sejak usianya 6 tahun. Ibunya yang dipanggil Ummi telah membelikan tudung sejak dia masih kecil dan alhamdulillah masih kekal berhijab hingga kini.
Menurut Pyka dia sebenarnya tidak ada stail tertentu untuk hijab. Ini kerana setiap kali memakai tudung mesti dengan gaya yang berbeza-beza.
“Jika tanya sama ada bawal atau shawl? Dua2 pun Pyka suka. Sebab Pyka tak suka kekal dalam satu gaya sahaja. Untuk idola dalam berfesyen, Pyka jadikan Neelofa sebagai idola dan kalau di luar negara pula, Pyka jadikan Noor Tagouri sebagai idola,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua followernya yang sentiasa melihat kehidupan dia di instagram.
“Terima kasih atas komen positif yang dilemparkan. Pyka harap anda semua akan kekal dengan Pyka sampai bila-bila.
“Dan terakhir terima kasih untuk ummi. Ummi yang paling faham setiap minat Pyka hari ini dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk Pyka ILOVEYOUMOM,” tambah Pyka sebelum mengakhiri perbualan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM PYKA RAHMAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI