Nama Ariani Nisma Putri atau Putri Ariani pernah menjadi fenomena apabila tular klip video memaparkan dirinya, seorang gadis istimewa berasal dari Indonesia yang berjaya memberikan persembahan memukau dalam siri realiti televisyen America’s Got Talent (AGT).
Putri Ariani berjaya membuktikan kelainan upaya yang dimiliki bukanlah halangan untuk dirinya menempa kejayaan di persada antarabangsa.
Nama-nama besar seperti David Foster, Ronan Keating, Peabo Bryson dan Leona Lewis pernah berkolaborasi dengan gadis berusia 18 tahun ini.
Terbaharu, Putri Ariani mengumumkan dia bakal mengeluarkan video persembahannya bersama pemuzik kelahiran United Kingdom, Alan Walker dan penyanyi Peder Elias.
Menerusi muat naik di Instagramnya, Putri Ariani telah menyiar semula posting Alan Walker yang memaparkan foto dirinya bersama dua pemuzik terkenal itu.
Dalam muat naik itu, memaparkan mereka bertiga sedang berdiri di puncak sebuah gunung bersalji yang tidak diketahui lokasi sebenar.
Turut kelihatan beberapa orang pemuzik yang sedang bermain biola dan contrabass.
Untuk info, Puteri Ariani bertemu dan mengenali Alan Walker ketika mereka berdua berada di pentas yang sama di Anugerah TikTok pada Oktober 2023.
Kredit Foto: Instagram Puri Ariani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Tahun Kenal Tapi Langsung Tak Pernah Bertegur, Tak Sangka Rupanya Jodoh Dah Lama Ada Depan Mata. Akhirnya Selamat Disatukan!
Isi Kandungan
ToggleJodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang. Selebihnya terserah pada Allah.
Berbicara soal jodoh, ia memang tidak dapat dijangka. Rupa-rupanya tanpa disedari, orang yang ada di depan mata kita sebenarnya merupakan jodoh kita. Sebab itulah orang-orang tua selalu berkata, jangan gaduh-gaduh sangat, takut lama-lama nanti terjatuh hati. Bila difikirkan, betul juga kan kata-kata mereka.
Hijabista mahu kongsikan satu kisah tentang jodoh yang tidak disangka-sangka. Mereka telah kenal selama 7 tahun tetapi tidak pernah bercakap langsung. Tetapi kini, mereka telah sah menjadi suami isteri. Memang tak sangka kan? Ikuti perkongsian Amir Rahim tentang kisah percintaan mereka hingga membawa ke jinjang pelamin.
Kisah “Kalau Jodoh Takkan Ke Mana” as a good example for all of us kenal for 7 years, tak pernah bercakap even sepatah, but now we are husband and wife
Kitaorang kenal since 2008, dia best friend cousin rapat aku. Banyak kali berjumpa tapi tak pernah bertegur even sepatah. Masing-masing dengan life sendiri, ber-pakwe makwe, study semua, tapi tiada yang kekal.
Mula Add Dalam FB
Sampailah satu hari, 19 November 2016, bertemu dan bersua muka di Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Lain mcm tengok dia, lagi-lagi bila dah bertudung.
Berjumpa time majlis pernikahan cousin rapat yang aku cerita tadi. Ngam-ngam pula sedondon merah dia ajak bergambar saja-saja, segan sebenarnya tapi ikutkan jela.
Malam tu dia post kat FB dia, tak friend pun. Tapi dia friend dengan kembar aku, Kantoi, terus add dia and tegur dia even berdebar.
Beranikan Diri Melamar
For 3 consecutive days, chat kat FB dengan Whatsapp, hati terus tergerak nak lamar dia dan Alhamdulillah dia ada perasaan yang sama. Actually, kitaorang baru je moved on selepas ditinggalkan kekasih masing-masing sebelum tu.
She accepted me but with 1 huge condition, jumpa parents dia minta restu dan bawa parents jumpa parents dia. Alhamdulillah aku berjaya.
Bincang punya bincang, 1 Mei 2017. Walaupun macam-macam dugaan dan cabaran, Alhamdulillah kitaorang bertunang, hehehe.
Harungi Pelbagai Dugaan, Akhirnya Selamat Bernikah
Sepanjang preparation nak kahwin, macam-macam ujian wei, serious. Ujian time tunang memang berat. Yela, syaitan tak nak kita dirikan masjid kan. Hati kena kental, jiwa kena kuat.
And finally Alhamdulillah, 11:21am, 2 Disember 2017, hari Sabtu, kitaorang dinikahkan dengan sekali lafaz (lega oi) di Masjid Al-Azim, which is the same location kita bertemu after few years.
Jodoh Itu Rahsia Allah
Ingat guys and girls, walau apa jua yg Allah rancang, even pedih atau pahit nak terima, but He knows the best for us. Baik buruk untuk kita, dia je tahu kalau 5 10 tahun, tapi bukan jodoh, memang berpisah jua.
Kadang-kadang yang selama ni bertentang mata, tak pernah bertegur, itulah jodoh kita. Jodoh dan ajal kan rahsia Allah. Teruskan berdoa, solat istikharah ,minta petunjuk. If he/she is the one, pasti Allah permudahkan.
Doakan yang baik-baik untuk aku dan isteri Azira Said, nak sweet-sweet macam Fattzura juga, hahaha. Allah Maha Perancang.
Sumber: Twitter Amir Rahim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasa Nak Tidur Je, Ini Cara Senang Diamalkan Agar Anda Kekal Segar & Hilang Mengantuk!
Isi Kandungan
ToggleApabila kita dibebani pelbagai tuntutan kerja, pastinya badan dan minda kita juga akan cepat letih hingga menimbulkan rasa mengantuk. Boleh tahan mencabar juga situasi ini apatah lagi ketika di bulan puasa. Nak tak nak kena teruskan jugalah.
Namun, jika rasa mengantuk itu makin kuat mencengkam diri, anda bolehlah cuba ikuti tip yang Hijabista sarankan ini. InsyaAllah, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk hilangkan rasa mengantuk itu.
1. Ambil Snek
Ambil snek seperti buah-buahan untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Elak daripada mengambil makanan yang berat dan mengandungi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda bertambah mengantuk. Tapi jangan dicuba pulak pada bulan puasa ya!
2. Jalan-Jalan Sebentar
Kajian menunjukkan bahawa jalan-jalan selama 10 minit boleh meningkatkan aliran oksigen dalam darah dan menambah tenaga selama 2 jam.
3. Quick Nap
Salah satu cara untuk menghilangkan mengantuk adalah dengan tidur. Tidak perlu tidur lama-lama, cukup sekadar 25 minit untuk menghilangkan rasa mengantuk dan menambah tenaga anda.
4. Berborak Dengan Kawan
Sekiranya anda sedang melakukan tugasan dan mengantuk, apa kata telefon BFF anda dan berborak seketika. Bila sudah ‘membawang’, mesti hilang rasa mengantuk kan? Hehe
5. Dengar Muzik
Mendengar lagu ketika sedang mengantuk pasti akan membuatkan anda lebih segar. Lagi-lagi bila dengar lagu favourite kan.
6. Minum Air
Salah satu penyebab anda mengantuk adalah disebabkan oleh dehidrasi. Jadi, jangan lupa minum air okay!
7. Alihkan Pandangan Daripada PC
Menatap PC dengan terlalu lama boleh menyebabkan mata anda penat. Jadi, alihkan dan rehatkan mata anda daripada melihat PC. Cuba lakukan perkara lain seperti berborak dengan kawan, touch up makeup atau melihat pokok yang hijau.
8. Minum Kopi
Cara ini sering menjadi pilihan orang ramai kerana ia dikatakan lebih efektif. Satu hingga tiga hirupan kopi mampu mengembalikan kembali tenaga anda.
9. Lampu Yang Terang
Pastikan pencahayaan di sekitar anda terang dan tidak malap. Keadaan yang malap akan membuatkan anda semakin mengantuk.
10. Stretching
Jika anda tidak mempunyai waktu yang cukup untuk berjalan-jalan atau quick nap, cuba lakukan stretching. Lakukan dengan perlahan serta nafas yang dalam. Oksigen akan mengalir ke dalam aliran darah lalu rasa mengantuk pun hilang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah! Shuib Kini Tunangan Watie Hanafiah, Syukur Dengan Aturan Allah..
Isi Kandungan
TogglePernah diasak persoalan demi persoalan bila bakal berumah tangga kembali, selepas kehilangan isteri tercinta Allayarhamah Siti Sarah Raisuddin yang menemui ilahi apabila gagal dalam pertempuran melawan Covid-19 pada 2021.
Kini Pelawak dan Penyampai Radio, Shuib atau pemilik nama Shahmira Mohamad menjawab segala persoalan apabila dia akhirnya telah mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihan hatinya yang juga usahawan Watie Hanafiah yang berlangsung hari ini (Sabtu).
Shuib Bersyukur Majlis Pertunangan Berjalan Lancar!
Ketika ditanya berkenaan perasaanya apabila kini sudah separuh jalan memiliki Watie, ini yang diungkapkan oleh Shuib. Jelasnya, dia memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana majlis pertunanganya berjalan dengan lancar.
Tambahnya lagi, dia turut merasa terharu apabila kurang lebih sebulan sahaja lagi kedua-dua buah keluarga bakal disatukan menjadi keluarga besar.
Artikel berkaitan: “Bilik Sebelah-Sebelah, Jodoh Ke Tu?,” – Netizen ‘Approved’ Jika Shuib Bersama Nana!
“Perasaan yang cukup berdebar-debar dari semalam, dari rumah lagi. Jadi lainlah, tapi ada rasa seronok dan terharu. Sebab melihat bekas mentua, mak dan sebelah sana keluarga disatukan, rasa terharu dan bersyukur.
“Dalam kehidupan kita tak sangka apa yang Allah aturkan. Apa yang boleh diharapkan adalah doa daripada semua orang. Sebab kita menjalani apa yang Allah tulis.
Shuib Mohon Doa Semua Hingga Ke Jinjang Pelamin
Selain itu, Shuib turut meminta agar orang ramai mendoakan bahawa dirinya kuat menempuh fasa bertunang dan berjaya menikahi watie menjadi suri hatinya.
“Harap doa daripada semua orang boleh menguatkan untuk kita menuju ke arah yang lebih baik.
Tak ada orang nak kehidupan tak best. Semua orang harapkan kebahagiaan. Harap doalah baik-baik untuk saya sekeluarga,” kata Shuib.
Sekadar Info, Shuib menamatkan teka-teki hubungannya bersama Watie dan memaklumkan bakal diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 23 Jun 2023.
Terdahulu, menerusi perkahwinan Shuib dan arwah Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan
berusia setahun lima bulan.
Sumber: Instagram Watie Hanafiah & Instagram Shuib Sepahtu
Artikel berkaitan: Shuib Bawa Anak-Anak Ziarah Kubur Sarah, ‘Sambut Bday Dekat Rumah Baru U’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI