Hilangnya sebutir mutiara dalam sebuah lautan yang indah. Setiap sentuhan magisnya sentiasa menghasilkan sebuah karya yang agung..
Masyarakat Malaysia khususnya bagi mereka yang mencintai dunia fesyen dikejutkan dengan pemergian pereka fesyen tersohor, Putra Aziz semalam.
Pereka fesyen dan pengasas bersama Cosry, Putra Aziz, 45, dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 8.30 malam, Khamis, di ibu negara. Berita sedih ini telah dikhabarkan melalui laman Instagram jenama Cosry itu sendiri.
Innalillahiwainnailayhirajiun. Dengan penuh dukacita, kami ingin mengumumkan pemergian Putra Aziz dari Cosry jam 8.30 pm sebentar tadi.
Dalam laporan Awani, menurut sumber yang rapat dengannya, kesihatan Allahyarham mula merosot sejak dua minggu lalu.
Siapa yang tidak kenal dengan jenama Cosry ataupun perekanya Putra Aziz atau lebih mesra dipanggil Abang Putra? Setiap sentuhan magisnya sentiasa menjadi idaman wanita di luar sana sama ada golongan VIP, selebriti mahupun orang awam. Semuanya ingin menyarungkan rekaan serba anggun dari jenama ini. Walhal, dikalangan pereka juga turut menghormati Allahyarham sebagai seorang yang sudah senior dalam landskap fesyen negara.
Bermula pada tahun 2004, Allahyarham bersama-sama dengan rakan perniagaannya Ariff Quasry Md Nor menceburi bidang fesyen dengan menawarkan perkhidmatan menjahit untuk teman-teman rapat mereka.
Sehinggalah hari ini, jenama Cosry sudah tidak asing lagi dalam dunia fesyen dan menjadi dambaan setiap penggemar fesyen. Barisan selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid dan Datin Lisa Surihani antara yang pernah menyarungkan busana mewah jenama ini. Malah, rekaan gaun perkahwinan Anzalna yang berkonsepkan ‘MARIPOSA’ pernah menjadi viral dek kerana rekaannya yang indah dan cantik. Sebuah ‘masterpiece’! Ternyata, jenama Cosry memiliki auranya tersendiri!
Team Hijabista mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Amin Ya Rabb..
Sumber gambar: Instagram COSRY
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe