Putri Ariani, penyanyi muda cacat penglihatan dari Indonesia yang mencipta fenomena tersendiri dalam pertandingan realiti America’s Got Talent (AGT), tidak pernah menyangka impiannya untuk menjadi penyanyi di Amerika Syarikat menjadi kenyataan.
Putri, atau nama sebenarnya, Ariani Nisma Putri, 17 tahun, melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada ketua hakim Simon Cowell, yang mengiktiraf bakat nyanyiannya dan membenarkannya beralih ke peringkat seterusnya persembahan.
Artikel Berkaitan : Hilang Ayah Sebulan Sebelum Menduduki SPM, Hijabi Ini Buktikan ‘Dugaan Berat’, Bukan Penghalang Gapai Kecemerlangan!
“Terima kasih kerana membuatkan impian saya menjadi nyata. Tidak tahu bagaimana nak ungkapkan semua ini, tetapi apa yang berlaku benar-benar suatu magis,” katanya menerusi ruangan komen akaun Instagram AGT.
— America’s Got Talent (@AGT) June 6, 2023
Terpesona dengan suara Putri yang merdu, Simon turut meminta remaja berusia 17 tahun itu menyanyikan lagu kedua, menyanyikan lagu hit Elton John “Maaf nampaknya perkataan paling sukar”.
Selepas dua persembahan, Putri telah dianugerahkan Buzzer Emas oleh Simon.
“Impian saya adalah menjadi diva terbesar di dunia seperti Whitney Houston dan memenangi Grammy Award,” katanya.
Usai mendendangkan lagu tersebut, Putri diminta menyanyikan lagu kedua dendangan Elton John, Sorry Seems To Be The Hardest Word.
Beliau kemudian menerima tepukan gemuruh daripada juri dan penonton.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Miming Dan Menari Lagu Hindustan, Kecantikan Wawa Zainal Dipuji Persis Wanita Turki
Isi Kandungan
TogglePelakon yang cantik jelita, Wawa Zainal sentiasa mencuri tumpuan peminatnya dengan gayanya yang comel. Bak kata orang, pakai apa pun tetap cun sis!
Baru-baru ini, isteri kepada Aeril Zafrel telah memuat naik videonya miming dan menari lagu hindustan di Turki. Wawa yang sememangnya sedia maklum oleh semua merupakan peminat setia lagu hindustan menerima ribuan pujian daripada netizen.
Cantik macam bidadari!
View this post on Instagrammisi mencari #madumadeinturkey di teruskan
A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on
Wawa nampak seperti orang Turki pula apabila bergambar bersama rakyat di sana.
View this post on Instagramishhh lawa nak mati org2 turki ni? #madumadeinturkey
A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on
Sama cantik sama padan pasangan ini.
View this post on Instagramcuba bagi ♥️ nak tgk brp rmi org malaysia tak tido lgi ni? bawal @galerihajra ? @kakifoto_
A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on
kredit : instagram Wawa Zainal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Gaya Fesyen Hijabi Ala Model Indonesia Vira Tandia
Isi Kandungan
ToggleGaya fesyen para hijabi kini penuh dengan perincian dan ‘mood’ tersendiri. Ramai yang anggap hijabi hanya bergaya ala feminin sahaja, tidak sama sekali!
Artikel berkaitan: Celana Pilihan Hijabi Lebih Lapang Dan Mudah, Padankan ‘Flared Jeans’ Dengan Jenis Kasut Yang Lebih Onz
Bermain dengan warna dan gaya sofistikated!
Sudah tentu ramai yang ingin juga mencuba gaya lain dari yang lain. Mungkin ada yang sudah bosan untuk menggayakan stail yang lebih kurang sama sahaja setiap hari.
Kini, kami temui seorang selebriti fesyen hijabi dari Indonesia, Vira Tandia, 29, yang banyak menjadi perhatian para hijabi di sana. Dia juga merupakan model yang cukup terkenal.
Apabila melihat gayanya yang sering dikongsikan di akaun Instagram miliknya, memang tidak dinafikan fesyen cukup versatil kena pada dirinya. Jadi ayuh kita tinjau gaya fesyen Vira Tandia yang boleh jadi inspirasi anda!
#1 Padanan bersama jaket!
Vira sering menggayakan dirinya bersama jaket ataupun blazer yang memberikannya aura profesional serta bergaya. Padanan warna rona yang monotone juga tidak menampakkan gayanya itu terlalu menonjol namun tetap menjadi satu fashion statement!
#2 Tidak takut dengan corak
Pilihan corak juga menjadi pilihan dan model ini tidak takut untuk menggayakannnya. Bukan sahaja tertumpu kepada corak, padanan warna hijab, inner, beg tangan, dan aksesori yang lain juga amat penting sepertimana Vira hanya menggunakan aksesori minimalis.
#3 Gaya simple dan sedikit maskulin
Ha? Maskulin? Bukan berpakaian seperti lelaki malah Vira sering memberikan sedikit gaya maskulin seperti memakai tie atau jaket kulit. Namun, dia memadankan lagi gayanya itu dengan kasut tumit tinggi yang berwarna ‘monotone‘ sebagai pemanis.
Artikel berkaitan: Nampak ‘Bosan’, Tapi Inilah Warna Fesyen. Beg Tangan Yang Berbaloi Ada Dalam Koleksi
Tidak mudah untuk memadankan stail baju bersama aksesori yang pelbagai. Jadi bagi mereka yang ingin tampil simple tetapi lebih stylish, anda boleh ikuti gaya Vira Tandia ini. Ingat, fesyen kena juga patuh syariah compliance!
Sumber: Instagram Viratandia
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Gadis Kongsi Tips Dan ‘Itinerary’ Jika Mahu Bercuti Ke Jogjakarta Selama 7 Hari 6 Malam
Bercuti bersama rakan-rakan memang sangat menyeronokkan apatah lagi jika berpeluang ke luar negara. Orang kata, waktu bercutilah kita dapat mengenal siapa diri rakan kita yang sebenarnya.
Kadang-kadang kita mesti keliru macam mana nak uruskan percutian bersama kerana terlalu banyak benda yang perlu difikirkan. Kini tidak lagi! Mari ikuti perkongsian Siti Nur Atiqah ini di mana 7 orang gadis yang juga sahabat karib bercuti ke Jogjakarta.
TIPS BESERTA ITINERARY 7 GADIS KE JOGJAKARTA (7D6N)
PERINGATAN: INI BUKAN TRIP BACKPACK MAHUPUN TRIP PALING MURAH. INI HANYALAH TRIP SANTAI BERSAMA TEMAN-TEMAN. Hahaha
——————
TIPS & INFO:
1. Masa/waktu di Jogja adalah 1 jam lewat dari Malaysia.
2. Jangan sesekali sewa kereta dan drive di Jogja. Better hire supir ja sebab cara orang sana drive sangat menyeramkan dan jalan kat sana sangat bahaya dan mengelirukan.
3. Satu attraction ke attraction yang lain agak jauh (1-2 jam), jadi prepare lah snacks untuk makan dalam kereta/van ataupun microfone untuk menyanyi menghiburkan suasana
4. Hati-hati masa nak beli simcard. Kalau boleh beli dekat kedai Telekomunikasi yang memang jual simcard semata-mata, bukan dekat kedai runcit sebab dorang markup double triple. Simcard terbaik adalah dari jenama SimPATI. Google dulu harga pakej simcard tu dekat website so that korang tahu korang tak kena tipu.
5. Kebanyakan attractions/tempat yang dilawati memerlukan kita untuk mendaki. Jadi kalau nak selesa, pakai kasut yang sedap. Sandals pun boleh tapi make sure yang tak sakit kaki. Nak selamat pakai ja sneakers or sport shoes.
6. Ayam penyet kat Jogja the best! Tapi pedas dia Astaghfirullah menusuk yang amat boleh menangis kalah putus cinta
7. JANGAN pakai sandals di Pantai Timang sebab jalannya berbatu.
8. Pantai Timang was majestic! Pemandangan dia Subhanallah cantik gilaaa! It’s the highlight of our Jogja trip.
9. Harga naik gondola pergi & balik – Rp200,000. Perjalanan menyeberangi dua pantai tu tak sampai satu minit pun tapi memang berbaloi sangat sebab akan ada orang yang ikut kita dan tolong ambil gambar kita. Dia siap bawak ke setiap pelusuk pantai tu untuk ambik gambar yang cantik-cantik
10. Kalau taknak naik gondola, boleh jalan merentasi jambatan ja. Harganya Rp100,000. Bagi yang gayat tu, all the best
11. Nak ke Pantai Timang tu kena naik jeep. Jalan dia subhanallah, mencabar ya walaupun sebagai penumpang.
12. Wajib makan di Kedai Lobster Pak Sis, Pantai Timang. Sedap, puas & affordable.
13. Student price untuk Prambanan Temple – Rp217,500. Borobudur Temple pun sama harga. Jangan lupa bawak student card! Untuk normal adult price, lebih kurang Rp365,000 per temple. Untung jadi student ni
14. Boleh beli tiket combo Prambanan & Borobudur. Tapi admission hanya valid 2 hari. Contohnya harini pergi Prambanan, esok pergi Borobudur. Kalau nak pergi Borobudur pada hari selepasnya, tak boleh beli tiket combo. Kena beli satu-satu. Harga tiket combo tu lebih kurang Rp400,000. Jimat la kalau beli combo tiket.
15. Souvenirs (tshirt, kemeja, fridge magnet etc) di Prambanan Temple jauh lebih murah berbanding di Malioboro & boleh tawar-menawar lagi. Barang di Malioboro mahal sbb tempat tourists & kalau kita acah-acah nak balik dari kedai tu bila dia tak bagi murah, dorang takkan panggil balik. Kalau di Prambanan dia akan kejar kita hahaha.
16. Rattan bags yang tengah hit sekarang tu ada jual di Malioboro, ranges from Rp150,000 to Rp200,000 (RM40-55).
17. Bonus bagi yang boleh cakap Jawa sbb boleh dapat discount! Fasih cakap Indo pun dah cukup buat tawar-menawar.
18. Perkhidmatan teksi di Jogja: Grab, SayTaxi, Go-JEK.
19. Semasa waterafting di Goa Pindul, pakai sandal getah yg macam crocs tu.
20. Kalau nak tengok Mount Merapi, kena keluar awal pagi. Tapi depends pada cuaca jugak. Kami tak dapat tengok sebab cuaca mendung tapi tak hujan pun. Masa dalam flight pun dah boleh nampak banyak gunung merapi
21. Untuk coffee lover, boleh pi Kopi Luwak dan Klinik Kopi (yang dalam AADC). Saya bukan coffee lover, so tak tau nak rate berapa kopi dia. Kawan2 kata sedap ja haha.
22. Orang Jogja semua baik-baik belaka dan peramah. Indonesia ni memang penuh dengan pickup lines
23. Kami book supir dari Pak Heru. Alhamdulillah supir kami Mas Anton memang the best sangat memahami yang kami ni bising dan banyak songeh hahaha ampun mas kita semua tu kayak anak kecil
24. Villa kami agak jauh dari bandar sbb kami memang nak stay di villa & semua villa terletak jauh dari bandar. Kalau nak senang jalan or travel tak ramai, book ja hotel sekitar bandar Jogja. Lepastu kalau nak diskaun boleh guna promo kod ni:
25. Nanti dekat caption gambar saya tulis further tips and info yaaa, zasss!
—————
FLIGHT: KUL-JOG-KUL
Kami beli tiket flight AirAsia semasa BIG Sale – RM275 seorang. Dengar cerita boleh dapat lagi murah kalau pandai pilih tarikh. Kami beli awal bulan Februari 2018 dan fly pada hujung August 2018.
—————
ITINERARY
DAY 1
➡ Pickup di airport pukul 6:00 petang. Waktu di Jogja adalah 1 jam lambat dari Malaysia. So masa kami sampai tu dah almost maghrib.
➡ Kami dinner di Restoran Sambal SS. Ayam penyet dan sambal dia terbaik. Terangkat habis!
➡ Check in villa di Kaliurang.
DAY 2
➡ Bukit Pengger – banyak spot cantik2 untuk bergambar, semuanya dekat2.
➡ Puncak Becici
➡ Hutan Pinus
➡ Rumah Hobbit
➡ Jarang Tembelan
➡ Pintu Langit
DAY 3
➡ Taman Sari – kat sini nanti akan ada orang offer untuk guide sekitar Taman Sari dan ambilkan kita gambar. Bayaran seikhlas hati. Dia akan cerita sejarah-sejarah di Taman Sari.
➡ Prambanan Temple
➡ Tebing Breksi – sangat cantik masa sunset!
➡ Filosofi Kopi – dinner
DAY 4
➡ Warung Kopi – breakfast
➡ Pantai Timang – kami habiskan almost 4 jam kat sini
➡ Goa Pindul – cave waterafting
DAY 5
➡ Mount Merapi
➡ Borobudur Temple
➡ Gereja Ayam AADC
DAY 6
➡ Kalibiru
➡ Malioboro Street – shopping
➡ Kopi Luwak
➡ Gelato
➡ Klinik Kopi
DAY 7
➡ Malioboro Street – sebab tak puas shopping semalam haha
➡ Airport drop off
————
TEMPAT MAKAN BEST JOGJA:
1. Restoran Sambal SS
2. Kedai Lobster Pak Sis, Pantai Timang
3. Haniki Gorpis – pisang goreng
4. Filosofi Kopi – suasana malam sangat dan makanan sedap
5. Penyetan Surabaya
6. Tempo Gelato
7. Klinik Kopi – AADC
8. Sate Klatak Pak Bari
9. Warung Kopi Klotok – es jeruk, nasi megono & pisang goreng sedap!
Ada banyak lagi yang orang recommend tapi kami tak sempat pi. Google2 la okay hehe.
—————
TOTAL COSTS PER PERSON
?AirAsia return flight RM275 + RM75 luggage (Kami share beli luggage, sorang dapat 12.5kg pergi & balik)
? Supir & entrance fees: Rp1,300,000 (RM365) for 7 days
? The Cabin Villa, Kaliurang: RM220
?Entrance fee Borobudur: Rp217,500 (RM60)
? Entrance fee Prambanan: Rp217,500 (RM60)
? Gondola Pantai Timang: Rp200,000 (RM55)
= RM1,110 per person excluding makan, minum & shopping
Wah, murahnya! Kalau nak lagi murah, boleh guna kod promo ini untuk tempah hotel
——————
Nota kaki:
Bayaran supir Pak Heru telah termasuk:
? Bayaran pemandu van, minyak dan parking
? Tiket masuk ke semua tempat kecuali Prambanan & Borobudur
? Jeep ke Pantai Timang
? Jeep ke Mount Merapi
? Alatan dan pemandu Goa Pindul
? Gambar DSLR di Kalibiru
Boleh pm Pak Heru (saya dah tag dalam post ni) atau whatsapp beliau +62 853 85611063 untuk booking. Untuk dapatkan diskaun, sebut kata laluan “Siti and the geng memang kerennnn”
Kalau ada nak tanya apa2, pm Siti. InshaaAllah Siti reply. Thank you for reading! Konklusinya, 10/10 for Jogja! ♥
#jogjatrip #jogjaistimewa #yogyakarta #worththewait
Kreditt: Siti Nur Atiqah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI